fbpx Skip to main content
search
0

Sudah menjadi kebiasaaan, pertama kali mengenali seseorang pasti ada sekelumit perasaan skeptikal pada awalnya. Namun pepatah Inggeris ada mengatakan, ‘Jangan Menilai Sesuatu Pada Luaranya’, kerana inilah penyebab anda berada di takuk yang lama. Hikmah Puan Siti Ruzila membuang skeptikal, beliau berjaya menangani cabaran yang beliau alami sepanjang bergelar pelajar PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ikuti cerita beliau ini:

“Saya merupakan pelajar yang telah lama lost dalam journey PhD saya.  Ujian dan cabaran yang dilalui silih berganti.  Selain ujian dalam perjuangan akademik, saya juga bergelut dengan cabaran kesihatan yang tidak menentu.  Sedar tidak sedar, pengajian saya sudah berlanjutan sehingga 12 semester.  Saya tidak tahu nak letak muka di mana, malu dengan suami, anak-anak, keluarga terdekat, rakan-rakan sepengajian juga semua yang tahu saya sedang melanjutkan pengajian PhD.

Sehingga sampai satu tahap, saya tidak mampu lagi mendengar perkataan ‘tesis’ ataupun ‘Phd’.  Saya tidak mahu lagi bersosial kerana bimbang akan mendengar perkataan ngeri tersebut dalam pertanyaan dari rakan-rakan atau saudara-mara. Saya berubah dari seorang yang jovial kepada seorang yang MURUNG!

Cuti tiga tahun bergaji penuh tanpa biasiswa telah lama tamat, maka saya diarahkan kembali bertugas di sekolah dan bergelut pula dengan kesibukan tugasan mengajar.  Perjalanan PhD semakin kelam.  Pada semester pengajian ke-12, saya langsung tidak bertemu dengan penyelia sehingga menyebabkan saya menerima peringatan dalam keputusan pengajian.

Saya semakin buntu dan merasakan tiada jalan untuk  meneruskan pengajian.  Saya hanya mampu berserah dan berdoa pada Allah agar temukan saya dengan insan yang boleh membantu saya yang sudah dalam kebuntuan!

Posting Dr. Roket ada beberapa kali lalu didalam Facebook saya.  Ia dikongsikan oleh rakan sepengajian.  Saya tertanya-tanya bagus sangat ke program ini hingga rakan yang saya tahu sedang sama bergelut dalam pengajian juga menyertainya?  Tidak lama kemudian, saya tiba-tiba menerima mesej daripada tim 2M World yang mempromosikan tentang program Dr. Roket, katanya ada rakan yang mencadangkan nama saya.

Akhirnya, saya mendaftar untuk program Dr. Roket pada Mac 2020.  Takdir menentukan yang saya diuji lagi dengan cabaran kesihatan dan tidak dapat menyertai program meskipun ia berlangsung di atas talian semasa PKP, alangkah ruginya saya!

Pada sekitar bulan Julai, saya menerima email daripada 2M World menyatakan akan diadakan program bersama Dr. Roket yang dinamakan Nak Ubah Tesis (NUT).  Nama program ini cukup catchy tetapi saya tetap terfikir, mampu ke orang yang bernama Dr. Roket ni hendak selesaikan masalah saya? Saya masih ragu-ragu.  Apabila mengenangkan yang saya mungkin akan ditamatkan pengajian pada bila-bila masa, maka saya tiada pilihan lain dan nekad untuk mendaftar.

Sepanjang sesi pertama bersama Dr. Roket secara atas talian, saya masih ragu-ragu, betulkah Dr. Roket ini boleh tolong? Namun berganjak ke sesi kedua, ketiga dan seterusnya, saya seperti disuntik semangat luar biasa. Saya seperti disihir!  Apa yang disebutkan oleh Dr. Roket seperti terkena selepuk ke muka saya. Ehhh.

Dr. Roket ni macam tahu-tahu je walhal saya belum pun bercerita tentang masalah saya secara in person. Saya semakin yakin yang saya sudah bertemu dengan seseorang yang Allah hadirkan sebagai jawapan kepada doa saya selama ini!  Ya, inilah tabib tesis yang saya sangat perlukan untuk menghidupkan tesis saya yang sudah lama terkubur!

Pada 1 September, secara rasminya saya mula menonton Morning Doc. Saya mula lakukan tindakan-tindakan kecil mengikut kemampuan saya.  Kadang-kadang arahan Dr. Roket saya rasakan macam tidak berapa releven dengan usaha nak menulis tesis tetapi saya buat juga sebab Dr dah pesan ‘JANGAN PERCAYA, BUAT SAJA!’.

Ajaibnya, perlahan-lahan saya dapat rasakan kehidupan saya berubah 180 darjah.  Saya sudah boleh memegang dan melihat tesis saya tanpa diserang Migraine!  Adakah selama ini saya buat-buat sakit supaya tidak perlu lihat tesis? Tidak mungkin! Saya keluar masuk hospital dan dirujukkan kepada doktor pakar kerana kesihatan yang semakin merosot. Tidak mungkin saya pura-pura sakit!

Setelah menonton banyak video Dr. Roket, saya semakin faham bahawa saya jatuh sakit kerana tekanan PhD yang melampau dan ini mempengaruhi fizikal dan mental saya selama ini.  Gastrik, Migraine, Asthma, Selesema berpanjangan, Ulser yang sering muncul dalam mulut. Ini semua ada kaitan dengan tesis saya.

Saya perlahan-perlahan memperbetulkan gaya hidup saya, fizikal dan spiritual.  Meskipun belum pulih sepenuhnya, saya dapat rasakan yang kesihatan saya sudah semakin improve sekarang.  Hubungan saya dengan pencipta juga semakin baik. Kalau dulu saya terpaksa mengambil ubat selesema setiap dua atau tiga hari, kini saya saya hanya perlukan ubat selesema setakat seminggu sekali, dan saya juga sudah jarang diserang Asthma.

Ini merupakan kejayaan besar buat saya! Rupa-rupanya Dr. Roket ni bukan saja doktor tesis tapi juga doktor kehidupan! Alhamdulillah thumma alhamdulillah Allah telah kabulkan doa saya bertemu dengan insan istimewa bernama Dr. Roket.  Mudah-mudahan Allah bukakan pintu rezeki untuk saya agar diterima sebagai Platinum Dr Roket supaya saya tidak terus hanyut dalam kegelapan.

Saya mahu kekalkan momentum saya ini dan terus meroket bukan merekot! Saya nak merdekakan diri saya dari tesis ini dan saya yakin Dr. Roket ada caranya!  Saya sudah nampak ada cahaya di hujung terowong!”.

Jika kita sakit, kita perlu berjumpa dan mendapatkan rawatan dengan doktor pakar. Begitu juga apabila kita buntu dan ‘sakit’ didalam pengajian, bertemulah dengan pakarnya. Rendahkan diri dan patuhi saranan mereka agar permasalahan kita terungkai, kerana mereka lebih berpengalaman. Dr. Roket, Mentor Pengurusan Kehidupan dan Pengajian anda, klik disini http://t.me/drroket dan anda berpeluang berjumpa beliau, didalam seminar Nak Ubah Tesis April ini!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x