fbpx Skip to main content
search
0

“PhD beli, PhD haram”, “nak tipu orang”, “betul ke boleh siapkan tesis 3-6 bulan,tak boleh percaya?”. Itulah antara komen-komen negatif yang diterima oleh Dr Roket.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa bukan mudah untuk Dr Roket meneruskan legasi yang dibawa ini demi kasih sayangnya untuk membantu seluruh warga-warga Postgrad yang luarbiasa dalam mengharungi perjalanan pengajian mereka.Subhanaallah.

Cabaran demi cabaran terpaksa dilalui beserta dengan tentangan mentaliti skeptikal yang dilemparkan terhadap usaha beliau. Justeru, anda yang telah memberi peluang kepada diri untuk bersama proses ini sejak dari awal sehingga ke saat ini sahaja yang memahaminya.

Jadi bila kita bercerita mengenai PhD tipu atau haram ini, memang terbukti terdapat banyak kumpulan-kumpulan sebegini. Adat lah bila ada yang halal, wujudah benda yang haram. Tetapi Dr Roket tidak mahu anda semua turut meninggal dan ikut jejak mereka ambil PhD haram! Nauzubillah…

Come on la guys…Apa sebab anda untuk pilih perkara yang haram sedangkan kami adalah frontliner yang mampu membantu anda dalam menyelesaikan cabaran-cabaran anda melalui suntikan #VaksinAstraNUT kami!

Disebabkan Dr Roket tidak mahu anda semua ada Master PhD Haram, kali ini perkongsian Dr akan menjelaskan kepada anda: Kenapa Anda Perlu Ada Master PhD HALAL!

Dalam sharing Morning Doc LP yang ke-19, Dr Roket berkongsi antara sebab kenapa perlu ada Master PhD Halal adalah disebabkan supaya anda semua mampu untuk tanam atau masukkan benih-benih fakta dalam minda.

Anda perasan tak semasa anda buat analysis, kumpul data atau masuk ke dalam bilik Viva sebenarnya saat tersebut kita sedang menguji diri kita sejauh mana kita boleh tapis maklumat yang betul.

Contoh seterusnya, cuba anda ingat kembali sewaktu anda cuba untuk bangunkan tajuk tesis anda,  berapa banyak fakta atau benih yang bagus yang telah anda masuk dalam halaman tesis anda?

Kerana apa? Cuba anda bayangkan jika anda tidak filter fakta atau benih tersebut…apa yang akan terjadi?

Itulah punca berlaku major/minor correction sewaktu anda berada dalam bilik Viva! Kita tidak mahu semua ini berlaku so kita harus pilih biji benih terbaik, tapis segala maklumat & catatkan dalam bentuk perkataan.

Disebabkan itu, sepatutnya sekarang kita dah mula melakukan tindakan dengan convert mindset dengan membayangkan setiap perkataan yang kita catatkan dalam Literature Review, method atau kesimpulan semuanya adalah biji benih terbaik, Gred A!

Barulah biji benih yang anda tanam tadi akan tumbuh membuahkan hasil yang Gred A juga. Mana tahu lepas tanam tumbuh Musang King!

Kalau tak tumbuh buah-buahan yang terbaik maksudnya ada biji benih yang rosak yang telah kita masukkan dalam tesis, itu bahaya.

Selain itu, Dr Roket juga telah memetik ayat “The Mind is a Fertile Garden, Your Thoughts are the Seeds, You Can Grow Flower or Weeds”

Quotes diatas memberikan gambaran bahawa minda kita seumpama ladang, jika kita letak benih yang betul maka results nya akan jadi mantap & padu!

Tetapi, jika anda tidak siram dengan air, tidak letak benih yang betul ianya akan tmbuh lalang. Bukan itu sahaja, pastikan anda pilih juga baja yang subur supaya anda dapat berkembang sebagai graduan yang mencipta pekerjaan serta membantu ummah. Insyallah.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x