Dr Nur Aqlili Riana binti Alias yang baru sahaja selesai Viva pada 25 Jun 2021 lalu akui bahawa terlalu banyak cabaran yang beliau hadapi sebelum mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 2 April 2021 lalu. Seminar 4 hari tersebut memberi impak yang luar biasa terhadap tesis dan kehidupan seharian beliau. Ketika sesi live Merdekakan Tesisku pada Isnin lalu, beliau berkongsikan 6 cabaran besar dalam journey Master PhDnya.
Untuk pengetahuan semua, Merdekakan Tesisku adalah sebuah program siaran langsung sebelum NUT berlangsung nanti. Program ini mempamerkan proven result dari platinum Dr Roket sendiri selama mengikuti proses ini.
Fakta menarik mengenai pelajar PhD bidang Molecular Biology & Genetic Engineering di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang ini adalah beliau telah menghantar tesis PhD sebelum mengikuti Seminar NUT lagi! Macam pelik kan? Dah settle tesis pun masih nak join tapi yang pastinya Dr Aqlili ada sebab yang tersendiri.
Kenapa saya join NUT adalah kerana pada waktu itu saya dah submit tesis tapi tiada langsung strategi bagaimana menghadapi VIVA.
Ketika itu, beliau tidak tahu bagaimana review tesis, tagging tesis dan seumpama dengannya dan bagaimana nak sediakan slide yang bagus untuk menghadapi viva. Disebabkan masalah dan cabaran ini, beliau terpanggil untuk mengikuti seminar NUT.
Selain itu, antara cabarannya ialah beliau banyak melayan emosi dan melayan ‘biawak-biawak’. Dr Aqlili banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara selain daripada tesis. Contohnya. banyak berjumpa kawan dan fokus kepada bisnes.
Cabaran ketiga ialah beliau kurang berhubung dengan Main Supervisor.
Main SV saya seorang yang sangat busy jadi ini menyebabkan saya jarang untuk approach SV saya.
Perkara itu sebenarnya tidak bagus untuk seorang pelajar PhD. Cabaran keempat pula ialah beliau merasakan PhD ini merupakan satu perjalanan yang sunyi kerana kenalan beliau ialah pelajar Master PhD yang telah selesai pengajian.
Cabaran yang menggerunkan beliau lagi lagi ialah walaupun sudah menghantar tesis, beliau masih tidak berasa yakin dengan tesis tersebut.
Saya rasa macam akan ‘disembelih’ semasa Viva.
Luah Dr Aqlili yang menceritakan cabaran kelima sebelum beliau memutuskan untuk hadiri NUT. Cabaran terakhir beliau ialah pengurusan masa. Beliau berasa sulit untuk membahagikan masa bagi keluarga dan memikirkan tesis dalam keadaan pada ketika itu masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Alhamdulillah, seminar NUT yang dihadiri sememangnya dapat membantu mengatasi cabaran beliau kerana beliau telah berjaya mendapatkan momentum untuk ‘review’ tesis.
Selepas NUT saya tukar gaya hidup dan juga saya punya mindset.
Bukan setakat tesis sahaja dibantu malah gaya hidup Dr Aqlili juga berubah selepas NUT! Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Walaupun beliau masih baru dalam proses Dr Roket, namun padanya sudah terlalu banyak input yang diperolehi dalam proses. Setiap hari Dr Aqlili akan merasakan perubahan yang positif berlaku dalam diri beliau.
Di akhir perkongsiannya, Dr Aqlili mengajak semua pelajar Master PhD untuk mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis. Adakah anda juga turut merasakan impak setelah mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis?
Sekiranya anda dalam kalangan mereka yang masih belum hadiri NUT, jom ramai-ramai sertai NUT Ogos nanti, jom klik: