fbpx Skip to main content
search
0

Di sebalik kejayaan sebuah organisasi itu pastinya wujud sosok tubuh yang tidak berhenti-henti memikir, merancang dan melaksanakan sebuah rancangan mereka. Dr Roket a.k.a Dr Khairul Nizam merupakan insan yang menggerakkan 2M World Sdn Bhd iaitu organisasi yang membantu pelajar Master PhD. Bersama suri hati beliau, Dr Mardiana Mat Ishak merangkap Chief Operating Officer (COO) yang berusaha menjadikan Dr Roket berdiri teguh sehingga mencapai tahun ke-5 pada 2021 ini.

Diam tak diam, Subhanallah.. sudah nak masuk 5 tahun usia 2M World a.k.a “Dr Roket”. Bermula 17 Okober 2016 banyak kenangan manis, indah, suka duka sepanjang perjalanan ni. Alhamdulillah…

Pasangan PhD ini gemar berkongsi ilmu dan sering dijemput memberi ceramah di pelbagai tempat. Dr Khairul Nizam banyak menerima jemputan ceramah di Masjid Surau, badan-badan organisasi kerajaan dan swasta antaranya di Security Commission, sekolah, university serta ceramah keagamaan, motivasi dan sempena hari istimewa tertentu.

Tidak kurang hebat juga sang isteri yang sering mendapat jemputan sebagai speaker untuk motivasi wanita, family, Quranic Islamic life balance & time management. Antara yang menjemput Dr Mardiana ialah Puspanita Hospital Rehab KL, Puspanita PTPTN, Pejabat Mufti Perlis, Puspanita SPRM, Majlis Agama Islam Pahang dan lain-lain

12 Jun 2012 merupakan perjuangan awal pasangan suami isteri ini dibawah 2M Global Training & Consultancy dan alhamdulillah dinaik taraf kepada 2M World Sdn Bhd pada 17 Oktober 2016. Jika anda nak tahu kenapa nama 2M World Sdn Bhd, nanti saya akan share. Nantikan hehehehe. Sebelum membantu bangsa postgrad ini banyak jenis perniagaan yang dilakukan oleh Dr Mardiana seperti menjual tudung, tepung goreng dan kopi 3 in 1.

Asbab pengalaman Dr Khairul Nizam sebagai Timbalan Dekan Akademik Penyelidikan (TDA) sebelum ini yang banyak menguruskan isu pelajar Postgrad telah membantu isteri beliau yang telah menyambung PhD untuk jimat 1 semester. Masa awal pengajian PhD , hero Master PhD Dr Roket belum muncul tetapi ianya berakhir dengan kebahagiaan “Dr Roket” muncul di hujung tahun 2016 iaitu pertengahan pengajian PhD Dr Mardiana.

Menjadi “bahan eksperimen” yang berjaya terhadap modul dan formula yang dikongsikan di dalam siri kelas dan seminar road tour yang dibuat, idea perkataan “R.O.K.E.T” dirungkai untuk dijadikan formula. Satu persatu idea diperah dan terus dicatat di atas sehelai kertasA4, contengan  dan lakaran pun dibuat oleh Dr Khairul Nizam dan Dr Mardiana. Nama brand “Dr Roket” dipilih dan website www.drroket.com dilakukan dalam masa beberapa hari oleh Dr Mardiana.

Pada tahun 2016 sekitar Oktober, “kami beranikan diri untuk menyewa office pertama di Prima Sri Gombak”, alhamdulillah rezeki mencari dan mendapat bilik yang paling murah. Dengan bilik yang kecil tidak mendapat cahaya matahari boleh memuatkan 5 orang staff ketika itu termasuk lah Dr Khairul Nizam dan Dr Mardiana. “Di peringkat awal, gaji 3 orang Tim pun saya recycle dari gaji saya bagi memastikan tim mempunyai gaji bulan dan menguruskan program. Orang cakap tindakan pasangan suami isteri ini memang berani matilah, namun syukur juga dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

Seminar pertama dan  kedua dibuat pada 21 Oktober 2016 dan 16 Disember 2016. Kemudian diikuti beberapa siri seminar roud tour di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sekitar tahun 2017-2018. Berancang untuk membuat program besar yang menghimpunkan public figure yang popular dikalangan pelajar Master PhD pada tahun 18 Mac 2017 namun ramai yang menolak jemputan tersebut. Siapa lah Dr Roket pada ketika itu, takde sesiapa yang pandang. Ada juga yang pada awalnya setuju, namun disaat akhir tarik diri. Dr Azlan Shairul Baharun Baharun, Dr Syahr Musafir, Dr Siti Uzairiah dan artis Fynn Jamal antara yang sudi menerima jemputan pada waktu itu. Alhamdulillah syukur

“Serius ah tolong pelajar Master PhD?”, “Ini sangat rare”, “You ambil kerja SV, Univ ke?”, “Boleh survive ke ni?,”You buat tesis diorang ke?”, “You bantu semua bidang?”. Adanya respon yang berbaur sinis dan perli. Ada juga bertanya yang serius nak tahu. Sebenarnya Dr Roket bantu pelajar Master PhD dalam Thesis Management, bantu mereka siapkan tesis kurang 6 bulan. Ia tercetus diperingkat awal bila mana Dr Khairul Nizam secara santai bertanya dalam posting FB beliau, “Siapa nak kalau saya bantu untuk anda habiskan Master PhD cepat. Tesis boleh disiapkan cepat kurang 6 bulan”?

Dengan pengalaman sebagai TDA sebelum ini, beliau “nampak” apa yang boleh dan perlu dibantu. Masa sebagai TDA, hanya sempat bantu sebilangan kecil sahaja. Antara isunya, Isu pelajar tidak habis belajar, pelajar yang ditaja belajar oversea balik tak habis, isu tak siap tesis, habis lambat dari tarikh yang sepatutnya, minta extend dan sebagainya.

Alhamdulillah dalam tempoh 5 tahun ini, mereka yang berhadapan dengan cabaran-cabaran Academic & Life tersebut telah berjaya dibantu. Sebenarnya, inilah antara sumber kekuatan kami buat dan teruskan apa yang kami buat. Ia bukan cerita hanya sekadar nak siapkan tesis semata. PhD is all about Life. Alhamdulillah itupun, kerana mereka yang follow proses yang dibantu. Mereka buang ego, buang topi segala jawatan yang ada dan belajar. Lahaulawalaquwwataillabillah.. Semuanya datang dari Allah jua.

Alhamdulillah syukur apabila dapat melihat senyuman mereka dan keluarga. Syukur apabila ada rumahtangga bergelora yang telah diselamatkan kesan daripada pasangan sambung belajar. Syukur apabila dapat kembalikan masa berharga dan hobi untuk diri mereka, anak-anak dan ahli keluarga asbab dari apa yang dibantu. Mereka lebih “enjoy the journey” dengan cara yang betul..

Namun … niat dan harapan tercalar dan terguris pada tahun 2017. Viral di Social media tentang apa yang Dr Roket buat.. Jeng jeng jeng.. Nak tahu apa yang jadi????? Nantikan part 2 okay

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x