fbpx Skip to main content
search
0

TAJUK: 

Sesi Ask Experts kini telah berada di episod yang ke-16 iaitu bertajuk ‘Tanggungjawab Muslim Terhadap Bahasa Arab’.

APA ITU ‘ASK EXPERTS’?: 

Buat pembaca yang baru mendengar tentang sesi Ask Experts ini, sesi ini adalah sesi berkala yang diadakan pada setiap jam 12.30 tengah hari sebagai santapan “minda” kepada semua. Sesi ini adalah salah satu medium “Knowledge Transfer Program” di mana pelbagai bidang kepakaran dan universiti akan berkongsi ilmu bersama masyarakat luar umumnya dan pelajar Master PhD secara khususnya tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

HOST: 

Sesi kali ini telah dihostkan oleh Dr. Muazah yang menamatkan pengajian PhD di USM dan merupakan salah seorang platinum yang terawal percaya dengan proses Dr. Roket.

EXPERTS JEMPUTAN: 

Tetamu jemputan kali ini ialah Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad bin Seman yang berasal dari Kelantan dan merupakan pakar dalam bidang metodologi pengajaran bahasa Arab.

SEDIKIT LATAR BELAKANG EXPERTS:

Beliau berkelulusan Bachelor of Arabic Language di Universiti Madinah, Arab Saudi dan mengambil Master of Modern Language Studies di Universiti Malaya. Kemudian, beliau menyambung PhDnya di Egypt dan UK dalam bidang Arabic Oxford Academy & Janub Al Wadi.

Sejak kecil, Prof Mohammad sudah didedahkan dengan suasana pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah dan perkampungan pondok. Kepakaran beliau kini adalah dalam ‘methodology of Arabic teaching’, bidang umum lain seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan linguistik gunaan.

Prof Mohammad pernah memegang jawatan tinggi di Universiti Malaya seperti Ketua Jabatan, pemangku Timb. Dekan dan AJK Ijazah Tertinggi. Selain itu, beliau juga aktif dalam khidmat masyarakat, juruaudit, ahli sidang editor, pakar rujuk Al Quran tajwid Telaga Biru, ‘examiner’ luar IPGM (tahun 2020) serta sebagai Pengerusi NGO PIMPIN. Beliau juga pernah menulis sebanyak 32 buah jurnal dan 31 buah buku sejak tahun 2004.

5 FAKTA / POINTS UTAMA EPISOD KALI INI:

  1. Tanggungjawab Muslim terhadap bahasa Arab adalah perlu menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa Arab. Hal ini kerana kelemahan masyarakat kita sekarang adalah kurang menguasai bahasa Arab.
  2. Sebagai Muslim, kita wajib menghayati setiap patah perkataan dan makna Arab kerana bahasa ini mempunyai roh pada ibadah kita sendiri seperti dalam solat dan ketika tadabbur Al Quran.
  3. Kita perlu mempertahankan pengajaran bahasa Arab dalam masyarakat dan negara supaya kita menjadi umat Islam yang berkualiti dan bagi mengekalkan jati diri sendiri.
  4. Golongan Non-Muslim yang menggunakan bahasa Arab untuk tujuan tertentu seperti bisnes, pelancongan dan sebagainya, ada kaedah dan pendekatan tertentu yang boleh digunakan. Pengguna ini perlu menyesuaikan kaedah yang digunakan dengan tujuan penggunaan bahasa Arab tersebut.
  5. Bagi yang mempelajari bahasa Arab perlu tahu tanggungjawab untuk menyebarkan Arab pada umat Islam.

NASIHAT EXPERTS KEPADA BANGSA POSTGRADUATES:

  1. Sebagai pelajar, kita perlu lebih berdisiplin dalam pengajian.
  2. Kita perlu ada target dan konsisten dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
  3. Kita perlu sentiasa menjaga hubungan dengan penyelia.
  4. Libatkan diri dalam seminar-seminar dan dapatkan maklum balas daripada pakar dan masyarakat.
  5. Sentiasa berlapang dada kerana kritikan-kritikan adalah anugerah kepada kita dan sebagai pencetus idea.

AMAZING FACTS FOR TODAY!:

  1. Berdasarkan sejarah, ketamadunan Melayu itu sendiri berasal daripada hubungan kita dengan bahasa Arab.
  2. Bahasa Arab memiliki banyak makna dalam setiap satu perkataan. Penentuan makna memerlukan kepekaan untuk melihat konteks secara menyeluruh.
  3. Sistem yang paling ketara yang tiada dalam bahasa lain ialah sistem i’rab. Sistem ini membawa maksud setiap perkataan berubah-ubah mengikut keperluan ayat, konteks dan makna.
  4. Golongan dewasa yang mempelajari bahasa Arab boleh mempraktis kaedah-kaedah nahu di dalam bacaan Al Quran dan doa.
  5. Mereka yang mempelajari istilah-istilah dalam bidang tafsir, nahu, saraf dan sebagainya boleh menggunakan kaedah terjemahan berbanding tujuan khusus (bisnes dll) yang boleh menggunakan kaedah bahan bantu mengajar.
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x