TAJUK: ‘PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB MASA KINI’
Sesi Ask Experts kini telah berada di episod yang ke-6 iaitu bertajuk ‘Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Masa Kini’.
Apa itu “ASK EXPERTS”?:
Buat pembaca yang baru mendengar tentang sesi Ask Experts ini, sesi ini adalah sesi berkala yang diadakan pada setiap jam 12.30 tengah hari sebagai santapan “minda” kepada semua sepanjang Ramadan ini.
Sesi ini adalah salah satu medium “Knowledge Transfer Program” di mana pelbagai bidang kepakaran dan universiti akan berkongsi ilmu bersama masyarakat luar umumnya dan pelajar Master PhD secara khususnya tentang sesuatu topik yang dibincangkan.
HOST:
Sesi kali ini telah dihostkan oleh Prof. Dr. Muazah binti Abu Samah CRMP Jr. yang merupakan ahli platinum Dr. Roket yang terawal iaitu sejak tahun 2017.
EXPERTS JEMPUTAN:
Prof. Dr. Azman Che Mat, berasal dan menetap di Terengganu. Beliau mesra dipanggil sebagai Prof Azman.
SEDIKIT LATAR BELAKANG EXPERTS:
Prof Azman merupakan seorang pensyarah Bahasa Arab merangkap Ketua Jabatan Ketua Pusat Pengajian Akademik Pengajian Bahasa & Undang-Undang di UiTM Dungun, Terengganu. Beliau menjadi pengajar di sana sejak tahun 2004 sehingga sekarang.
Prof. Azman telah mendalami bidang bahasa Arab sejak dari zaman sekolahnya. Beliau berpendidikan Master of Arabic & Islamic Civilization di UKM, Bangi dan menamatkan pengajian PhD Applied Linguistic (Translation) di UMT, Terengganu. Beliau hanya mengambil masa 2 tahun untuk menyelesaikan PhD (tidak termasuk 1 tahun tempoh menunggu).
Dek kerana minat dan kesungguhan beliau dalam menulis dan menyelidik, Prof. Dr. Azman telah menerima pelbagai anugerah sepanjang hidupnya. Antaranya adalah Anugerah Penyelidik Terbaik, Anugerah Penerbitan Terbanyak UiTM Terengganu dan pernah dinobatkan sebagai ‘The Best Presenter International Muamalat Conference’ pada tahun 2021.
Pencapaian dan kepakaran Prof. Dr. Azman dalam bidang bahasa Arab ini menyebabkan beliau dipilih untuk memberi kupasan dan membincangkan tentang topik ini.
5 FAKTA/POINTS UTAMA EPISOD KALI INI:
- Jika ditinjau dari sudut agama, kita dapat melihat tujuan mempelajari bahasa Arab ini biasanya adalah untuk mempelajari dan mendalami agama. Hal ini kerana bahasa Arab adalah lughah Al Quran.
- Fokus kemahiran bertutur bahasa Arab ini adalah bagi menyampaikan idea, pandangan, berkongsi dan mahir berbahasa Arab. Kemahiran bertutur bahasa Arab ini adalah kemahiran pertama sebelum kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Jadi, kita perlu belajar bertutur dahulu untuk menguasai bahasa Arab.
- Biasanya di sekolah, bahasa Arab dijadikan subjek bahasa ketiga untuk dipelajari oleh pelajar tanpa sebarang syarat. Namun, penekanan dalam buku teks bahasa Arab banyak memfokuskan pada aspek bahasa semata-mata, bukan pada aspek bagaimana bahasa itu dipraktiskan. Pelajar diajar supaya menghafal perkataan atau ungkapan bahasa Arab, jadi, mereka tidak pandai untuk mengaplikasikannya.
- Penggunaan bertutur bahasa Arab masa kini masih belum meningkat secara drastik. Kaedah pengajaran bahasa Arab perlu diubah dengan dua pendekatan utama seperti teknik simulasi (2 orang) dan teknik roleplay (lebih 2 orang). Kedua-dua teknik baru ini berguna dan berkesan untuk pelajar mahir bertutur bahasa Arab kerana memerlukan praktis memahami makna dan menyebutnya sebelum merakam perbualan.
- Kita menganggap biah bahasa Arab itu apabila berada di sekeliling penduduk Arab dan mendengar mereka bertutur Arab. Namun, kita boleh mewujudkan biah sendiri dengan melakukan simulasi di rumah dengan cara menampal perkataan Arab yang dipelajari.
NASIHAT EXPERTS KEPADA BANGSA POSTGRADUATES:
- Sikap suka atau semangat untuk mengkaji adalah penting. Tujuan kita mengambil PhD adalah supaya kita mahir mengkaji dan menggunakan kaedah yang sesuai dgn PhD.
- Anggap PhD sebagai satu lagi pintu gerbang baru untuk kita masuk untuk menjadi insan baru yang berfikir gaya PhD, menjaga imej dan menggunakan ilmu yg diterima untuk memasyarakatkan diri dengan orang lain.
- Bagi yang berniat atau sedang menyambung pengajian PhD digalakkan untuk hadiri conference yang sesuai dengan tajuk kajian yang ingin dilakukan.
- Cari org yg pakar dalam bidang PhD kita semasa di conference. Banyakkan berbincang dan bersoal jawab dengan pakar tersebut kerana boleh jadi mereka akan menjadi pemeriksa Viva kita.
- Semasa menyambung pengajian PhD, banyakkan bergaul dengan rakan-rakan, wujudkan hubungan dengan pakar dalam bidang kita dan jangan belajar seorang diri.
AMAZING FACTS FOR TODAY!:
- Kita hanya perlukan 500 bank perkataan bahasa Arab sahaja untuk kita bertutur bahasa tersebut. belajar bahasa Arab tidak sukar tetapi memerlukan biah iaitu suasana pertuturan antara penutur dan pendengar.
- Buku yang mengandungi perkataan penting bahasa Arab yang boleh menguatkan kepercayaan akidah kita – buku bertajuk “Makna Perkataan Dalam Al Quran”. Buku tersebut ada menerangkan perkataan-perktaan asas bahasa Arab.
- Bagi orang Melayu, bertutur bahasa Arab agak mudah kerana kita banyak menggunakan perkataan pinjaman Arab ke Melayu, malah sering menggunakan ungkapan daripada Al Quran seperti MasyaAllah, SubhanAllah bahkan ucapan salam.
- Penutur bahasa Arab juga ada menggunakan bahasa isyarat (bukan lisan) untuk menyampaikan sesuatu maksud sekiranya mereka kurang mahir untuk bertutur.
- Bagi meningkatkan kemahiran bahasa yang dipelajari, kita perlu kerap bercakap dengan diri sendiri dengan menggunakan bahasa tersebut.
Bagi yang berminat untuk ikuti sesi LIVE ‘Ask Experts’ setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari, sila klik pautan di bawah dan ajak kenalan anda dengan kongsikan pautan ini kepada mereka: https://drroket.com/conf-valley/
Untuk mereka yang ingin menontonkan kembali dan mengetahui lebih lanjut mengenai Episod 6. Klik disini : https://www.youtube.com/watch?v=gp0MZEBDUhI
#DrRoket
#DrRoket
#BeraniTuliS