Pengalaman Mematangkan Insan.

Itulah yang memberi pengajaran untuk kita terus berusaha melakukan yang terbaik, supaya membuahkan hasil kelak. Tiap kesakitan dan kekecewaan kerana gagal mencapai jangkaan, sebenarnya membawa hikmah yang lebih besar sekiranya kita tidak berputus asa. Ikuti pengalaman dan pencapaian sebenar seorang bangsa Postgrad ini, yang kini telah pun bergelar Platinum!

“Saya Shah Rol bin Hussain, seorang peserta platinum batch 4. Saya memulakan perjalanan PhD pada 10 September 2019 dengan mendaftar di GSB, USM dalam bidang PHD Corporate Governance.

Dalam tempoh 6 bulan, dua draf proposal saya ditolak kerana terdapat banyak kelemahan, piawainya dan kualiti penulisan rendah. Bayangkan 90% penulisan saya ditolak mentah-mentah oleh penyelia.

Saya tidak berputus asa, saya terus menulis tetapi tidak mampu untuk menulis. Hanya berjaya untuk menghasilkan satu perenggan sahaja untuk penulisan ke tiga.

Pelbagai kelas penulisan teknikal yang saya hadir namun ianya tidak membantu saya untuk menulis. Emosi terganggu, berfikiran negatif, menyalahkan kebodohan diri sendiri, menyesal sambung PhD dan sebagainya.

Namun, Allah Ta’ala mengizinkan saya untuk menyertai satu Program yang istimewa, iaitu seminar Nak Ubah Tesis, program bersama Dr. Roket pada 22 Mac 2020 secara di alam maya. Sejak itu, kehidupan saya sebagai pelajar PhD berubah 360 darjah!!!

Perkembangan dan Pencapaian:

1. Pencapaian akademik – Alhamdulilah saya sudah mampu menulis. Kini berada di penulisan yang ke-11 dan jumlah halaman: 490 halaman (sehingga 28 Ogos 2020)

2. Pencapaian rohani – Alhamdulilah santapan rohani sentiasa diberi menerusi amalan Tahajud, bacaan Al-Quran, zikir dan sedekah. Sebelum ini ada dilakukan juga tetapi selepas menyertai NUT, amalan tersebut menjadi amalan harian, syukur.

3. Pencapaian dari sudut tanggungjawab keluarga

Emosi semakin tenang, walaupun sibuk melayani anak kecil namun perkembangan tesis tetap berjalan. Alhamdulilah.

Saya kini lebih berminda positif. Pada pandangan saya, setiap cabaran ada solusinya. Minda yang dahulunya negatif kini telah menjadi positif, sebenarnya telah berubah kerana Dr Roket. Terima kasih Dr Roket!

Keluarga dan sahabat juga menyedari perubahan ini.

4. AHA Moment

Saya lakukan sahaja apa yang mentor suruh dan banyak AHA telah saya miliki, antaranya:

  1. Penulisan saya tiba-tiba menjadi semakin baik sehingga penyelia menyukainya dan klasifikasikan ia sebagai ‘impressive’
  2. Mampu menulis conceptual paper dan mendapat komen reviewer sebagai paper yang bagus.
  3. Dikelilingi oleh sahabat circle group yang positif di bawah seliaan Dr Roket, iaitu melalui Kumpulan Platinum
  4. Tidak lagi takut kepada penyelia sebab saya kini sudah ada result!! Terima kasih Allah Ta’ala, terima kasih mentorku, Dr Roket
  5. Hubungan keluarga semakin erat.
  6. Hubungan bersama Allah Ta’ala semakin bertambah baik, alhamdulillah.
  7. Pandangan lama saya terhadap program ini dan mentor berubah.

Tiada kata lain yang dapat diungkapkan selain syukur kerana dikurniakan mentor yang hebat seperti Dr Roket & Dr. Mardiana.

Melaluinya, dengan izin Allah saya kini memiliki result, circle group yang positif, emosi dan minda yang positif dan dapat memperbaiki hubungan dengan Allah Ta’ala. Moga Allah Ta’ala sentiasa merahmatimu dan mengurniakan syurga tertinggi untukmu.

Terima kasih juga untuk seluruh tim 2M World dan sahabat Platinum. Moga kita dikurniakan oleh Allah Ta’ala Viva tanpa correction. Aamin.”

Pasti ramai yang kagum dengan pencapaian hebat Tuan Shah Rol Hussain ini.

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x