
TAJUK:
Sesi Ask Experts kini telah berada di episod yang ke-8 iaitu bertajuk ‘BIM Dari Sudut Pandang Industri’.
APA ITU “ASK EXPERTS”?:
Buat pembaca yang baru mendengar tentang sesi Ask Experts ini, sesi ini adalah sesi berkala yang diadakan pada setiap jam 12.30 tengah hari sebagai santapan “minda” kepada semua sepanjang Ramadan ini. Sesi ini adalah salah satu medium “Knowledge Transfer Program” di mana pelbagai bidang kepakaran dan universiti akan berkongsi ilmu bersama masyarakat luar umumnya dan pelajar Master PhD secara khususnya tentang sesuatu topik yang dibincangkan.
HOST:
Sesi kali ini telah dihostkan oleh Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad yang merupakan anak didik Dr. Roket Platinum Batch 1 yang menerima anugerah Tesis Cemerlang Skala 1 USM.
EXPERTS JEMPUTAN:
Tetamu jemputan kali ini merupakan pakar dalam BIM iaitu Ts. Muhammad Khairi bin Sulaiman. Beliau merupakan salah seorang guru kepada Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad dalam mendapatkan sijil pentauliahan PhD.
SEDIKIT LATAR BELAKANG EXPERTS:
Beliau berkelulusan Master Seni Bina di UTM dalam pengkhususan proses reka bentuk koordinasi modeler yang menggunakan BIM. Ketika dalam pengajian Master pada tahun 2016 itu, beliau sudah mengenali software revit tetapi belum mengetahui software tersebut daripada BIM.
Bermula daripada minatnya dalam komputer dan perisiannya, malah pernah mengajar Autocad dan 3D Studio kepada pengajarnya, Ts. Muhammad Khairi pernah melibatkan diri dengan unit BIM. Beliau dipanggil untuk membangunkan projek SPRM di Selangor dan KK5 dari peringkat awal, bermula dari reka bentuknya dan terus menyiapkan model BIM. Dari situlah bermulanya perjalanan beliau dalam BIM.
Ts. Muhammad Khairi pernah dilantik oleh JKR sebagai pakar rujuk BIM jabatan dan pengalaman yang dimiliki beliau adalah luas sejak JKR memulakan pelaksanaan BIM dalam projek perintis. Beliau yang terlibat dalam BIM selama 15 tahun ini pernah menjadi ketua unit BIM JKR dan salah seorang jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membangunkan standard dan garis panduan untuk proses kerja BIM. Pokok pangkalnya, Ts. Muhammad Khairi umpama seorang perintis BIM di Malaysia.
5 FAKTA / POINTS UTAMA EPISOD KALI INI:
- Kaedah BIM dapat menyatukan projek yang dibuat oleh arkitek, jurutera dan Quantity Surveyor (QS) untuk membuat satu model. Projek-projek tersebut boleh digabungkan sebelum dibina di tapak projek.
- Penggunaan BIM dapat mencapai objektif sesuatu projek dengan lebih optimum bagi mendapatkan bangunan yang terbaik agar kualiti projek menjadi lebih tinggi berbanding penggunaan kaedah konvensional.
- Antara kelebihan menggunakan BIM adalah meningkatkan komunikasi baik dengan klien mahupun pekerja apabila menggunakan teknologi digital dan dapat melihat kaedah terbaik untuk mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu bangunan. Malah, dari segi koordinasi, pelaksanaan projek dapat dirancang dengan baik dan jelas, menambah baik outcome projek dan menganalisis bagi mencapai keputusan yang baik dan cepat.
- BIM bukan teknologi tetapi merupakan proses mengumpul dan menguruskan maklumat sepanjang kitar hayat projek yang dilakukan secara digital. Namun, BIM memerlukan teknologi untuk membantu dalam pelaksanaan proses itu untuk berfungsi.
- Bagi menjalankan projek memang melibatkan banyak pihak seperti BIM Manager, BIM Coordinator dan Modeler (atau kini dipanggil Draftsman). Setiap satunya mempunyai peranan yang tersendiri dalam menyiapkan projek sehingga sempurna. Malah, seorang project manager atau coordinator juga boleh menjadi BIM manager sekiranya mempunyai ilmu dan skil dalam BIM.
NASIHAT EXPERTS KEPADA BANGSA POSTGRADUATES:
Bagi menjalankan kajian mengenai BIM, pelajar perlu mengetahui skop signifikan yang perlu diatasi. Belajar tingkatkan ilmu dan skil serta cara untuk memahami dan meningkatkan ilmu agar pelajar tahu untuk fokus dan membataskan skop yang luas ditemui untuk kajian.
AMAZING FACTS FOR TODAY!:
- Malaysia sedang bergerak ke hadapan dalam BIM, jadi BIM memerlukan orang yang mampu meningkatkan ilmu dan skilnya ke arah transformasi baru.
- Bangunan-bangunan lama biasanya dibina terlebih dahulu sebelum dapat mengetahui permasalahan yang berlaku dalam projek pembangunan.
- Bangunan industri di Malaysia sangat kompleks. Kita memerlukan satu teknologi/kaedah yang lebih cekap dan mantap untuk laksanakan proses-proses pembinaan bangunan ni.
- Setiap bangunan ada kitar hayatnya tersendiri dan melalui BIM, bajet dapat dilihat dengan menggunakan teknologi.
- Bagi menjalankan sesuatu projek perlu melihat sejauh mana kualiti dan integriti maklumat yang dibekalkan untuk pelaksanaan projek tersebut bagi menjimatkan masa dan bukan sekadar siap segera. Ini merupakan kelompongan/gap kajian yang perlu dijalankan seterusnya.
#DrRoket
#BeraniTuliS