fbpx Skip to main content
search
0

APA ITU “ASK EXPERTS”?: 

Buat pembaca yang baru mendengar tentang sesi Ask Experts ini, sesi ini adalah sesi berkala yang diadakan pada setiap jam 12.30 tengah hari sebagai santapan “minda” kepada semua sepanjang Ramadan ini. Sesi ini adalah salah satu medium “Knowledge Transfer Program” di mana pelbagai bidang kepakaran dan universiti akan berkongsi ilmu bersama masyarakat luar umumnya dan pelajar Master PhD secara khususnya tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

HOST: 

Sesi kali ini telah dihostkan oleh Dr. Muazah yang menamatkan pengajian PhD di USM dan merupakan salah seorang platinum yang  terawal percaya dengan proses Dr. Roket.

EXPERTS JEMPUTAN: 

Tetamu jemputan kali ini ialah Prof. Dr. Akmal Khuzairy bin Abd Rahman yang berasal dari Melaka dan merupakan pakar dalam bidang terjemahan Al Quran.

SEDIKIT LATAR BELAKANG EXPERTS:

Beliau berkelulusan Bachelor in Arabic, Language and Literature di Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 1995 dan mengambil Master of Art and Linguistic Translation di University of Leeds, England. Kemudian, beliau menyambung PhDnya di International Islamic University (IIUM) dalam bidang Arabic Linguistic and Translation Studies pada tahun 2004.

Dalam kerjayanya, Prof. Dr. Akmal pernah menjadi pengetua kolej kediaman, timbalan dekan, pengarah, dekan dan kini menjadi professor di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab Kuliah Ilmu Wahya di UIAM. Beliau telah berada di UIAM selama 26 tahun sehingga kini. Selain itu, beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarang jurnal bahasa dan kesusasteraan dan beberapa jurnal lain.

Prof. Dr. Akmal turut pernah menjadi penasihat akademik program Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan di KUIS, Selangor, penasihat akademik Pengajian Islam di kolej Islam As-Sofa dan Kolej Islam Antarabangsa. Bukan itu sahaja, beliau pernah melibatkan diri sebagai juru audit Program Bahasa Arab dan Terjemahan di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau juga aktif bergabung dengan ITBM sebagai penterjemah, jurubahasa dan penyunting dokumen. Malah, pernah dilantik sebagai perunding beberapa projek terjemahan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat di Malaysia.

Bercakap mengenai minatnya dalam bidang terjemahan, Prof. Dr. Akmal mengatakan bahawa beliau suka akan cabaran ketika menterjemah dan suka mempelajari bahasa baru dan maklumat baru. Bagi beliau, penterjemahan ini umpama pintu pengetahuan yang lebih luas selain daripada pengkhususan yang biasa dilakukan.

5 FAKTA / POINTS UTAMA EPISOD KALI INI:

  1. Bidang terjemahan Al Quran adalah bidang yang spesifik, subur, berkembang dan menjadi bidang yang semakin mendapat perhatian kini. Hal ini disebabkan oleh kehendak dan hala tuju pihak penerbit dan pembaca dalam terjemahan Al Quran di Malaysia. Kepelbagaian pembaca sasaran mempengaruhi pengeluaran terjemahan Al Quran.
  2. Isu utama dalam terjemahan Al Quran adalah dari segi isu teori dan isu praktikal. Isu teori melibatkan penterjemah yang sukar untuk membezakan sempadan/batas antara terjemahan atau tafsir. Penterjemah perlu mengetahui terjemahan perlu mengikuti teks asal semata-mata atau ingin menerangkan makna. Dari sudut isu praktikal adalah dari segi pemilihan mazhab dalam menterjemah.
  3. Strategi penterjemahan yang perlu diketahui oleh penterjemah ialah sama ada ingin meletakkan makna DI HADAPAN perkataan (menghuraikan untuk pemahaman pembaca) atau meletakkan makna DI BELAKANG perkataan (tidak dihuraikan dan perlu difahami sendiri oleh pembaca).
  4. Penterjemah perlu mengetahui pilihan mana yang perlu dibuat apabila banyak tafsir yang digunakan. Penterjemah perlu menggunakan tafsir yang sesuai/sejajar dengan pemahaman ahli As Sunnah wal jamaah, manakala bagi terjemahan yang berkaitan hukum perlu menggunakan ajaran Imam As Syafie.
  5. Terjemahan Al Quran tidak akan tetap dan kekal kerana perlu diselarikan dengan bahasa yang kontemporari, Cuma teks asal tetap tidak akan berubah. Hal ini kerana bahasa kita sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan perlu mengubah dari segi laras bahasa dan kosa kata.

NASIHAT EXPERTS KEPADA BANGSA POSTGRADUATES:

  1. Perkara utama yang dilihat oleh pemeriksa tesis adalah persoalan kajian dan kesimpulan, iaitu bermula dari permulaan-pengakhiran-pertengahan.
  2. Rangka tesis adalah perkara penting dilihat sama ada dilakukan secara tepat ataupun tidak.
  3. Ada dua penyakit apabila menyiapkan tesis iaitu mencari tajuk tesis tanpa mengetahui permasalahan kajian – kenapa dan apa, serta penyakit ketika menyiapkan tesis semata-mata untuk memenuhkan maklumat di dalamnya.
  4. Jumlah nota kaki di dalam tesis tidak menunjukkan betapa hebatnya tesis seseorang itu.
  5. Apabila menjalankan tesis, pelajar perlu ada pendapat sendiri, kejelasan idea dan identiti diri dalam menyumbang pada tesis yang dilakukan.

AMAZING FACTS FOR TODAY!:

  1. Dr. Akmal merupakan salah seorang ‘internal examiner’ PhD Dr. Muazah pada 17 Mac 2021 yang lalu. Keputusan cemerlang skala 1 yang diterima oleh Dr. Muazah adalah disebabkan tesisnya mudah dan seronok untuk diperiksa. Hal ini kerana tesis beliau mempunyai kejelasan dalam persoalan kajian dan lain-lain.
  2. Projek terjemahan yang dikategorikan mengikut kanak-kanak, remaja dan pakar digalakkan untuk dijalankan di Malaysia. Jadi, pakar bahasa boleh mengkaji laras bahasa masyarakat bagi memudahkan penterjemahan sebegini dilakukan. Perkara tersebut merupakan harapan Prof. Dr. Akmal sendiri agar projek tersebut dapat dijalankan pada masa akan datang.
  3. Bible diterjemahkan dalam bahasa Melayu lebih awal (sekitar 1630-an) daripada Al Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu (sekitar 1680-an).
  4. Pada 3-4 tahun lepas, Jakim telah meletakkan syarat-syarat bagi penerbitan yang ingin mengeluarkan terjemahan Al Quran perlu mendapatkan kelulusan daripada panel penyema di Jakim terlebih dahulu.
  5. Pada masa kini, Al Quran telah dibaca oleh 1.456 billion umat Islam.
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x