fbpx Skip to main content
search
0

Jika minggu lalu kita menyingkap sedikit latar belakang mengenai Superhero pelajar Master PhD iaitu Dr Roket. Harni nak tahu tak sejarah hitam yang dihadapi oleh Dr Roket? Awal tahun 2017 segar di ingatan di mana fasa paling kritikal Dr Roket dikutuk, dikeji dan dihina dengan pelbagai gelaran. “Scammer”, “Syaitan”, “Valet PhD”, “Dr Roket Gila”, macam-macam lagilah. Mereka inilah golongan yang banyak bersangka buruk daripada bertanya dan selidik terlebih dahulu.

Dalam hadis Nabi SAW melarang sekerasnya kita bersangka buruk

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)

Apa yang menyedihkan adalah fitnah yang dilontarkan adalah dari orang akademik dan berpendidikan tinggi juga. Tak pasti apa sebenarnya dalam minda dan hati mereka. Adakah PHD (Perasaan Hasad Dengki) juga? Wallahu’alam. Lebih menyedihkan, ada dikalangan kenalan juga. Waktu ini memang terbukti teruji siapa sahabat kenalan yang betul-betul support kita, dan yang ibarat “talam dua muka”. Hanya Allah yang tahu perasaan pada ketika itu.

Disebabkan isu fitnah yang berleluasa itulah, 3 roudtour yang pada asalnya ingin dibuat di universiti terpaksa dibatalkan oleh pihak pengurusan dalam notis yang singkat. Bayangkan sahaja pada hari kejadian baru dimaklumkan bagaimana nak cari tempat, beritahu para peserta. Dari plan nak buat di Universiti pindah ke dewa surau.. Kan beza tu. Roud tour di Alor Setar alhamdulillah dapat berpindah ke Masjid Sultanah Bahiyah atas bantuan ayah Dr Mardiana, Mat Ishak Awang Mustafa. Manakala di Johor dibantu oleh Dr Aminuddin Ehsan. Syukur masih ada yang menghulurkan tangan.

Waktu kemuncak adalah apabila dewan Main Audi UIA yang telah dibooking kalau tidak silap 2-3 bulan lebih awal, tidak dibenarkan beberapa hari sebelum program berlangsung. Ya Allah. Memang kelam kabut jadinya. Setelah meniliti tempat, KIP Hotel yang dijumpa secara tidak sengaja menjadi pilihan. Maka bermulalah pelbagai siri program kami dibuat di KIP Hotel. Siapa geng yang pernah join program Roket di KIP Hotel? Mesti ada kan. Waktu tu boleh memuatkan max dalam 55 orang dalam 1 bilik. 2 tahun berturut-turut kami menjadi pelanggan setia KIP Hotel. Fuh menggamit memori betul! Rindu pulak nak buat program di KIP Hotel.

Cabaran paling tragis apabila Dr Khairul Nizam dapat arahan dari Dekan beliau bahawa Majlis Professor Negara (MPN) minta beliau tunjukkan surat tunjuk sebab. Aik, apa salah kami? Kalau isu fitnah dan kecaman yang berlegar itulah yang menjadi puncanya, sepatutnya, orang yang menuduhlah perlu tunjukkan bukti apa kesalahan yang dibuat. Ini terbalik pula.

Akhirnya Dr Khairul Nizam bertegas kami tak perlu melatah atau respon. Masa tu memang niat dalam hati, “Ya Allah, Engkau yang berkuasa terhadap sesuatu. Aku serahkan semua urusan ni kepada Engkau Ya Allah. Dengan kekuasannMu, tunjukkan yang benar itu benar, yang salah itu salah”. Nak dijadikan cerita, masa Tun Mahathir jadi PM, beliau bubarkan MPN. Boleh cari sendirilah kenapa ia dibubarkan.

Pernah juga buat dalam universiti sewaktu isu kembali reda. Serba salah untuk terima sebenarnya, sebab ternyata kesan impaknya berbeza kepada peserta. Ada satu ayat seorang lecturer yang jemput berprogram respon terhadap isu hangat viral tempohari. Saya rasa sangat win. “Kenapa saya boleh jemput Dr Roket juga, sebab saya pelik, Dr dua-dua ni lecturer, bidang agama pula, takkan buat benda salah. Lepas tu ramai yang join program Dr Roket ni, bukan calang-calang orang, cikgu, guru besar, pensyarah, pegawai. Takkan diorang semua ni “bodoh-bodoh belaka” kena scam dengan Dr Roket!”. Kami ketawa. “Itulah cara fikir orang cerdik Dr!”.

Kalau isu misleading tajuk, sebenarnya kami pun ada buat survey, discuss pros cons sebelum decide tajuk tu. Btw no issues pun, ia berbalik kepada “cara melihat, cara membaca, & cara faham”. Kita kan ada sudut pandang masing-masing. Alhamdulillah issue closed. Apa yang dikongsikan, tidak ada niat lain. Hanya berkongsi kisah memori jatuh bangun, suka duka, pahit manis sepanjang 5 tahun ini. Yang pahit dahulu, adalah manis kini. Sempena 5 tahun Anniversary Dr Roket. Sekejap sahaja rasanya.

Mana yang baik, ambil, mana yang tidak baik, tinggalkan. Memang betul orang kata, tempoh 3-5 tahun adalah tempoh “berpuaka”. Dalam tempoh perjalanan ini, akan ada pasang surutnya, orang yang datang  juga silih berganti.

Selagi mana Allah izinkan “kapal” ini terus berlayar, insyaAllah ia akan terus berlayar menuju destinasi. Biiznillah. Siapa yang ingin berlayar bersama dalam kapal “Roket” ini, kami sangat mengalu-alukan. Terutamanya anda yang mempunyai passion yang kuat untuk membantu pelajar Master PhD.  Kita sedang buat benda besar  untuk negara dan ummah insyaAllah.  Usaha ini tidak boleh dibuat sorang-sorang atau sekumpulan kecil. Ia perlukan “jemaah” a.k.a circle yang mempunyai mind set, direction dan passion yang sama. Biiznillah.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x