fbpx Skip to main content
search
0

Slot Merdekakan TesisKu kali ini membawakan seorang lagi Platinum Dr Roket yang sangat disegani iaitu Dr Nor Azura Kamarulzaman. Beliau berasal dari Kg Gajah, Perak dan kini menetap di Semenyih Selangor bersama suami dan anak-anak tercinta. Beliau juga merupakan seorang pelajar PhD Sains Dan Teknologi (It Multimedia) Pengkhususan Al- Quran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Buat pengetahun para pembaca, disamping beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar beliau juga pernah berkecimpung dalam bidang usahawan teknologi.

Sesi Live Merdekan Tesisku bersama Dr Nor Azura

Sebagai seorang pelajar PhD dan juga usahawan yang mempunyai pengalaman dalam bidang IT selama lebih 15 tahun, beliau juga tidak ketinggalan bergelut dengan cabaran-cabaran sama seperti anda. Antara cabaran yang beliau hadapi pada permulaan perjalanan PhD adalah kurang persediaan sebelum menyambung pengajian dan mind set yang tidak stabil. “Pada tahun 2006 saya sangat bersemangat tetapi selepas saya mendaftar sebagai pelajar PhD silapnya adalah saya tidak mantapkan ilmu dan juga skills research. Semasa semester 1 & 2 baru saya slowly belajar mengenai research dan analysis” katanya.

Seterusnya disebabkan beliau tiada circle group yang positif, beliau telah melalui fasa-fasa kegelapan dimana beliau sentiasa berasa keseorangan/lonely sepanjang perjalanan tesisnya. “Saya tidak ada ramai kawan Master PhD dan saya pun alami culture shock. Kalau dahulu semasa Master by coursework kita rasa seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan, jumpa SV jadi suasana itu lebih meriah. Tetapi bila masuk PhD rasa macam masuk dalam gua, tak tahu nak rujuk siapa dan tak happy” kongsi Dr Azura yang mengatakan disebabkan itu circlenya menjadi semakin kecil.

Rentetan itu juga beliau tidak tahu untuk menulis tesis dengan baik. “Saya tidak tahu nak mula macam mana? Bila SV dah start minta buat paper atau literature, saya rasakan tesis itu semakin berat. Dan saya juga lebih fokuskan kepada experiment dan artikel dalam masa yang lama.”

Disebabkan cabaran-cabaran tersebut membuatkan perjalanan tesisnya tidak berjalan lancar apabila beliau juga turut mengalami cabaran emosi yang kurang stabil. “Semasa semester 1 okay, tetapi apabila saya melahirkan anak kelima, anak saya kurang sihat kerana beliau ada masalah pernafasan yang kritikal. Tambahan pula dengan cabaran kehidupan yang lain seperti kehilangan ahli keluarga tersayang. Dan disebabkan itu semangat saya semakin merudum & momentum pun drop” ujar beliau yang pada ketika itu sudah putus harapan untuk menghabiskan pengajian.

Siapalah kita untuk menjadi yang paling berkuasa terhadap diri sendiri sedangkan kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang Maha menentukan. Dr Nor Azura memberitahu sebelum ini beliau pernah merancang utk GOT, tetapi belum ada rezeki sebaliknya beliau gagah membina semangat untuk tidak terus lemas dalam lautan. “Walaupun begitu, saya teruskan juga perjuangan ini, meskipun progressnya perlahan”.

Selain itu, cabaran yang famous di dalam circle Postgrad adalah takut berjumpa SV dan pakar. Begitu juga dengan Dr Nor Azura yang berkongsikan cabaran ini berlaku apabila seorang pelajar tidak mempunyai progress. “Sebab saya tidak ada apa nak bagi. Penulisan pun makin kelaut. Masa jumpa expert untuk hantar correction, saya rasa diri saya paling kecil dan kurang yakin disebabkan saya hanyalah pelajar biasa sahaja sedangkan expert saya seorang yang hebat. Bagai langit dan bumi”.

Pada tahun 2019 merupakan titik mula segala perubahan dan sinar cahaya apabila beliau telahpun berjumpa dengan Dr Roket di Hotel Tenera Bangi semasa seminar GEMPUR/NUT.  Beliau meluahkan rasa kesyukuran kerana pada waktu itu beliau memang ingin mencari seseorang atau apa sahaja yang boleh membantunya melangkah kehadapan. “Waktu itu saya datang dengan minda dan hati yang terbuka, datang sebagai gelas kosong untuk serap apa yang Dr sampaikan. Semasa dalam program, saya merasakan bahawa Dr Roket telah bawa suatu pendekatan yang berbeza daripada kelas-kelas yang lain.

“Pada pendapat saya, proses yang betul itu sangat penting kerana kita juga dipimpin oleh mentor sepanjang perjalanan kita nak sampai ke kemuncak iaitu Viva. Tidak dinafikan rakan-rakan yang bagus juga memainkan peranan penting supaya kita dapat bergerak beramai-ramai mencapai kejayaan” kongsinya.

Dr Nor Azura bersama RRD beliau

Berdasarkan pengalaman beliau ketika sesi Viva pada 30 Jun 2021, examiner telah memuji kajian beliau sehingga tidak sabar untuk melihat output daripada kajian tersebut. “Sesi Viva saya sangat best dan berjalan lancar. Saya ingat kena bantai, kena hentam tapi pada masa itu siap boleh gelak santai-santai lagi. Alhamdulillah sesi Q&A saya selesai dalam tempoh 1 jam manakala presentation saya dalam 20 minit. Sepanjang waktu tersebut para panel dan examiner memang memuji dan tertarik dengan kajian saya”.

Diantara sebab lain beliau berjaya meraih Viva yang delicious adalah dengan kelengkapan tools yang sangat komprehensif iaitu Roket Research Diary (RRD) + ARMP Chart. “RRD ini sangat magic. Ianya  adalah magic tools saya dan saya bukan ada hanya ada 1 tetapi 2 RRD yang saya gunakan. RRD ini saya gunakan sepenuhnya dalam perjalanan tesis saya sejak daripada NUT 2019 dan saya gunakan untuk  recordkan progress daripada mula-mula tak ada progress sampailah sekarang” katanya sambil mewar-warkan kepada warga Postgrad untuk hadir ke seminar NUT Ogos 2021.

Sehingga kini beliau telah berjaya menghasilkan result yg luar biasa iaitu dengan 4300 pages.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x