Skip to main content
search
0

Cik Puan Nur Adillah Rahaman ataupun lebih sering disapa sebagai Cik Puan Adillah Rahaman sedang menjalankan pengajian PhD dalam bidang Build Environment dan memilih Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam sebagai destinasi beliau mengaji ilmu PhD. Dari hari mula mendaftar sebagai pelajar PhD sehingga kini pelbagai jenis cabaran yang beliau hadapi, tidak kiralah samada dari segi cabaran kehidupan, cabaran tesis dan juga cabaran karier. Fuhhhh ni kira 3 cabang besar majority pelajar Master PhD jika berbicara mengenai cabaran yang mereka hadapi.

Nak tahu lebih dalam mengenai cabaran Cik Puan Adillah? Jom baca penuh artikel ini dan pastinya di penghujung ada tangan yang membantu beliau.

Low self-esteem ataupun kurang kurang keyakinan diri antara cabaran besar yang mencacatkan pengajian PhD beliau. Cik Puan Adillah menjelaskan bahawa beliau telah kehilangan 3 per 4 keyakinan beliau kerana  mengalami fobia terhadap first attempt pengajian PhD beliau. Siapa je tidak trauma kan kalau cubaan pertama gagal. Mesti tertinggal rasa fobia dan kecewa terhadap diri sendiri. “Mesti aku tak boleh buat untuk kali kedua ni”. Ayat sebeginilah yang sebenarnya menjadikan kita rasa kurang yakin dengan diri sendiri.

Menghadapi kesukaran untuk focus dalam penulisan tesis merupakan cabaran kedua yang dialami oleh pelajar PhD UiTM ini. “Saya tidak tahu bagaimana cara untuk menulis”, luah Cik Puan Adillah Rahaman. Tidak tahu bagaimana cara, tidak tahu proses yang betul dan tidak tahu teknik-teknik yang betul untuk menulis tesis inilah menyebabkan tesis beliau stuck pada waktu seketika. Walaupun bergelar pelajar PhD tetapi masih mengalami kesukaran menulis tesis kerana anda tidak boleh menjangkakan penulisan tesis untuk Phd adalah sama dengan Final Year Project anda pada Ijazah Pertama ye.

Sikap PROCASTINATION ataupun suka bertangguh juga antara cabaran besar yang menimpa dalam pengajian PhD Cik Puan Adillah Rahaman. “Saya suka bertangguh kerana takut untuk bertindak”, ujar beliau. Asbab daripada ketakutan beliau untuk bertindak dan membawa kepada sikap bertangguh yang semakin sebati di dalam diri rupa-rupanya telah menyebabkan beliau kehilangan banyak masa, banyak wang ringgit. Hasil kerja beliau juga menjadi caca marba kerana banyak kerja yang dilakukan menjadi last minute work. Haaa, saya rasa Cik Puan Adillah tidak keseorangan kerana saya pasti ramai pelajar Master PhD ini yang masih buat kerja last minute kan.

Walau bermacam-macam cabaran yang perlu dilalui beliau dari first attempt PhD sehingga PhD kali kedua ini, ianya tidak mematahkan semangat dan keinginan beliau untuk menghabiskan garisan penamat. Syukur syukur, syukur pada 28 Mei 2020 beliau telah berjumpa seorang mentor iaitu Guru Master PhD Strategist No 1 Malaysia, untuk menjadi guidance dalam perjalanan PhD.

Selepas menghadiri seminar atas talian Dr Roket, beliau mendaftar untuk menjadi Platinum Premier dan pada 7 september 2020 menjadi tarikh bersejarah untuk beliau kerana akhirnya dipilih menjadi Platinum Premier batch 5.1. Banyak perkara positive yang berubah dalam kehidupan dan tesis beliau setelah memutuskan untuk menjadi platinum Dr Roket.

Salah satu perkara yang beliau syukuri setelah menjadi platinum adalah mempunyai mentor. Mentor inilah yang memberi Cik Puan Adillah close guidance. Tunjuk ajar ataupun ilmu yang Dr Roket kongsikan bukan sahaja dalam ilmu PhD semata tetapi juga mengajar untuk beliau dapatkan life, PhD dan carrier dalam masa yang sama. Agak-agak dekat luar sana ada tak Mentor yang ajar 3 perkara serentak. Seimbang dalam PhD, kehidupan dan juga sebenarnya dalam pembentukan rohani.

Circle Platinum Dr Roket

Tidak cukup dengan Mentor yang sangat membimbing, mempunya circle group yang positive juga adalah perkara yang beliau syukuri kerana menjadi platinum Dr Roket. Jika dahulu beliau selalu merasakan bahawa pengajian PhD adalah sangat sunyi tetapi sekarang ramai kawan seperjuangan yang sama-sama bangkit dari segala bentuk cabaran. “Bila down, kita ada rakan-rakan yang uplift kita”. Cik Puan Adillah menceritakan bahawa berada dalam circle Dr Roket ini membuatkan beliau tidak sempat berasa down kerana terlalu banyak pembakaran-pembakaran positive dalam circle Dr Roket.

“Proses magic-magic Doc yang sangat wow juga merupakan salah satu perkara yang beliau amat-amat syukuri”, Cik Puan Adillah. Alhamdulillah proses magic yang dilakukan oleh Dr Roket telah beliau rasai dan banyak perkara yang beliau telah ubah termasuklah dari segi personality dan perkara yang penting adalah perubahan mindset. Result yang beliau boleh buktikan adalah Cik Puan Adillah telah berjaya hasilkan sebanyak 15 deraf tesis!!!

Setelah penat lelah berusaha menyiapkan tesis, pasti akan penghujungnya iaitu proses Viva. Cik Puan Adillah meletakkan target untuk Viva adalah pada 14 Oktober 2020. Mari kita sama-sama doakan agar beliau dapat mencapai tarikh impian untuk Viva dan segala urusan Cik Puan Adillah Rahaman dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pstttt… anda nak tahu Cik Puan Adillah adalah pengguna E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat!!! Jika anda berminat nak dapatkan E-Book ini boleh klik link >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/

Leave a Reply