Skip to main content
search
0

Kehangatan menuju ke N.U.T kian membara! Sudahkah anda semua membuat KEPUTUSAN untuk masih setia bersama PROSES Dr Roket? Jadi, dalam perkongsian kali ini Dr Roket ingin menceritakan kepada anda semua mengenai KEPUTUSAN

Ianya bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan. Apatah lagi, jika keputusan itu melibatkan keputusan yang berat untuk kita lakukan. Sudah tentu setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak terhadap hidup kita.  Jika keputusan tersebut salah pencaturan alamatnya terjunam lah kita. Namun, jika keputusan tersebut adalah tepat dan terbaik yang kita lakukan, InsyaAllah segala mudah.

Tahukah anda bahawa setiap 2 saat seorang manusia akan membuat keputusan?

Manakala, setiap 1 jam pula manusia akan melakukan 2,000 keputusan & dalam sehari manusia akan melakukan 35,000 keputusan. WOW Masyaallah hebat!

Dr Khairul Nizam a.k.a Dr Rokett mengimbau sewaktu Dr Mazidah Rejab Viva. Beliau merupakan seorang yang sangat cepat dalam membuat keputusan apabila beliau terus setia bersama proses sehingga ke akhirnya sedangkan ketika itu lebih ramai yang pergi meninggalkan proses. Bermula dari seminar N.U.T pada tahun 2019 sehingga sampai ke bilik Viva beliau telah membuat keputusan yang teguh untuk masih bersama proses Dr Roket hingga ke saat ini sebagai CRMP.  

Ramai diantara kita, apabila sudah mula nampak proses kemudian melalui proses itu sendiri dan nampak result, sebenarnya dari situlah kita hanya ada 2 saat untuk membuat keputusan samada untuk terus atau tinggalkan proses.

Namun, ada juga yang memilih pilihan yang kedua iaitu buat keputusan untuk melakukannya sendiri. Tapi pastikan bila jatuh, bangun sendiri ye, Dr Roket tak tolong….hehe

Seterusnya Dr Roket juga berkongsi tentang dua jenis elemen BERAZAM:

  1. Lintasan perkataan-perkataan yang kita panggil sebagai Niat

2. Apabila kita mampu untuk Istiqamah dengan pilihan yang kita buat

Kedua jenis elemen di atas memberi impak kepada kita apabila tidak semua mampu istiqamah dengan keputusan yang dibuat. Sebagai contoh, ramai diantara kita harini memilih untuk melalui proses tanpa circle yang betul dan tanpa ada mentor yang nak bantu untuk capai matlamat mereka. Ha…itu yang “meninggal” tu!

Kita harus ingat bahawa kesemua pilihan yang kita lakukan harini semuanya ada garis mula dan garisan penamat. Tambahan pula, apabila keputusan sudah dilakukan haruslah kita selitkan juga usaha untuk menuju kejayaan yang indah. Kerana tanpa usaha juga, tiadalah kejayaan.

Sekarang siapa rasa keputusan sangat penting dan merupakan agenda dalam kehidupan kita?

Jadi apa keputusan anda sekarang nak join ke join N.U.T Ogos nanti?


🔊28 HARI LAGI SEMINAR VIRTUAL NUT. Simpan tarikh anda 27-29 Ogos 2021 okay 📌🗓
.
Pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan TIKET PROMOSI ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/


Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x