fbpx Skip to main content
search
0

Sewaktu kita sudah merancang untuk fokus menulis tesis pasti ada sahaja ‘distraction’, bukan? Salah satu cara menyiapkan tesis dengan mudah adalah dengan menghilangkan ‘distraction’ ketika menulis tesis, iaitu gangguan phone, gangguan makanan dan pelbagai gangguan lagilah.

Jadi, pernah tak kita terfikir bagaimana cara untuk letakkan ‘distraction’ jauh-jauh sewaktu menulis tesis?

Sebenarnya tiada tips yang tepat untuk seseorang itu memastikan tiada gangguan semasa menulis tesis. Namun, apa yang ada ialah usaha untuk kita mengekang atau mengeluarkan ‘distraction’ itu dalam tempoh 1 jam ataupun 40 minit ketika kita sedang menulis tesis.

Diri kita yang boleh mengawal semuanya untuk menghalang kesemua gangguan tersebut ‘memasuki’ ruangan tesis masing-masing.

Cuba kita renungkan 2 perkara ini iaitu di antara ‘dissertation’ ataupun ‘distraction’. Salah satunya akan membawa kita kepada surat senat manakala yang kedua pula akan menyebabkan kita berada di lautan yang sangat dalam.

Kita yang boleh tentukan sendiri sama ada ingin mengekalkan ‘dissertation’ berjalan dan sentiasa bergerak dari halaman ke halaman atau kita nak mengalami gangguan ‘distraction’ sehingga menyebabkan kita tidak mampu untuk menulis tesis dalam tempoh 6 bulan, 7 bulan, setahun dan akhirnya gagal.

Seram tak seram tu? Dah ambil PhD lama-lama tetapi gagal disebabkan gagal pengawalan diri.

Jadi, 3 tips mudah di bawah ini mungkin dapat membantu anda sebagai bangsa Master PhD untuk menghilangkan ‘distraction’, paling tidak pun dapat mengurangkannya.

1. Tutup internet

    • Sekiranya anda memerlukan internet untuk mencari bahan atau apa sahaja yang diperlukan dalam proses menulis tulis, lakukannya sebelum tempoh menulis tesis. Anda juga boleh membuat nota lebih awal sebelum menulis supaya anda tidak menghabiskan masa untuk mencari bahan dan ter’distract’ untuk membuka media sosial pula.
    • Andai kata muncul idea untuk mencari bahan tertentu ketika sedang menulis tesis, gunakan ‘sticky note’ dan tulis apa yang anda fikirkan. Setelah itu, cari semula nota tersebut setelah siap menulis tesis. Perkara ini anda perlu lakukan secara konsisten. Oleh itu, tutup internet dalam tempoh 40 hingga ke 50 minit untuk anda fokus pada penulisan sahaja dan bukannya mencari bahan dalam internet.

2. Minum air

    • Minum air putih ataupun air kosong sebanyak 2 liter (atau mengikut berat badan). Pastinya anda sudah tahu manfaat air kosong pada tubuh badan, bukan? Air kosong dapat membantu anda untuk lebih fokus kerana otak cukup oksigen untuk ‘bekerja’.

3. ‘Reward’ diri dengan hadiah

    • Apabila anda berjaya disiplinkan diri hari demi hari, contohnya bila berjaya fokus 40 minit untuk menulis tesis, maka saat itu anda boleh berikan hadiah kepada diri anda. Anda bebas tetapkan apa hadiahnya. Contoh hadiah paling simple ialah anda boleh ‘reward’ diri dengan membuka internet dan scroll media sosial anda.

Sekiranya ketiga-tiga tips ini dapat anda gunakan dari sehari ke sehari, anda mungkin akan mudah fokus setiap kali menulis tesis. Tak boleh buat semua, mulakan dengan tips pertama dahulu atau tips ketiga dahulu, kemudian diikuti dengan tips yang seterusnya.

Jika anda ada tips yang lebih berguna dan boleh komited dengan tips tersebut, teruskan sehingga anda berjaya melengkapkan tips anda.

Sumber foto: medium.com

Anda juga boleh tonton tips menghilangkan ‘distraction’ oleh Dr Roket melalui video You Tube di bawah.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x