fbpx Skip to main content
search
0

Jika Tuhan menciptakan malam untuk menggantikan siang. Tuhan menciptakan kebahagian untuk menggantikan kesedihan. Cabaran ataupun segala bentuk ujian yang Allah beri itu pastinya akan menjadi titik perubahan untuk seseorang itu berubah samaada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya. Alhamdulillah, cabaran yang dihadapi oleh Cik Puan Zeti Yusmira Jaludin diganti dengan kegembiraan yang sangat luar biasa iaitu Viva! Kisah perjuangan Zeti Yusmira pastinya akan memberi seribu satu inspirasi kepada bangsa postgrad dan bagi yang baru ingin mengenali beliau akan mempunyai seribu satu soalan mengenai perjalanan PhD Zeti Yusmira. Jom semua kita telusuri kisah platinum dari negara Brunei Darussalam ini!

Zeti Yusmira, anak jati Brunei

Sebelum kita mengambil tahu perihal mendalam mengenai cabaran PhD beliau, saya akan berkongsi mengenai latar belakang beliau. Zeti Yusmira merupakan ibu kepada 2 orang anak ini merupakan pelajar PhD di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam. Beliau telah menyambung PhD dalam bidang Pendidikan Islam yang mana untuk pengetahuan anda di Brunei hanya ada satu universiti sahaja yang menawarkan PhD dalam bidang Pendidikan Islam. Menurut Zeti Yusmira, di Brunei hanya mempunyai 4 buah universiti sahaja jika sesiapa ingin menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.

Priority anak daripada PhD

“Komitmen dan perhatian untuk anak-anak merupakan cabaran yang saya hadapi sebagai ibu yang berstatus pelajar PhD”. Penyataan ini menjawab kepada 1 daripada persoalan anda tentang apakah cabaran besar yang beliau hadapi dalam tempoh perjalanan PhD beliau. Pada tahun pertama, tesis beliau bergerak namun setelah melahirkan beliau tekad untuk memohon cuti belajar daripada penyelia kerana tidak sanggup beralih perhatian daripada anak “Saya banyak kali nak berhenti belajar sebab nak fokus kepada anak”. Pengorbanan seorang ibu itu sangat besar kerana sanggup abaikan impian demi anak-anak.

Selain daripada itu, atas faktor-faktor tertentu beliau terpaksa menukar penyelia dan tajuk kajian. Ini menambahkan cabaran beliau yang juga perlu menjaga anak yang masih kecil. “Pada tahun 2016 dan 2017 saya bertukar sv, memang merupakan cabaran tesis saya tidak bergerak sehingga 2018”. Sekian lama beliau dibelenggu oleh perasaan mahu berhenti, beliau telah mengalami masalah depresi kerana terlalu merasakan Phd ini adalah beban. Pada 2018, beliau kembali berjumpa penyelia dan cuba menggerakkan tesis sedikit demi sedikit. Apa yang penting adalah mempunyai progress bukan ZERO progress.

3 tahun progress tesis hanya 18 halaman sahaja

Bayangkan sahaja dari tahun 2018 hinggalah kepada tahun 2019 beliau hanya mempunyai halaman muka surat sebanyak 18 sahaja! Kalau anda jadi Zeti Yusmira adakah anda giveup atau mencari solusi? Beliau menceritakan antara turning point beliau adalah telah menerima buku Roket Research Diary (RRD) dari pensyarah beliau. Dari RRD tersebut lah beliau gigih untuk mencari tahu mengenai Dr Roket. “My turning point ialah rupanya-rupanya phd perlu diuruskan”. Sebelum ini beliau bersangka bahawa beliau hanya perlu ke perkhidmatan kaunseling sahaja tetapi sepanjang sesi kaunseling beliau tidak menjumpai satu solusi pun.  

Ibu BIG WHY untuk tekad habiskan PhD

“Turning point paling besar saya ialah apabila saya kehilangan ibu”. Kehilangan insan yang bernama ibu amat menjadi pukulan yang sangat dahsyat bagi majoriti orang. Bagi Zeti Yusmira pula ialah arwah beliau lah orang pertama yang teman beliau untuk mendaftar PhD tetapi sudah meninggalkan beliau yang masih lagi tidak menghabiskan PhD beliau. “Ibu ialah turning point saya perlu ubah tesis saya” luah isi hati Zeti Yusmira.  Ibu beliau ialah BIG WHY untuk beliau terus mengambil tindakan yang betul untuk menghabiskan PhD ini.

Beliau menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) tidak lama kemudian, dan percaya bahawa nasibnya itu mampu diubah. Semenjak itu, beliau mengikuti formula-formula yang Dr. Roket berikan dan menjaga amalan harian beliau yang berhasil membina kepercayaan diri beliau semula. “Selepas NUT tersebut, saya berani untuk buka laptop. Setelah 3 tahun, baru saya berani untuk membuka latop semula untuk menghadap tesis saya sendiri”. Selepas NUT, beliau meletakkan target untuk menulis paling maksimum 5 helai dalam sehari dan Alhamdulillah dapat menyiapkan sebanyak 124 halaman dalam 23 hari. Malah, NUT juga menjadikan beliau berani untuk berjumpa dengan supervisor.

RIC1 asbab hubungan ayah semakin baik

Melihat kembali Journey PhD Zeti Yusmira bersama Dr Roket adalah RIC 1 merupakan asbab beliau memutuskan untuk menjadi sebahagian keluarga platinum Dr Roket. Beliau berkongsi bahawa semasa RIC 1, beliau dapat visualize possibilities dan target dimana Dr Roket mengajar untuk membesarkan tesis dan mengecilkan cabaran. Perkara yang beliau syukuri ketika RIC 1 juga adalah ayah dan juga adik beliau yang telah membawa dan menemani untuk menghadiri RIC1. “Buat kali pertama ayah saya telah membawa saya untuk ke luar negeri bagi urusan pembelajaran, menghadiri RIC1”. Malah jika sebelum ini Zeti Yusmira takut dengan ayah beliau namun alahmdulillah kini hubungan mereka semakin baik.

Zeti Yusmira bersama dengan Dr Ashikin Marzuki

Perjalanan PhD bersama Dr Roket, life dan PhD semakin baik

Yang menyeronokkan beliau sepanjang perjalanan PhD bersama Dr.Roket, beliau dapat merasai sendiri persekitaran dan lingkungan yang lebih baik dari sebelum ini. Bukan tesis beliau sahaja yang ada perkembangan, malah kehidupan beliau juga semakin menjadi lebih positive bersama circle platinum. “Setiap kali saya mendapat kesakitan saya akan baca chat para platinum untuk boost positive energy. Zeti Yusmira terangkan bahawa membaca win-win para sahabat platinum sebenarnya menarik kepada penghasilan win beliau juga. “PhD is not a lonely journey with platinum”

Syukur syukur syukur kepada Allah, hari ini merupakan hari bersejarah buat Zeti Yusmira kerana setelah melalui pelbagai cabaran dan ujian tidak kiralah samada dari segi kehidupan dan akademik, akhirnya beliau telah Viva pada hari ini iaitu Khamis 05/08/2021. Apa yang kita boleh belajar daripada beliau ialah Zeti Yusmira sering berpesan dengan diri sendiri bahawa apabila sesuatu musibah yang Allah bagi itu adalah sebenarnya Allah sedang naikkan darjat kita. Oleh itu, anda yang masih meneruskan journey Master PhD, jangan terus U-Turn hanya kerana cabaran yang dihadapi. Ingat, semua cabaran tersebut pasti akan solusi yang tersendiri.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x