fbpx Skip to main content
search
0

“Saya buat Master bidang lain tiba-tiba Phd bidang baru jadi memang berasa sangat susah”. Cabaran perbezaan bidang ketika pengajian Master dan PhD merupakan cabaran yang di alami oleh segelintir daripada pelajar PhD. Seperti perlu belajar daripada asas itulah yang bokeh digambarkan jika mengambil bidang berbeza ketika Master dan PhD. Puan Mazniha Berahim yang merupakan pelajar PhD dalam bidang Teknologi Maklumat merupakan daripada segelintir pelajar PhD yang mengalami cabaran ini. Perbezaan tersebut dirasai kerana ketika Master beliau mengambil bidang Pendidikan Matematik. Fuhhh jauh beza tu

Ibu kepada 2 orang anak ini menceritakan bahawa beliau memang tidak mempunyai deraf dan hanya mempunyai sekadar proposal defence sahaja iaitu bab 1 hingga 3. Untuk pengetahuan, beliau telah mendaftar PhD pada 2016 lagi. Cabaran kedua yang beliau hadapi selepas perbezaan bidang ialah terlalu melayan alasan penat. Beliau yang merupakan pensyarah di pusat pengajian diploma Universiti Tun Hussein Onn terpaksa dipindahkan ke kampus Pagoh dimana mengambil masa selama sejam lebih untuk beliau ulang alik dari rumah ke kampus berbanding sebelum ini yang mana kampus tersebut berada dalam kawasan yang sama dengan rumah beliau. “Jadi pada ketika itu saya melayan alasan ulang alik penat. Jadi memang sekali sekala je buka tesis. Progress memang sangat slow”

Puan Mazniha ketika mengikuti RIC 1

“Pada 22 bulan 3 tu sebagai day 1 saya. Saya jadi new me. Jadi new Mazniha”. Apa yang jadi dalam hidup Puan Mazniha ni? Beliau ikut program apa? Anda nak tahu tak tak beliau ikuti program apa yang telah mengubah negative thought beliau mengenai PhD? Hari bersejarah yang Puan Mazniha maksudkan adalah hari dimana beliau telah mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada tahun lalu. Beliau berkongsi bahawa NUT telah mengubah beliau dari merasa susah dengan PhD kepada mula sedar bahawa yang hanya beliau perlukan adalah proses untuk sedar tentang banyak perkara.

Beliau mengatakan bahawa Dr Roket banyak tegur pelbagai aspek termasuklah dari segi mindset dan tindakan-tindakan. “Saya mula baiki diri, dalam hidup kita, sebenarnya kita perlu orang lain untuk tegur kita” pandangan Puan Mazniha. Selain daripada itu, Dr Roket juga mengajar bagaimana untuk survive dalam menghadapi cabaran dan seterusnya menjadikan bangsa postgrad sebagai pelajar Master Phd Survivor. Beliau sentiasa ingat bahawa apa sahaja cabaran akan ada solusi. Sebagai pelajar Master PhD, Dr Roket sentiasa ajar untuk pelbagaikan tindakan. Apabila satu tiada hasil, inshaaAllah akan ada hasil lain.

Dengan melalui proses Dr Roket ini telah membuka minda Puan Mazniha menjadi lebih proaktif. “Selama ini saya duduk dalam tempurung memang duduk dalam gua yang takde tahu solusi” ujar beliau. Apabila kita proaktif banyak solusi yang akan kita hasilkan. Sebagai contoh yang terjadi dalam PhD beliau adalah beliau masih boleh mengubah deraf tesis beliau. Jika sebelum ini beliau stuck bertahun-tahun tapi kini dalam masa 5 bulan sahaja mengikuti Dr Roket, beliau telah nampak apa yang boleh disumbangkan walaupun masih ada yang perlu diperbaiki.

Puan Mazniha bersama suami ketika deraf terbaru

Malah, kini ahli keluarga Puan Mazniha pun mula nampak perubahan beliau dan anak-anak beliau sering memberi kata-kata semangat ketika beliau selalu berkerja ataupun menulis tesis. Anak-anak beliau juga sering mengingatkan beliau untuk morning walk. Fuhh betul-betul anak murid Dr Roket juga ni. Beliau turut berkongsi bahawa Dengan ilmu NUT, TM168, beliau mula faham bahawa perlunya untuk kita trace masa kita sendiri. “Bila join NUT, mula sedar bahawa kita boleh plan dan buang apa yang tak perlu”. Terkini result beliau adalah sebanyak 1982 pages deraf ke 20 daripada 57 muka surat sebelum mengikuti NUT.

Disclaimer; Artikel dibuat berdasarkan sesi live ketika Result Roket Elite pada 20 may 2021


🔊24 HARI LAGI SEMINAR VIRTUAL NUT. Simpan tarikh anda 27-29 Ogos 2021 okay 📌🗓
.
Pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan TIKET PROMOSI ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/


Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x