fbpx Skip to main content
search
0

“Orangnya kalau ada cabaran memang cepat-cepat cari solusi”, itu lah yang digambarkan oleh seorang sahabat baik mengenai figura Fakhita Ridzuan. Macam menarik je kalau berkawan dengan seorang Fakhita Ridzuan ni kan. Ialah orang yang cepat cari solusi ni mesti jenis yang akan berusaha juga untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Hari ini saya akan membawa anda untuk mengenali ibu kepada seorang anak ini yang baru sahaja menghabiskan Viva PhD beliau pada 29 Jun yang lalu. Viva yang sangat delicious dengarnya. So jom kita kenali beliau.

Biasiswa YDPA merupakan amanah

Dilahirkan di Segamat, Johor pada 28/9/1994 dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah bersama keluarga beliau. Beliau merupakan alumni Sekolah Menengah kebangsaan Agama Kedah dan selepas sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau menyambung Asasi Engineering di UiTM Puncak Alam. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pilihan utama beliau untuk menyambung Ijazah Pertama. Menarik mengenai beliau adalah habis sahaja Ijazah pertama dalam bidang Software Engineering, beliau ditawarkan Phd Fast Track di Universiti Sains Malaysia (USM). Pada 12 September 2017 merupakan tarikh bersejarah untuk Fakhita Ridzuan mendaftar sebagai pelajar PhD.

Fakta menarik mengenai Fakhita Ridzuan adalah beliau merupakan seorang penerima biasiswa Yang Di-Pertua Agong pada sesi 2017. Fuhhhhhh, tak semua orang terpilih untuk menerima biasiswa YDPA ni. Kita boleh katakan pelajar PhD Information System Management ni adalah golongan yang bijak pandai kerana melepasi syarat yang ditetapkan oleh YDPA sendiri. Hebat tak hebat guys. Beliau menceritakan bahawa beliau perlu menghabiskan Phd beliau on time kerana menganggap duit biasiswa ini adalah hak milik orang lain yang mana beliau dipilih untuk galas tanggungajwab. Sungguh Fakhita sedar akan amanah yang diberi kepada beliau.

“Saya tak special Dr, takde istikharah ke apa. Kalau orang boleh bagi result, saya join je. Sebab time tu memang saya dah terdesak”. Jika anda perasan selalunya platinum Dr Roket akan berfikir dahulu dan istaqarah sebelum mengikuti program Dr Roket tapi Fakhita Ridzuan kes beliau macam teruz onz je. Selepas beliau berbincang dengan suami beliau mengenai niat beliau ingin mengikuti Dr Roket dan suami beliau mengizinkan niat Fakhita Ridzuan. Bagi Fakhita Ridzuan apa yang memberi impak bagi diri beliau, adalah patut untuk lakukan sesuatu action instead of hanya bercakap sahaja. Action speaks louder than words.

Perubahan mula disedari oleh orang sekeliling

Beliau menceritakan balik dari nak ubah tesis (NUT), balik daripada GEMPUR tu memang saya dah dapat result. Apa yang dimaksudkan dengan beliau adalah result tu bukannya dari segi deraf tapi dari segi perubahan diri. “Mak saya pun memang dah nampak saya punya perubahan sampai sekarang. Oleh itu mak saya memang sokong saya join Dr Roket kerana perubahan yang saya alami”. Jika berkenaan dengan result deraf, hanya diri sendiri sahaja yang boleh nampak tetapi bila bercakap mengenai perubahan gaya, orang sekeliling yang akan perasan perubahan tersebut. “Dengan proses Dr Roket ni dari saya tak tahu bagaimana nak habiskan PhD tapi sekarang saya dah siap design lagi”

Platinum Premier Batch 2 ini sangat disenangi oleh rakan platinum lain kerana sikap beliau yang sangat suka menolong. “Beliau ni sangat rajin tolong orang. Pernah sekali tu kami ada buat hadiah untuk Dr Roket, dia terus ke hadapan untuk buat hadiah untuk Dr Roket dia yg akan ke depan membantu bersama. Sahabat beliau juga menceritakan apabila ada sahaja cabaran yang beliau hadapi, beliau terus telefon sahabat platinum lain untuk mendapatkan nasihat. Tindakan betul yang beliau lakukan itulah yang membentuk diri beliau yang sekarang. Bukan lari daripada masalah tetapi wujudkan solusi.

“Satu kesyukuran bila keluar, saya dah nampak apa yang saya boleh bantu sahabat-sahabat saya Dr. Sepanjang viva memang saya senyum-senyum je, viva yang sangat delicious dan saya nak insan-insan di sekeliling saya merasai betapa bestnya Vivalicious tu Dr. Itu memang niat saya Dr bila saya dah keluar dari bilik viva Dr”. Anda boleh lihat kan memang Fakhita Ridzuan ni suka membantu. Lihat sahaja, keluar bilik Viva sahaja terus niat nak bantu orang. Lain macam insan genius ni Saudari Fakhita Ridzuan menceritakan saat beliau keluar dari bilik Viva, beliau tahu dan sedar ada tanggungjawab yang lagi besar yang perlu dilaksanakan olehnya.

Ganjaran VIVAlicious kerana cepat bertindak

“Saya pun tak tahu kekuatan datang daripada mana. Seminggu sebelum viva saya negative tapi alhamdulillah saya berada dalam circle yang betul”. Siapa je kan tak risau Viva, yang beza adalah bagaimana anda mengawalnya dan siapa bersama anda.  Puan Fakhita Ridzuan meminta nasihat daripada sahabat platinum beliau mengenai kerisauan beliau. “Jika saya tak berada circle Dr Roket ini, saya rasa kan saya memang tak Viva dah tetapi alhamdulillah saya berada dalam circle yang betul.  

Sesetengah orang nak ambik siikit sahaja tetapi sebenarnya pastinya yang sedikit itu tidak cukup. We need a complete set to satisfy our need. Proses dan mentor tu ada set yang lengkap untuk mengindahkan lagi perjalanan PhD anda. “Bagi saya sv adala pembantu dalam menyelesaikan Phd tapi saya nampak proses Dr ni adalah supplement penting untuk complete process PhD ni. Ibarat CPR kalau orang nak mati”.

2 hari sebelum Viva, beliau berkongsi perasaan beliau sangat tenang walaupun di sudut hati beliau berasa risau dengan Viva beliau. “Saya dah buat apa tindakan-tindakan betul yang Dr bagi”. Bayangkan sahaja beliau boleh bangun awal daripada yang biasa dan beliau sempat lagi membuat kerja office sambil menghitung hari nak ke Viva. Hasil daripada usaha beliau dan proses yang betul, alhamdulillah beliau mendapat viva yang sangat delicious pada 29 Jun 2021 lalu.

Tahniah Fakhita Ridzuan. Siapa nak followvasi Fakhita Rizuan ni muda-muda dah ada PhD. Untuk pengetahuan beliau baru berumur 27 tahun. Hebat tak hebat Fakhita Rizuan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x