Cuba anda imagine yang anda ni seorang ibu + seorang engineer + seorang isteri + seorang calon PhD. Rasa-rasa anda boleh handle tak semua tu? Banyak kan tanggungjawab yang perlu disusun dan perlu dilaksanakan. Kalau situasi anda sebagaimana yang saya sebut tadi dan perlukan jalan penyelesaian untuk keluar daripada cabaran, jom kita baca kisah super mommy ini.
Puan Wan Nurul Hafilah Binti Wan Ariffin merupakan seorang penuntut PhD dalam bidang kejuruteraan awam. Beliau menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Perjalanan PhD beliau memang diuji dengan cabaran-cabaran yang menyebabkan tesis beliau stuck ataupun dalam erti kata lain “meninggal”. Seram kan gambaran perkataan “meninggal” tu.
“Cabaran saya yang pertama adalah saya menjalani pengajian PhD ni secara part-time kerana saya bertugas sebagai jurutera di Jabatan Pengairan Saliran Malaysia” kongsi Puan Wan Nurul Hafilah. Beliau menceritakan bahawa rutin harian adalah setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang dan apabila berada di rumah pula ada 6 orang anak serta seorang suami untuk diuruskan.
“Jadi, menguruskan kerjaya, menguruskan rumah tangga dan pada masa yang sama sebagai pelajar PhD merupakan cabaran yang terbesar sebab saya tak tahu macam mana nak uruskan ketiga-tiga perkara inI” ujar beliau. Fuhhhhh, tanggungjawab seorang ibu memang banyak. Lagi-lagi situasi macam Puan Wan Nurul Halfiah. 4 tanggungjawab perlu di bahagikan dalam masa 24 jam. Beliau menceritakan bahawa kerana tidak tahu bagaimana nak imbangkan semua tanggungjawab, tesis beliau terbiar lama kesepian tanpa dihias dengan mukasurat yang terbaru.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini membawa erti bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Puan Wan Nurul Hafilah gigih untuk membantu diri beliau dengan berusaha untuk keluar daripada kemelut yang dihadapinya. “Alhamdulillah, setelah saya join Program Dr. Roket, saya dapat berikan komitmen yang terbaik untuk kerja saya, untuk family saya dan juga untuk tesis saya. Alhamdulillah” kata beliau.
Beliau berkongsi bahawa selepas ikuti program Dr Roket terasa magic sangat kerana semuanya berlaku dengan baik dan semua yang berada di sekeliling Puan Wan Nurul Hafilah dapat merasai perubahan baik yang berlaku dalam diri beliau. Keluarga dan suami beliau sangat gembiran dengan perubahan posotif tersebut. “Suami nampak saya lebih ceria dan lebih gembira” kongsi beliau
Bukan orang terdekat seperti keluarga dan suami sahaja yang perasan dengan perubahan positif terseut malah staff beliau turut nampak Puan Wan Nurul Hafilah bekerja dengan lebih teratur dan memberikan arahan dengan lebih tersusun.. Nampak ke nampak sebuah proses yang betul itu sememangya memberi kesan yang positif kepada orang yang betul-betul nak berubah. Ingat pembaca jangan berubah guna niat je, kena jalankan tindakan juga okay.
“Tesis saya juga dapat progress dengan baik. Alhamdulillah”. Syukur syukur syukur, tesis Puan Wan Nurul Hafilah yang dulunya tak bergerak kini telah bertambah-tambah muka surat. Selepas beliau ikuti program Dr. Roket daripada tahun lepas, result terkini adalah beliau mempunyai lebih 2,099 mukasurat.
“Saya berharap semua sahabat-sahabat dapat banyak manfaat daripada Seminar Nak Ubah Tesis (NUT), focus betul-betul. InsyaAllah, tesis sahabat-sahabat semua akan grow dengan lebih baik”, Puan Wan Nurul Hafilah memberitahu bahawa Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) sememangnya memberi kesan yang baik dan program yang berkesan untuk tesis beliau.
Seminar Nak Ubah Tesis bakal berlangsung pada 27-29 Ogos 2021, pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan 1000 TIKET PERCUMA ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/ .