Mohd Fahmi bin Md Yusop ataupun lebih dikenali sebagai Ustaz Fahmi merupakan calon PhD dalam bidang pendidikan pengajian kokurikulum di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.
Ustaz Fahmi menceritakan bahawa beliau menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pengajian PhD. Antaranya ialah beliau mendapati bila nak menulis tesis keadaan diri beliau tidak seberapa terurus iaitu dari sudut pengurusan masa. Jika anda perasan, sebilangan besar bangsa postgraduate mengalami masalah dari segi masa mereka. Ia adalah disebabkan majoriti mereka ini adalah bekerja sepenuh masa dan juga mempunyai keluarga.
Selain itu, yang kedua adalah perkara yang terjadi apabila beliau mula nak menulis tulis tesis adalah biassanya ia akan menyebabkan beliau menjadi stress. “Stress itu adalah perkara yang sangat sinonim” ujar Ustaz Fahmi. Stress sememangnya perkara yang sangat-sangat menyakitkan. Malah jika stress itu menjadi teruk akan membawa kepada depresi sebenarnya. Sangat merisaukan bila stress itu terlambat untuk anda rawat.
“Yang ketiga apabila dapat saja idea dan bila nak mula tulis dan sebagainya, saya rasa tiba-tiba stuck” kongsi Ustaz Fahmi. Anda mengalami macam ni juga ke?. Selalu macam tu kan, bila dah mencurah idea datang untuk menulis tesis, tiba-tiba je bila buka komputer dah hilang semua idea. Automatik jadi stuck.
Beliau juga dapati apabila menulis ataupun bila beliau hendak pastikan tesis mempunyai progress, ada kemajuan dan sebagainya akan selalu tersasar. “Saya selalunya tersasar dan tidak dapat nak mencapai target yang ditetapkan” kata Ustaz Fahmi ketika berkongsi 4 cabaran utama yang beliau hadapi ketika penulisan tesis.
Akibat terlalu risau dengan cabaran yang dihadapi, Ustaz Fahmi gigih untuk mencari jalan penyelesaian agar tesis beliau terus kekal bergerak dan mempunyai kemajuan. Alhamdulillah, beliau mengikuti program Dr Roket iaitu Seminar Nak Ubah Tesis (NUT). Apabila kita ada kemahuan untuk berubah, kita sepatutnya mencari pelbagai solusi untuk keluar dari belenggu masalah tersebut.
“Saya dapati diri saya dapat menerima something yang membuatkan saya menjadi diri yang baru. The new me” ujar Ustaz Fahmi mengenai perubahan yang beliau alami selepas program NUT. Beliau dapati dalam proses Dr Roket ini, kita ini adalah sebagai problem solver dan bukannya sebagai problem creator dan setiap perkara itu ada solusinya yang tersendiri dan kita perlu react dengan apa sahaja yang kita hadapi.
Learning point yang diperolehi oleh beliau juga adalah apabila dalam menuntut ilmu ini, sebenarnya kita perlu tundukkan ego kita. Ego kita dengan ilmu, ego kita dengan pensyarah kita, ego kita dengan penyelia kita. Malah, sebagai insan Master PhD ini sebenarnya tak susah mana sebenarnya. Ialah, bangsa postgraduate ini adalah insan yang pandai. Kepandaian tersebut sebenarnya perlu digunakan untuk mengurus bagi menjadikan lebih sistematik.
“Oleh itu kita jangan merungut, mengecam ataupun mempertikaikan apa yang kita buat. Sebenarnya ianya boleh diuruskan sebaiknya dan ianya ada dalam program Dr Roket. Dimana adanya tools, adanya formula-formula yang sangat-sangat membantu” kongsi Ustaz Fahmi mengenai kebaikan mengikuti program Dr Roket.
Ustaz Fahmi menceritakan apa yang lebih seronok mengikuti program Dr Roket adalah dapat belajar belajar daripada kesilapan orang lain. “Ini adalah bonus yang sangat-sangat besar dan sangat-sangat bermanfaat untuk kita sebagai bangsa postgrad”. Apabila anda dah masuk program Dr Roket ini, mungkin anda akan rasakan anda antara yang disaster ataupun banyak sangat cabaran tapi rupa-rupanya anda dapat belajar kesilapan dari orang lain dan belajar daripada tindakan-ttindakan betul (TTB) dari orang lain.
Tindakan-tindakan betul daripada orang lain itu sangat-sangat menyeronokkan. “Jangan lagi kita langgar dinding atau buat kesalahan yang sama” ujar Ustaz Fahmi mengenai TTB. Lebih menarik adalah ketika beliau mengikuti program, Dr Roket sebenarnya membuat beliau dapat design perjalanan Phd untuk pastikan Phd kita sangat-sangat delicious dan akan mencapai kejayaan. Akhir sekali kita dapat bina skills sebenarnya dalam PhD ini
Kini Ustaz Fahmi mempunyai lebih 2469 muka surat dan baru-baru ini beliau telah memenangi Anugerah Loyalicious Dr. Roket. Untuk pengetahuan Ustaz Fahmi telah menyertai VIVAlicious sejak 2019 lagi iaitu VIVAlicious yang pertama diadakan. “Alhamdulillah atas segala-galanya. Terima Kasih Doc atas ilmu yang diberi. InshaaAllah, kami akan sambut dengan penuh komitmen”.