fbpx Skip to main content
search
0

Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada semua Roketians dan rakyat Malaysia!

Alhamdulillah, negara Malaysia telah menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September dan semalam telah terciptanya sejarah dalam Dr Roket apabila berlakunya ekspedisi pertama Dr Roket!

Wow, di mana ekspedisi tersebut ya?? Sudah pasti pembaca sudah tahu sekiranya ada yang menonton LIVE bersama-sama di platform media sosial Dr Roket sejak jam 5.45 pagi lagi hingga jam 11 pagi.

Ekspedisi pendakian yang pertama ini dijalankan di Gunung Baling, Baling Kedah. Orang Kedah ada yang dah pernah mai ka??

Gunung Baling ini dikatakan antara salah satu gunung yang menarik untuk didaki dan pernah menjadi lokasi ‘panas’ para hikers dan pendaki di negara kita suatu ketika dahulu!

Apa yang menariknya dalam ekspedisi kali ini, Dr Roket membawa kelainan terutamanya kepada penonton Morning Doc setiap 8 pagi.

Kali ini Dr Roket tidak berfokuskan perkongsian tentang bangsa postgrad semata-mata, tetapi dibawakan juga kepada penonton tentang erti Hari Malaysia dan dikaitkan dengan panorama yang indah nian dan kawasan tinggi.

Walaupun begitu, ada perkara yang lebih istimewa apabila 2 orang tetamu khas dibawa sekali untuk menuju ke puncak! Siapakah gerangan mereka?

Jom teruskan pembacaan….

Bak kata Dr Roket, insan ini merupakan perancang utama edisi daki gunung part 1 Roketians. Niat asalnya nak mendaki di Gunung Kinabalu nun jauh di sana dan hampir berada di Langkawi, namun ‘plan’ mereka terpaksa diubah pada saat akhir.

Tetamu yang dibawa ini tidak lain tidak bukan; Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad! Beliau tidak keseorangan kerana ditemani oleh pasangan beliau, Tuan Helmi Radzi yang sama-sama suka duka mendaki gunung yang curam walaupun ada juga situasi yang tidak diingini berlaku.

Bukitnya yang agak curam, berbatu dan berselut membolehkan sebarang kemungkinan terjadi.

Walau bagaimanapun, Dr. Khairul Nizam & Dr Mardiana (penggerak utama Dr Roket) beserta Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad & suami berjaya juga sampai ke puncak gunung pada jam 10 pagi setelah berhempas pulas mendaki bersama 2 orang wakil ekspedisi yang membantu untuk ‘guide’ mereka.

Tahniah kepada keempat-empat insan hebat ini, walaupun nak mendaki, masih sempat membuat LIVE untuk tontonan umum bagi merasai pengalaman tersebut bersama-sama.

Anda yang membaca pun, sudah tentu ada hasrat untuk mendaki gunung suatu hari nanti kan?

Sewaktu diwawancara tetamu khas Dr Roket di puncak gunung, katanya beliau tidak pernah terfikir pun untuk datang ber’hiking’ bersama suami dan Dr Roket.

Walaupun minat dengan aktiviti lasak ini, kali terakhir Ts. Dr. Nur Hidayah mendaki gunung adalah ketika berusia 23 tahun.

Malah, beliau berimpian untuk mendaki Gunung Kinabalu! Walau bagaimanapun, disebabkan tiada ‘push factor’ dalam diri dan orang sekeliling, beliau hanya menyimpan hasrat tersebut.

Apa yang ‘amazing’nya, impian beliau seakan-akan bakal direalisasikan apabila beliau mendapat tawaran daripada Dr Roket untuk mendaki gunung tersebut!

Sudah pastilah ini merupakan peluang keemasan bagi Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad. Namun, nak mendaki ni bukan sebarang mendaki ya!

Bila beraktiviti dengan mentor ni, perlulah ada persiapan rapi. Sebelum nak menawan Gunung Kinabalu tu, mereka perlu tawan 3 gunung dahulu!

Daki 3 gunung yang bertahap permulaan, sederhana, dan susah dahulu sebelum betul-betul mampu mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Itulah pesanan Dr Roket kepada Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad.

Ya, lah.. aktiviti sebegini memang memerlukan stamina dan fizikal yang kuat. Tak cukup persediaan, alamatnya berjam-jamlah anda ‘bertapa’ di sana!

Alhamdulillah, perjalanan mereka hanya memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba ke puncak. Tidak mudah ya untuk mendaki gunung 1791 kaki tersebut.

Setelah puas berada di puncak, akhirnya keempat-empat daripada mereka kembali mendaki turun ke bawah. Ternyata, merekalah yang terakhir tiba ke puncak dan paling akhir turun ke bawah!

Pasti ada di antara kalian yang tertanya-tanya, apakah perkara yang dikongsikan oleh Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad dan ‘moment’ istimewa sepanjang di puncak Gunung Baling semalam?

Sekiranya pembaca ingin tahu perkongsian lebih lanjut, nantikan artikel seterusnya.

Jom saksikan LIVE perkongsian Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad mengenai ‘journey’ pengajiannya bermula dari Master, PhD sehingga tamat pengajian di minit 40.04 sehingga 53.17. 

Semestinya anda akan temui kata-kata berharga daripada insan Tesis Cemerlang Skala 1 USM ini terutamanya bagi para pelajar postgrad.

SEMBANG SANTAI BERSAMA DR ROKET
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x