fbpx Skip to main content
search
0

Harini jom kita berkenalan dengan personaliti yang bernama Puan Siti Ruzila binti Hassan yang merupakan seorang penuntut Phd dalam bidang Pengajian Pendidikan Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau tidak lokek untuk berkongsi pengalaman disaat struggle dengan tesisnya sebelum ini. Ketika melihat rakaman video beliau, Puan Siti menyatakan bahawa sebelum berjumpa dengan Dr Roket tesis beliau berada di tahap yang suram, kelam dan seram.” Saya stuck selama bertahun-tahun dan tidak mampu menulis tesis.” Subhanaallah kita yang baca ni pun dah seram, apatahlagi orang yang merasainya.  

Menurut beliau, dia juga sering dihinggapi penyakit allergic terhadap tesisnya. “Setiap kali saya cuba buka tesis atau buka laptop untuk mula menulis, saya akan disinggahi penyakit mengantuk yang luar biasa! Penyakit mental dan fizikal juga datang silih berganti menyebabkan tesis saya meninggal bertahun lamanya”. Ya Allah hebat sungguh cabaran yang dialami oleh Puan Siti sehingga allergic dengan tesis sendiri! Bagaimana pula dengan anda?…ada tak simptom-simptom allergic macam ni?

Bagi menggelakkan rasa serba salah terhadap tesisnya yang telah nauzibillah, beliau sentiasa memaafkan dirinya malah berasa selesa dengan alasan faktor kesihatan yang kurang baik . “Jadi saya selalu tidur, tidur dan tidur” ujar Puan Siti tanpa merasa risau terhadap tesisnya yang kritikal.

Yang lebih mengeruhkan lagi journey Phd beliau, dek kerana takut sebab tiada progress, hubungan dengan SV juga tidak begitu baik. “SV semua amat baik tetapi saya yang gagal membina hubungan baik dengan mereka. Sehinggakan saya langsung tidak menghubungi SV untuk bertanya khabar apatahlagi memberi khabar. Pada saya ‘No News is a Good News’ ”. Wah berani betul Puan Siti ni, sampai SV pun beliau tinggalkan kerana takut.

“Semasa stuck, saya selalu berdoa agar ditemukan dgn seseorang yang mampu membimbing saya ke jalan yg benar untuk menghidupkan tesis serta memberikan harapan kepada saya bahawa masih ada jalan penyelesaian” kongsi beliau yang sejujurnya mengharapkan keajaiban berlaku kepada tesisnya.

Alhamdullilah, setelah itu beliau telah disapa dengan pari-pari team Dr Roket buat kesekian kalinya dan pada ketika itulah beliau terbuka hati untuk menyertai program Dr Roket.

“Saya bermula dengan sertai Nak Ubah Tesis (NUT) semasa edisi Merdeka tahun 2020 dan saya memang ingin MERDEKAkan diri saya dari belenggu Phd ini.

“Setelah melalui NUT saya nampak sinar di hujung terowong dan mula ada mindset yang lebih positif. Meskipun saya  masih belum dapat berlari, tapi saya sudah mula bangun dari tidur dan betulkan kehidupan serta mula nampak kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama ini” kata beliau mengenai kebaikan program Dr Roket.

Dengan inspirasi yang diperoleh daripada seniors dan sahabat-sahabat satu batch, beliau tekad untuk terus berada on track semula. Bagi fasa pertama, beliau telah mengubah banyak tabiat salah kepada Tindakan-Tindakan Betul (TTB).

Tambah beliau bagi Fasa kedua, beliau telah mula berjinak semula dengan tesisnya. “Saya mula menulis seawal pagi dengan mematuhi jadual sehingga dapat menghasilkan draft pertama buat julung kalinya pada 12/12/2020”.

Figura ayu ini menyatakan, beliau sekarang berpegang kepada prinsip ‘thesis is all about writing’ dan terus menulis. Cabaran yang banyak dan sentiasa yakin membuatkan beliau berfikir bahawa setiap cabaran pasti ada solusinya.

“Saya kini berada dalam circle yang positif, ada mentor yang menunjukkan results dan kini saya juga berada dalam proses yang betul. Subhanallah Alhamdullilah Allahuakbar nikmat apa lagi saya dustakan?

“Kini saya sudah menyiapkan 1207 halaman dan Insyallah tesis saya akan terus grow dan berevolusi hingga submit hardbound tesis nanti” kongsi Puan Siti setelah mengikuti seminar yang diadakan oleh Dr Roket.


Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan 1000 TIKET PERCUMA ini dengan melayari »
https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x