Skip to main content
search
0
SIAPA DR. HUZAIMAH?

Dr. Huzaimah mesra dikenali sebagai Kak Ima. Beliau merupakan platinum Premier 4.1 Dr Roket yang menyambung pengajian PhD di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Electrical Electronic Engineering).

Beliau merupakan antara circle yang terawal dan kekal sehingga sekarang bersama proses Dr Roket. Dirinya dikenali sebagai seorang yang bersifat keibuan, tabah dan berdedikasi dalam kalangan circle Platinum.

Bukan itu sahaja, Dr. Huzaimah disifatkan sebagai insan yang ‘humble’, sentiasa membawa ‘vibe’ positif dan mempunyai sifat dan tutur kata yang menyenangkan.

Apa sebab dan bagaimana keputusan beliau join Dr Roket mampu mengubah tesis dan hidupnya? Jom teruskan pembacaan sehingga ke penghujungnya..

APA CABARAN YANG DIHADAPINYA?

Sepanjang pengajian PhD, banyak cabaran yang dihadapi oleh Dr. Huzaimah. Jika pembaca ingin tahu, beliau sebenarnya telah menyambung pengajian PhDnya sejak 8 tahun yang lalu! Sungguh menakjubkan betapa beliau tidak berputus asa sehingga kini walaupun hakikatnya beliau hampir ‘give up’.

Antara cabaran beliau sepanjang pengajian ialah:

1. Tesis ‘stuck’ selama hampir 2 tahun.

Beliau menghadapi kesukaran untuk menulis tesis kerana tidak tahu APA dan BAGAIMANA untuk menulis. Bukan itu sahaja, salah anggapan terhadap penulisan tesis menyebabkan tesis beliau ‘meninggal’. Hal ini juga disebabkan oleh ‘mindset’ dan keyakinan yang salah terhadap pengajian PhD dan tesisnya. Oleh sebab tidak menemui jalan keluar, beliau pernah berniat untuk berhenti belajar.

2. Cabaran eksperimen

Sepanjang pengajian beliau, Dr. Huzaimah menghadapi cabaran eksperimen apabila tersangkut berkali-berkali untuk menyelesaikannya.

3. ‘Speed’ penulisan

Kelajuan penulisan tesis beliau masih belum meningkat walaupun selepas menghadiri program GEMPUR dan RIC 1.

4. Perasaan ‘anxiety’.

Dr. Huzaimah berasa gugup apabila melihat ‘performance’ circlenya yang hebat dan perkara itu membawa kepada ‘anxiety disorder’.

5. Pengurusan masa

Beliau mempunyai keutamaan lain sehingga menyebabkan banyak rutin dan proses belum dapat dilaksanakan dengan semaksimanya. Oleh sebab mempunyai tanggungjawab sebagai ibu dan pekerja, beliau juga menghadapi kesukaran untuk fokus dalam kerjanya.

6. Cabaran internet.

Kekuatan internet yang lemah menjadi salah satu faktor utama beliau menghadapi kesukaran dalam menghadiri kelas secara ‘online’ dan sebagainya. Cabaran ini merupakan cabaran yang tidak dapat dikawal kerana lokasi tempat tinggalnya. Namun, kegigihan beliau untuk belajar menjadikan beliau sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya.

BAGAIMANA BELIAU MENGENALI DR ROKET?

Dr. Huzaimah mula sertai dalam proses Dr Roket sebagai Platinum X (kini: Platinum Premier) setelah menyertai program NUT virtual yang dijalankan semasa PKP iaitu pada 22 Mac 2020.

Seterusnya, beliau hadir RIC 1 pada 24 hingga 26 April 2020. Bahkan, beliau aktif menghadiri RIC 1 seterusnya secara online bagi me-‘recharge energy’ sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

IMPAK SETELAH JOIN DR. ROKET

Mungkin semua ternanti-nantikan impak perubahan yang berlaku pada Dr. Huzaimah, kan..

Walaupun mengharungi pelbagai cabaran mendatang, beliau cepat mencari solusi untuk setiap cabaran tersebut. Pokok pangkalnya, beliau akan berusaha juga mencari jalan keluar supaya tesisnya tidak lagi ‘meninggal’.

Antara perubahan ketara yang berlaku pada Dr. Huzaimah sendiri ialah:

  1. Mula selesa dengan proses dan penulisan tesis.
  2. Pengurusan masa yang lebih baik dengan bantuan TM168.
  3. Mindset yang semakin jelas dan meyakinkan dalam pengajian PhDnya.
  4. Baiki hubungan dengan Tuhan melalui ibadah-ibadah sunat seperti tahajud, bersedekah, membaca al Quran,
  5. Hubungan dengan keluarga semakin harmoni dan baik kerana mampu mengawal emosi.

Alhamdulillah, moga perubahan ini berlanjutan walaupun selepas beliau tamatkan pengajian PhDnya nanti. Perjalanan beliau baru bermula dan perjuangan selepas tamat pengajian lagi panjang untuk diharungi.

Adakah anda terinspirasi dengan kisah perjalanan PhD Dr. Siti Huzaimah Husin di atas? Sekiranya anda inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda, daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Klik di bawah untuk daftar atau hubungi Tim Dr Roket sekarang : 019 458 8003 
Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Leave a Reply