fbpx Skip to main content
search
0

“Haaa bantu dalam menyiapkan tesis?” “Ye ke benda ni betul?” “Ye ke boleh membantu?”. Begitulah ayat yang sering didengari oleh saya pada awal saya membantu pelajar Master PhD ini. Insan bernama Mohd Fahmi Md Yusop adalah antara pelajar Master PhD yang percaya dengan benda yang saya lakukan. Beliau ialah peserta daripada kumpulan pertama program Dr Roket yang dilaksanakan pada tahun 2017. Beliau berkongsi pengalaman kesan program Dr Roket dalam perjalanan penghasilan tesis di peringkat Master sehinggalah peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).

Mohd Fahmi menceritakan bahawa dia mengetahui kewujudan Dr Roket ini adalah melalui Facebook Dr Roket dimana beliau terlihat iklan Dr Roket dan seterusnya mendaftarkan diri sebagai peserta program Start up Gempur pada tahun 2017 yang dilakukan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Pada ketika itu beliau berstatus sebagai pelajar Master di Universiti Sains Malaysia (USM).

Dari tidak memberi salam sehingga memberi salam” itulah gambaran yang diceritakan oleh Mohd Fahmi dimana pada penghasilan Master sebelum ini beliau hanya terikut kawan tetapi pada peringkat PhD ini beliau lebih bersedia dengan megikuti program Platinum Dr Roket. Keberkesanan yang diperolehi daripada program setengah hari Dr Roket pada zaman Master beliau itu telah menarik Mohd Fahmi untuk mengambil keputusan mengikuti program Platinum Dr Roket yang berjalan selama 3 hari iaitu pada 8-10 Mac 2019.

Dari 0 muka surat sehinggalah 1891 mukasurat (draf 13) merupakan hasil titik peluh penghasilan PhD beliau pada ketika ini. Dengan seramai 2.8 ribu tontonan di laman Facebook Dr Roket pada RMR siri 4 telah menjadi saksi bahawa perjalanan PhD Mohd Fahmi sebelum program Nak Ubah Tesis hanyalah 0 mukasurat. Selepas sahaja program Roket Intensive Class 1 yang dihadiri beliau terus naik sehingga 189 muka surat sehinggalah selepas 289 mukasurat selepas RIC 2. Terkini angka tersebut terus naik ke 1891 mukasurat.

Walaupun masih ada yang skeptical mengenai program Dr Roket ini, Mohd Fahmi mengatakan “Sesiapa yang mengikuti Dr Roket bukan hanya dapat uruskan tesis tapi juga dapat membantu uruskan perkara lain seperti keluarga”. Malah, beliau juga mengatakan mengikuti program Dr Roket ini kita tidak akan berasa sendiri kerana ramai kawan-kawan dan team Dr Roket sendiri yang memberi suasana yang positif.

“Nak habiskan apa yang kita mulakan perlu ada proses yang betul. Which is perlu ada circle dan mentor yang betul” kata Mohd Fahmi. Bagi beliau untuk mengalami proses sebegitu hanya dapat ditemukan di program Dr Roket. Oleh itu beliau mendorong untuk para ilmuwan untuk menyertai program Nak Ubah Tesis (NUT) yang mana dalam NUT Dr Roket akan berkongsi segala strategi untuk memerdekakan tesis anda.

NUT akan dijalankan pada 27 hingga 28 Ogos 2021. Tiket dikhabarkan sedikit sahaja lagi. Oleh itu cepat rebut peluang ini dan alaminya bersama Dr Roket untuk pengurusan Tesis anda. Untuk keterangan lanjut boleh melayari telegram Dr Roket DrRoket>>https://t.me/drroket.

Disclaimer: Artikel dibuat adalah berdasarkan slot RMR pada tahun lalu.


Pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan TIKET PROMOSI ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/


Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x