PhD Siap Keluarga Bahagia.
Memandang jauh kesan baginya kerana rugi duit dan rugi masa bersama keluarga jika terus hanyut dalam sikap sambil lewa dan sikap negatif terhadap tesisnya, Puan Faten Najwa Zamani nekad menjadi sebahagian Platinum walaupun hampir gagal berkali-kali!
“Hikmah PKP, saya telah berjaya menghadirkan diri secara virtual di Program NUT pada 22 Mac lalu. Alhamdulillah, saya sanggup bangun seawal 1 pagi dan memberikan sepenuh komitmen semasa program berlangsung. Tetapi malangnya usai program tersebut, saya tidak terus mendaftarkan diri sebagai Platinum kerana menyangka mampu menyiapkan tesis saya berbekalkan ilmu dan strategi yang diberikan”, mengimbau peristiwa lalu, Puan Faten Najwa adalah pelajar Ph.D dalam bidang Pendidikan di The University of Sheffield United Kingdom.
Terperangkap dalam corak pemikiran yang tidak betul, tidak melalui proses yang sepatutnya bersama kumpulan yang tepat dan mentor yang membimbing, ternyata sangkaannya salah sama sekali dan menjadikan beliau terus tenggelam dalam pengajian PhD tanpa bantuan sesiapa.
“Bulan demi bulan berlalu dan ketika Ramadhan saya dapat lihat rakan-rakan yang sudah menjadi keluarga Platinum terus menghasilkan result yang banyak, manakala saya pula masih di takuk lama. Salah saya sendiri kerana bersikap sambil lewa dan dibuai perasaan negatif terhadap diri dan tesis, sekali lagi saya terlepas peluang menghadirkan diri ke program Nut yang kedua seterusnya gagal untuk membuat permohonan sebagai Platinum”, akui Puan Faten Najwa berasa sedih atas kegagalannya untuk terus berada dalam circle Dr. Roket dahulu kala.
Setiap permasalahan pasti ada solusinya dan jalan keluar.
19-21 Jun adalah tarikh penuh bermakna buat perjalanan PhD beliau, berkat doa pada bulan Ramadhan beserta kesungguhan yang tinggi, beliau mula diberikan jalan demi jalan dan peluang untuk menyertai Platinum Dr. Roket secara rasmi, hikmah keyakinan terhadap Dr. Roket yang sentiasa ‘raise the standard’ dan dekat pada Allah.
“Alhamdulillah saya dikhabarkan boleh memohon untuk menyertai Platinum dengan menyertai program RIC 1. Saya terus mendaftarkan diri untuk program ini dan 3 hari saya dalam program ini adalah 3 hari yang sangat bermakna”.
Bermain-main dalam pemikiran Puan Faten Najwa; PhD siap keluarga bahagia bakal menjadi nyata tidak lama lagi. Beliau berjaya harungi cabaran pertama, menjawab sebanyak 167 soalan dan meyiapkan pelbagai ‘task’ lain dengan lancar.
11 Julai baru-baru ini, sungguh berdebar rasanya kerana perlu berdepan dengan Dr. Roket sendiri bagi sesi temu duga seawal jam 4 pagi waktu German, sebelum layak bergelar Platinum! Pengorbanan yang bukan sedikit bagi bangsa Posgrad, kerana masih banyak lagi proses yang perlu dilalui dan dipelajari bagi memastikan perkembangan tesis. Bersandarkan niat yang ikhlas, komited dan tidak mahu membazirkan waktu dan duit bertahun-tahun lamanya sebagai bangsa Posgrad, Puan Faten Najwa akhirnya berjaya diterima sebagai Platinum Dr. Roket.
Percaya pada destinasi yang lebih indah menantinya di hadapan sana, segala soalan yang diajukan semasa sesi temu duga beliau cuba menjawab sebaik mungkin. 5 sebab utama yang kukuh, menjadikan beliau komited menghapuskan segala halangan dengan mengikuti segala proses yang tepat dan menggunakan tools Dr. Roket secara maksima. Istiqamah menulis tesis setiap hari, bangun seawal jam 4 pagi untuk solat Tahajjud dan mengaji Al-Quran, berdoa pada Allah dan bercerita dengan keluarga, berfikiran positif dan konsisten dalam tindakan, kini beliau hampir menyiapkan draft pertama beliau.
Bertahun-tahun lamanya beliau mendepani cabaran sebagai pelajar PhD yang terkapaikapai menyelamatkan diri dari karam dalam pengajian dan hampir-hampir Graduate After Time, disamping cabaran meguruskan anak kecil dan keluarga yang sudah pasti memerlukan perhatian. Perubahan ketara mula berlaku pada diri beliau seawal 5 bulan sejak menyertai Nak Ubah Tesis pada Mac lalu.
Life and Thesis Management.
Jika sebelum ini beliau tidak tahu untuk bahagi masa antara urus keluarga dan tesis dan tidak nampak bayangan full draft, kini Puan Faten memberikan 100% komitmen untuk kecilkan cabaran dan besarkan solusi dan semakin yakin menggerakkan tesis secara agresif. Malah, beliau sendiri menyasarkan untuk menghantar notis 3 bulan viva pada September depan!
Tiada yang mustahil!
Impian beliau semakin menjelma kini; berhasrat membahagiakan ibubapanya dengan tamatnya pengajian PhD kelak, mahu meluangkan masa bersama anak kecil, mengejar tarikh submission beliau yang berbaki 2 bulan, mahu berbakti kepada ummah dengan Graduate On Time dan paling utama untuk membuktikan kepada diri, supervisor dan masyarakat bahawa beliau mampu menamatkan perjalanan Ph.D dengan cemerlang di bawah bimbingan Dr. Roket!
“Jangan jadi seperti saya lambat membuat keputusan dan membiarkan diri tenggelam dengan emosi negatif terhadap diri sendiri dan tesis”, nasihat beliau menyarankan teman seperjuangan Posgrad mengikuti Nak Ubah Tesis pada 30 & 31 Ogos ini, daftar segera di drroket.com!