‘Mindset yang tepat menuju ultimate goals yang hakiki’, tiada siapa yang menjangka Dr. Roket bakal mengubah corak pemikiran bangsa Ph.D dengan begitu jauh! Tesis, bukanlah matlamat terakhir dan segala-galanya walaupun setelah tamat pengajian. Malahan, Dr. Roket menyedarkan mereka untuk mencapai impian hakiki bangsa Posgrad, iaitu menuju Syurga-Nya dengan wasilah ilmu yang dituntut.
Thesis Management Clinic yang berlangsung baru-baru ini, menyaksikan keistimewaan tersendiri apabila Dr. Khoushaini bersama isterinya, Dr. Hidayah terbuka hati menceritakan momen indah perjalanan Ph.D mereka bersama Dr. Roket. Berkeluarga, berkerjaya, dalam pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai penuntut ilmu, tidak menghalang mereka mengharungi perjalanan Ph.D dengan jayanya hingga Konvo bersama!
“Bukan sekadar tesis!”
Pengisian Islamik disamping penekanan terhadap ‘Life Management’ yang teratur, pasangan inspirasi ini membuktikan menguruskan keluarga besar seramai 7 orang anak, bukanlah penghalang mereka berdisiplin mengikuti program Dr. Roket dan mengamalkan Tausiyyah yang diberi. ‘Trust the Process & Mentor’, faktor mereka kekal dalam circle yang positif dan ternyata menampakkan peningkatan hasil yang ketara minggu demi minggu.
“Focus Our Brain on the Track”, Dr. Khoushaini berkongsi teknik yang dipelajari semasa Platinum, beliau mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal Nuklear dan berjaya menyiapkan 280 muka surat draft tiap bulan selepas konsisten mengikuti teknik Dr. Roket.
Dalam pada masa yang sama, TMC juga menyaksikan kisah istimewa seorang guru dan anak murid yang turut sama menyertai Dr. Roket. Dr. Syafienaz Ismail, berjaya ditarik masuk oleh anak muridnya sendiri iaitu Dr. Nur Ashikin Marzuki menyertai Circle Master Ph.D dalam perjalanan Ph.D beliau, Masyaallah!
“You guys in the right circle, don’t lose this opportunity!”, ujar Dr. Syafienaz yang berjaya menyiapkan 10 draft dalam masa satu sem sahaja. Beliau tertarik untuk menyertai Dr. Roket setelah melihat sendiri perkembangan positif anak muridnya dalam penulisan tesis bersandarkan Tools yang sangat praktikal.
“Alhamdulillah, ini adalah berkat doa orang sekeliling”, tambah beliau meluahkan penghargaan kepada rakan-rakan posgrad semasa sesi Zoom TMC pada 28 Jun baru-baru ini.
Manakala Dr. Nur Liyana Sulaiman, merasai sendiri bagaimana peritnya tersangkut hingga 8 tahun lamanya dalam dunia Ph.D. Beliau merasakan seakan-akan hidup di dalam gua dan malu bertemu rakan- rakan, hingga terkena sejenis penyakit yang jarang dijumpai. Sejak itu ,beliau terpaksa berulang alik ke hospital tanpa pengetahuan rakan sekeliling kerana berasa malu akan kisah hidupnya.
Beliau tidak berputus asa dari rahmat-Nya. Percaya akan sinar harapan yang menanti, beliau berdoa bersungguh- sungguh semasa menunaikan umrah agar ditemukan individu yang tepat dan penunjuk jalan bagi menamatkan perjalanan Ph.D.
Allahu Akbar! Janji Allah itu benar, sesungguhnya tiap kesusahan pasti ada kemudahan.
Seusai pulang dari umrah, rakan beliau telah mengesyorkannya bagi turut serta bersama mentor Dr. Roket. Pada mulanya beliau agak skeptikal dan berhati-hati kerana risau mengeluarkan duit pada platform yang salah. Pengalaman beliau menyertai seminar sebelum ini yang gagal menghasilkan keputusan yang diingini, hampir membantutkan hasrat beliau bertemu Dr. Roket dan keluar dari segala permasalahan pengajian dan hidup yang dialami bertahun-tahun lamanya.
Namun, ternyata permulaan beliau berjumpa sendiri dengan Dr. Roket dalam sesi Morning Dr. secara langsung, menyanggah sama sekali sangkaan buruk itu. Dengan kadar segera, beliau terus mendaftar program Nak Ubah Tesis bagi menamatkan keperitan setelah penulisan tesis beliau terkubur lamanya tanpa perkembangan positif.
Papp, terasa ibarat tertampar dengan kisah sebenar dirinya tatkala mendengar luahan bangsa postgrad! Beliau sangat yakin berada dalam circle yang diimpikan. Kini, beliau berjaya menyiapkan draft keenam seusai mengikuti Roket Intensive Class 2.
Kisah benar yang memang berlaku di Malaysia, ini hanyalah secebis cerita daripada beribu RESULT Dr. Roket di luar sana buat pemangkin semangat penuntut Master Ph.D.
Mereka ini adalah bukti bahawa Graduate on Time & Graduate Before Time adalah sangat hampir dengan anda wahai bangsa Posgrad, hanya di dr.roket.com !