Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 27 Jun 2022 iaitu tuan Radin Zulhazmi.
Jutaan tahniah diucapkan kepada tuan Radin yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
Tuan Radin Zulhazmi bin Radin Abdul Halim.
BIDANG:
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari).
UNIVERSITI:
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
TAJUK KAJIAN:
Pendekatan Keinstitusian Terhadap Peralihan Tenaga Berkarbon Rendah di Semenanjung Malaysia.
NAMA PENYELIA:
- Prof. Dr. Muhammad Rizal Razman (pengerusi).
- Prof. Dr. Sharifah Zarina Syed Zakaria.
- Prof. Dr. Mohd Talib Latif.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian ini dilaksanakan bagi menentukan pendekatan yang paling berkesan dalam pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia berdasarkan pendekatan keinstitusian yang dominan iaitu sejarah, pilihan rasional, sosial dan empirikal.
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pihak berkepentingan yang terlibat, menganalisis peranan dan keterlibatan pihak berkepentingan serta menjelaskan pengaruh pendekatan keinstitusian dalam menguruskan peralihan tenaga berkarbon rendah secara lestari.
Hasil kajian telah menggarap satu Kerangka Kerjasama yang boleh digunakan oleh pihak berkepentingan. Kajian juga mendapati konsep kebergantungan yang kompleks (complexity interdependency) wujud dalam menguruskan peralihan tenaga berkarbon rendah di Semenanjung Malaysia.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
- Kajian terhadap penerimaan & kejayaan penggunaan kerangka kerjasama pihak berkepentingan daripada aspek kebergantungan (interdependence) pendekatan keinstitusian dalam memajukan pengurusan tenaga di Malaysia.
- Kajian pendekatan keinstitusian dalam sektor utama yang lain seperti pengurusan air dan pembetungan, pendidikan, keselamatan, pertahanan, transformasi Kerajaan ataupun kesihatan.
- Kajian berkenaan aspek keinstitusian terhadap sub-sektor pengurusan tenaga yang lain seperti pengurusan kecekapan tenaga, pengurusan bekalan elektrik, pengurusan tenaga boleh baharu ataupun pengurusan bekalan gas.
- Kajian berhubung pengurusan peralihan tenaga berkarbon rendah di negeri Sabah, Sarawak ataupun kajian perbandingan di antara Malaysia dengan negara-negara lain.
Terima kasih kepada tuan Radin Zulhazmi atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: