fbpx Skip to main content
search
0

“Aku nak hasilkan tesis yang unik, tesis yang luar biasa dan hebat!”. Saya percaya kesemua pelajar Master Phd mahukan kesempurnaan dalam penghasilan tesis yang terbaik.  Tetapi, harus diingatkan bahawa kesempurnaan juga adalah cabaran untuk anda melihat perkara-perkara hebat yang anda buat dengan mudah.  Dan kemudiannya hancur di bawah tekanan yang anda hidupkan.

Mungkin anda juga tidak terlepas berada di dalam situasi yang sama seperti Puan Aidil Farina bt Umar, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan pelajar Phd dalam bidang Peradaban Islam.

Melewati perkongsian beliau ketika diuji dengan pelbagai cabaran hebat yang datang dari pelbagai arah antaranya adalah cabaran kesihatan dan kewangan benar-benar membuatkan beliau ‘lost’ dalam perjalanan tesis beliau.  Subhanallah, kalau kita lah yang ditempatkan di dalam situasi ini memang akan terduduk sugul.

“Betapa teruknya journey saya sampaikan saya terpaksa bayar untuk ambil Ujian Personaliti Diri, kerana rasa susah yang teramat dengan tesis saya” ujar beliau ketika merasakan macam ada satu “Invisible Wall” diantara beliau dan tesis sebelum bertemu dengan Dr Roket.  Masyallah, sampai begitu sekali langkah drastik yang diambil oleh Puan Aidil demi menyelesaikan cabaran yang dihadapi ketika awal dulu.

Meskipun begitu, selepas beliau berjumpa dengan Dr Roket Alhamdullilah penulisan tesis beliau telah bergerak semula selepas satu tahun tetapi masih perlahan. Beliau berkata pada ketika itu, beliau hanya mempunyai 159 muka surat.

 “Jadi bermula dengan saya join Nak Ubah Tesis (NUT) sehingga PLATINUM, program ini sangat membantu saya untuk memahami diri dan memahami keadaan diri ketika saya down dengan segala kepenatan mental, fizikal dan juga emosi” kongsi beliau setelah dapat melihat perubahan di dalam dirinya.

Tambahan pula, sepanjang melalui proses bersama Dr Roket, beliau belajar untuk akur dan bukan hanya sekadar untuk pakai topi learner malah akur untuk mengikuti guide yang diajar. “Dari situ saya tahu saya perlu switch off terus butang perfectionist saya, yang juga merupakan musuh ketat dalam diri saya” kata beliau. Subhanallah itulah orang kata semangat dan kekuatan yang amazing dalam proses menuntut ilmu Allah.  

Menurut beliau, dia adalah seorang yang memerlukan rutin. Dengan rutin yang diajarkan oleh Dr Roket beliau mengakui jika beliau tinggalkan rutin tersebut ianya akan mencetuskan segala mood down terhadap dirinya. Wahhh, padu ke padu penangan sesi bersama Dr Roket apabila anda membaca sendiri result Puan Aidil ini.

Dan setelah 3 bulan bersama dengan program Dr Roket, tesis beliau yang sebelum ini ‘meninggal’ kini mempunyai lebih 4 draft dengan lebih 114 halaman cumulative. Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah!

“Saya tahu saya tidak keseorangan, jika jatuh saya perlu bangkit kembali dengan lebih cepat. Sebab saya ada mentor, saya ada circle saya dan paling penting saya berada dalam satu proses yang ada proven results. Senior-senior lain ramai yang dah berjaya , jadi saya perlu akur dan buat sahaja!” kata Puan Aidil dengan semangat yang berkobar-kobar.


Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan 1000 TIKET PERCUMA ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/ 

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x