Pernahkah anda berada dalam situasi dimana anda sedang memandu kereta dan tiba-tiba ada lalat/nyamuk yang terbang masuk ke dalam kereta anda? Pada masa itu adakah anda mula rasa terganggu?
Saya yakin 100% anda semua mesti tidak tumpukan perhatian kepada pemanduan anda sebaliknya anda sedang fokus untuk halau lalat/nyamuk tersebut keluar dari kereta, betul tak?
Dan dalam pada itu, mestilah kita akan cari jalan dengan buka tingkap untuk keluarkan lalat/nyamuk tersebut.
Pasti diantara pembaca musykil apa kaitan lalat/nyamuk terbang dengan tulis tesis? Tak faham la Dr.? Jadi untuk merungkai spekulasi lalat/nyamuk ini, jom kita dengar sharing yang sangat powerful harini!
- Apa Kaitan Lalat / Nyamuk & Tesis
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jika anda sentiasa mengikut Morning Doc setiap pagi pasti anda tahu bahwa MINDA adalah KENDERAAN kehidupan anda.
Jadi, mari kita ubah situasi tadi. Sekarang apa akan terjadi jika lalat/nyamuk tersebut berada inside your brain… bagaimana anda nak keluarkan makhluk tersebut?
Perumpamaan situasi tersebut adalah untuk anda gambarkan apakah yang akan terjadi kepada minda sekiranya bukan ada lalat atau nyamuk sebaliknya ada gajah, singa atau badak. Bagaimana pula anda nak keluarkan?!
Disebabkan perkara inilah tesis anda tidak grow dan stuck nak tulis tesis!! Semuanya adalah berpunca daripada makhluk-makhluk di dalam minda anda tadi.
Subhanallah!!! Mind blowing sungguh perumpamaan Dr harini..
- Pen & Kertas Adalah Kenderaan Minda Anda.
Di dalam sharing bersama Guru Master PhD Strategist, beliau ada menyatakan bahawa kenderaan minda pelajar Master PhD adalah Pen & Kertas. Kalau tak ada pen dan juga kertas macam mana nak tulis tesis…Heheh
Sungguh tidak menghairankan apabila ada diantara para pelajar yang masih tidak boleh menulis tesis meskipun telah berada di semester ke 12 & ada juga yang tidak boleh menulis experiment yang anda telah lakukan pada 6 bulan lepas.
Lebih menyedihkan, ada yang sampai stress sebab tak boleh menulis… Sebab apa?!
Semuanya disebabkan ada lalat/nyamuk yang anda tidak keluarkan daripada minda anda.
- Expressive Writing
So apakah solusinya?!
Buat makluman pembaca, Prof. James Pennebaker telah membuat kajian ke atas 46 orang pelajar yang dipilih secara random dan kemudian diminta untuk menuliskan free writing selama 15 minit setiap hari secara konsisten.
Akhirnya, dapatan kajian beliau mendapati bahawa immune system kesemua pelajar tersebut meningkat, stress & depression mereka juga berkurangan dan hebatnya mereka menjadi cemerlang selepas itu!
Masyallah tidak pernah tahu pun free writing boleh membantu cabaran ini.
Maksudnya disini, menulis dengan kaedah ini membolehkan anda berjaya. Semakin anda banyak menulis semakin menyebabkan anda makin cerdik & luar biasa. Subhanallah!
Jadi apalagi, jom kita praktikkan kaedah free writing ini supaya dapat membantu anda menulis tesis dengan laju.
- Redha Sang Pencipta
Siapa yang tak sabar nak menulis?!!
Tetapi dalam pada kita berfikir untuk menyiapkan tesis, janganlah kita terlepas pandang kepada suatu perkara ini.
Jika sebelum ini Dr Roket ajarkan kepada anda semua supaya bangun awal pagi. Betul ke betul? Jadi adakah anda telah mengamalkannya?
“Saya dah bangun awal pagi Dr, nak tulis tesis tapi kenapa stuck lagi!! Berjam-jam saya spend time nak tulis tesis tapi saya hanya boleh tulis 2 perkataan sahaja!”.
Pasti anda semua pernah melalui situasi di atas. Kebanyakkan daripada anda mengalami cabaran yang sama, niat bangun awal pagi sebab nak tulis tesis.
Harus diingatkan Dr Roket kongsikan ilmu bangun awal pagi tersebut bukanlah untuk menulis scoppers/ tesis. ANDA SALAH!
“Eh, jadi kalau bukan tulis tesis nak kena buat apa Dr?”
Jadi jom kita berubah. Apa yang Dr Roket cuba sampaikan kepada anda mengenai amalan bangun awal pagi adalah supaya anda dapat connect dan mencari redha Sang Pencipta serta tunjukkan kesyukuran kepada Nya itulah yang paling betul.
Buat apa anda bangun awal pagi tetapi tidak connect dengan tuhan?
Sebab itu lah tuhan hanya berikan anda kemampuan tulis hanya dengan 2 perkataan sahaja disebabkan tiada keberkatan dan redha Nya.
Subhanallah…
Jadi, dengan menunjukkan rasa kesyukuran kepada Nya. Insyallah Dia sendiri akan kurniakan kelajuan dan idea yang mencurah-curah kepada untuk menulis.
- 3 Free Writing Exercise
Adakah anda semua dapat belajar sesuatu dari perkongsian pada harini? Dengan perkongsian ini Dr Roket hendak membantu anda bagaimana untuk anda berlatih menulis dengan kaedah free writing tadi.
Apakah free writing? Free writing adalah penulisan yang berbentuk bebas. Anda boleh menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda. Terdapat 3 jenis exercise yang anda boleh lakukan:
- Tulis surat kepada diri anda
- Tulis surat kepada orang lain
- Tulis abstrak
Diharapkan dengan perkongsian harini dapat membantu anda mengharungi cabaran tesis anda! Jika anda mahukan tips lagi jangan lupa untuk menyertai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 27-29 Ogos ini.