
GOMBAK, 31 Ogos 2021: Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari berturut-turut dan yang lebih menarik pada Seminar NUT edisi Ogos 2021 kali ini, Dr Roket dan Tim 2M World Sdn Bhd telah mengadakan Seminar NUT Extended pada Hari Merdeka kelmarin. Seperti kata-kata oleh pengasas Dr Roket sendiri gunakan, “saya akan sentiasa bagi lebih”, seminar yang dijalankan secara virtual ini berjaya menarik minat hampir 700 pelajar pascasiswazah di seluruh Malaysia dan dunia.
Seminar tahunan terbesar 2M World ini buat pertama kalinya berhasil mencipta sejarah tersendiri kerana semua Team 2M World masing-masing berada di rumah sendiri dalam menguruskan Seminar NUT Ogos 2021. Hal ini kerana, keadaan negeri Selangor yang masih berada di pada Fasa 1 mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN). Walaupun begitu, bekerja dari rumah bukan alasan untuk tidak mengadakan Seminar NUT!
Aplikasi Zoom Meeting digunakan sebagai platform online utama bagi menjayakan Seminar NUT edisi 2021. Seminar NUT yang berlangsung pada hari Jumaat, 27 Ogos 2021 bermula dengan sangat meriah kerana penantian para pelajar Master PhD yang menunggu Seminar NUT hampir 5 bulan akhirnya terlaksana. Seminar NUT terakhir diadakan pada 2 April hingga 4 April 2021 lalu.
Menggunakan hashtag #AstraNUT, #VaksinNUT dan #MerdekakanTesis sebagai tema, Seminar NUT edisi Ogos 2021 kali ini sangat membawa makna untuk para peserta NUT Ogos 2021 yang sudah lama tercari-cari apakah “vaksin” ataupun “ubat” yang boleh mengubati dan mencegah mereka dari penyakit-penyakit melanda diri pelajar Master PhD.

Seminar NUT telah dibuka secara rasmi pada petang Jumaat yang barakah, bersama energizer 2M World, Tuan Asrul Hadi. Kemunculan Dr. Roket secara langsung pada sebelah malam telah meningkatkan lagi semangat peserta melalui taklimat persediaan NUT. Kelihatan peserta sangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu dari guru Master PhD Strategist No 1 Malaysia, Dr. Mohd Khairul Nizam.
Sepanjang sesi NUT, para peserta di’hidang’kan dengan tayangan result para Platinum Dr. Roket secara langsung dan tidak langsung.Tayangan yang mengkobar-kobarkan ini pastinya telah memberi impak luar biasa kepada para peserta yang meluahkan rasa keterujaan mereka di dalam ruangan komen semasa sesi perkongsian Platinum berlangsung.
“Allahuakbar…Alhamdulillah…Syukur sangat-sangat tak terhingga.. Dengan selama ini motivasi sudah tiada dengan tesis yang telah lama meninggal, program ini telah menjentik hati saya dengan membara.. Saya sangat tersentuh dan saya betulkan niat untuk PhD. Syukur sangat-sangat untuk program yang betul-betul memberi inspirasi kepada saya”, luah Tuan Mahadhir, peserta Seminar NUT yang juga peserta NUT Extended.
Seramai 101 Platinum Dr. Roket yang terdiri daripada kumpulan Elite dan Premier telah diberikan peluang istimewa untuk menceritakan perjalanan kisah pengajian dan kehidupan mereka. Ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan motivasi kepada para peserta untuk terus berada di dalam proses yang betul.

Pada hari ketiga Seminar NUT pula, peserta NUT rasa “terbakar” dengan perkongsian dari platinum Dr Roket iaitu Dr. Hanis Hidayu, calon PhD Paediatric University of Cambridge yang baru sahaja lulus Proposal Defence (PD) without correction! Dr. Hanis sendiri akui bahawa approach daripada Dr Roket sangat holistik!
Pada Seminar NUT Extended pula, Dr Roket memberi ‘extra’ dengan mengadakan sesi soal jawab dengan peserta seminar NUT Extended. Untuk pengetahuan semua, Seminar NUT Extended sempena Merdeka ini disediakan khusus bukan sahaja untuk anda yang hadir NUT kali ini, tetapi untuk semua peserta yang pernah hadir ke Seminar NUT yang lepas juga! Dr Roket akan sentiasa bagi lebih kepada mereka yang sentiasa inginkan result dan yang ingin MEMERDEKAKAN TESIS mereka!
“Alhamdulillah, walaupun recharge kali ke 3, sentiasa ada AHA moment yang saya dapat. Program yang fresh. Tiap-tiap kali tengok je, perkara baru yang saya belajar. Result yang Doc share pun result latest bukan result result recycle, memang sangat teruja dan terbakar hangus. Terima kasih doc atas peluang untuk recharge NUT. Tahniah Doc sentiasa raised standard”, begitulah ucapan Cik Puan Suhaila yang juga Platinum Dr Roket.
Tayangan Perdana video eksklusif Jom Terjah Dr Roket #VivaDrIntanFarhana menjadi santapan motivasi dan membuatkan para peserta NUT lebih terasa ketukan untuk memerdekakan tesis mereka. Tepat pada pukul 12:15 tengahari, 31 Ogos 2021 semua peserta NUT Extended beralih ke platform Youtube Dr Roket Production untuk menonton Tayangan Perdana video eksklusif Jom Terjah Dr Roket #VivaDrIntanFarhana.
Alhamdulillah Seminar NUT yang berlangsung dari 27 Ogos hingga 29 Ogos 2021 dan Seminar NUT Extended disambut sangat baik oleh bangsa postgrad termasuklah pelajar Master Phd yang berada di luar Malaysia. Syukur syukur syukur. Semoga semua berjaya dalam MERDEKAKAN TESIS masing-masing.
Kepada anda yang terlepas menyertai seminar #NUT2021 kali ini, rebut peluang mendaftarnya di NUT 26-28 Ogos 2022. Klik di sini untuk maklumat lanjut: