Anda dah baca artikel pertama edisi daki gunung ni? Sudah tentu ada yang berhasrat untuk mendaki gunung suatu hari nanti kan? Bak kata Dr Roket, nak mendaki pun perlukan persediaan yang cukup. Apa tips persediaan untuk mendaki gunung ni?
PERSEDIAAN MENDAKI GUNUNG
Pasti anda tertanya-tanya, kenapa perlu ada step by step nak daki gunung? Kita ambil contoh daripada Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad yang mengimpikan untuk ke Gunung Kinabalu tetapi ‘disuruh’ panjat gunung kecil dulu!
Bak kata Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad, ini seumpama kita membuat ‘pre-hiking’, perlu ada persediaan diri dan mental dahulu sebelum menuju ke sesuatu yang lebih besar. Panjat 3 gunung yang berbeza tempat dahulu yang ada tahap permulaan, sederhana dan sukar.
Maka, baru kita akan tahu kemampuan kita untuk melangkah lebih jauh dan lebih tinggi iaitu ke Gunung Kinabalu.
Seterusnya, perlu ada persediaan fizikal dan material iaitu kesihatan tubuh badan; lutut dan stamina yang kuat, jaga langkah dan, guna tongkat ekspedisi dan pastinya kenakan pemakaian yang sesuai terutamanya kasut.
Dan yang paling penting ialah perlu ada ajakan! Andai kata kita merancang seorang diri, adakah kita akan teruskan dengan ‘plan’ tersebut? Jarang sekali ada yang dapat menguatkan diri tanpa ada ‘circle’ yang sama-sama mengajak, bukan?
Samalah analogi tersebut dengan persediaan para pelajar Postgrad untuk menuju kejayaan ke bilik Viva dan tamat PhD dengan ‘result’ cemerlang.
Dalam ‘journey’ Master PhD ni pastinya kita perlukan ajakan atau sokongan ‘circle’ yang betul. Seterusnya, ada persediaan mental dan fizikal serta niat yang betul untuk menyelesaikan pengajian. Kemudian, perlunya ada bimbingan daripada seorang mentor yang dapat memberikan tunjuk ajar yang betul.
Jadi, anda boleh nampak persamaan di antara persediaan mendaki puncak gunung dengan mendaki puncak kejayaan Master PhD ini?
KAITAN ‘HIKING’ DENGAN TESIS?
Jika anda rasa persediaan mendaki gunung dengan persediaan untuk menuju ke Master PhD dapat dikaitkan, pastinya anda teruja untuk ketahui kaitan antara ekspedisi ini dengan tesis, kan?
Sudah tentu ada kaitannya, wahai pembaca budiman…
Menurut tetamu ekspedisi, Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad sendiri, perasaannya ketika baru memulakan langkah pertama, beliau sudah mula terasa panas di setiap anggotanya, lutut menjadi sakit dan ‘cramp’ kerana sudah lama tidak mendaki.
Namun, tongkat ekspedisi yang digunakan sangat membantu walaupun pada mulanya terasa ‘lekeh’ apabila menggunakan alat bantuan.
Ternyata, alat itulah yang dapat menyokong perjalanan beliau untuk tiba ke puncak. Apabila tiba sahaja di satu ‘checkpoint’, beliau sudah mula mendapat rentaknya dan boleh menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut.
Tidak lama kemudian. beliau semakin fokus dan terasa ingin semakin cepat menuju ke atas dan mengalami perasaan yang sungguh mengujakan.
Begitulah analoginya yang dapat disamakan dengan tesis. Seperti kata beliau juga, pada permulaanya kita akan merasakan tesis itu sukar dan tidak tahu langkah mana yang boleh membuat kita menjadi yakin dan laju untuk bergerak ke hadapan.
Sepanjang kita nak naikkan draf, kita akan mula rasa ragu-ragu;
“Betul ke apa yang aku buat ni??”
“SV terima ke nanti??”
“Nanti examiner komen apa lah ye??”
Semua persoalan di atas pasti berada dalam fikiran kita pada permulaannya. Namun begitu, apabila kita temui ilmu yang dibimbing oleh mentor yang betul, rentak kita akan mula berubah.
Seperti di dalam proses Dr Roket, ada program-program seperti MST, NUT di peringkat awalnya, kita memang tidak akan yakin sama ada kita dapat meningkatkan draf dari semasa ke semasa. Tetapi, apabila kita mulakan tindakan, ternyata kita boleh!
Beginilah apa yang selalu dipegang oleh Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad;
”"Kita buat je, berani bermimpi. buat je walaupun percaya atau tak percaya untuk kita sampai ke kemuncak"...
Anda perlu percaya dengan kata-kata daripada insan ini. Kerana apa? Kerana beliau adalah bercakap melalui pengalaman dan result yang terhasil memang cukup membanggakan!
Sedangkan perjalanan beliau tiba ke destinasi gunung ini pun lebih awal pada masa yang ditargetkan (Arrived-Before-Time), bayangkan bagaimana perasaannya apabila mendapat Graduate Before Time(GBT) dalam ‘journey’ PhDnya!
Adakah pembaca rasa terinspirasi daripada perkongsian setakat ini? Anda ingin tahu perkongsian beliau di sebalik ‘journey’ Masternya yang mengambil masa 5 tahun dan ada perkara yang menjadi titik tolak untuk beliau bangun?
Ada sesuatu yang beliau ‘reveal’ yang belum pernah didedahkan sebelum ini walaupun telah tamat PhD dengan sijil GOT pada 20 Julai 2022 yang lalu.
Ingin ketahuinya dengan lanjut? Nantikan artikel ekspedisi Dr Roket bersama Ts. Dr Nur Hidayah Ahmad part 2!
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: