fbpx Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 11 Oktober 2022 iaitu cik puan Zain binti Retas.

Jutaan tahniah diucapkan kepada cik puan Zain Retas yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan minor correction.

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Puan Zain binti Retas.

BIDANG:

Manufacturing Engineering.

UNIVERSITI:

Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

TAJUK KAJIAN:

A New Control Strategy Of An XY Feed Table For The Motion Of Ball Screw Driven System.

NAMA PENYELIA:

1) Prof. Madya. Ir. Dr. Lokman Abdullah.

2) Prof. Dr. Zamberi bin Jamaludin.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Kajian tesis bidang kawalan perkakas mesin untuk mendapatkan ketepatan sistem kedudukan, keteguhan pengesahan posisi, pembuatan kos-rendah serta penyesuaian terhadap gangguan proses pemesinan.

Objektif utama dalam tesis ini ialah untuk mendapatkan model matematik bagi perkakas mesin XYZ menggunakan kaedah ‘sistem identifikasi’ melalui fungsi tindak balas frekuensi (FRF) bagi sistem ini.

Tesis ini mencadangkan dua kaedah baharu yang juga merupakan sumbangan terhadap kajian ke arah memampas gangguan daya pemotongan. Kajian ini telah berjaya menunjukkan bahawa prestasi pengesahan posisi perkakas mesin meningkat secara ketara melalui kedua-dua teknik yang telah dicadangkan yang telah dibandingkan dengan pengawal asas ‘Proportional Integral Derivative, (PID)’.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Dicadangkan agar kajian lanjut mengambil kira pemampasan daya geseran supaya dapat mengurangkan lagi ralat pengesahan posisi, terutamanya di dalam segmen ralat sukuan.

Terima kasih kepada cik puan Zain Retas atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x