Puan Faridah Hanim binti Syakirin, berasal dari Selangor dan kini sedang menuntut dalam bidang Sains Pemakanan Haiwan di Universiti Putra Malaysia. Sebelum berjumpa Dr. Roket, perjalanan PhD beliau begitu mencabar sehinggakan pernah tidak menyentuh dan melihat tesis selama dua tahun lamanya!
Hampir berputus asa!
Ini yang beliau rasakan iaitu PhD bukanlah untuk beliau kerana beratnya cabaran yang beliau hadapi ketika itu. Kehidupan beliau juga agak hiruk pikuk dan tidak teratur, begitu juga dengan pengurusan pengajiannya! Pengajian beliau tertangguh beberapa tahun lamanya dek kerana kurangnya ilmu pengurusan pengajian dan kehidupan.
Sehinggalah pada suatu masa, bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi seminar Nak Ubah Tesis (NUT) melalui jemputan didalam WhatsApp. Alhamdulillah beliau bersyukur kerana diizinkan untuk berviva pada 21 Disember 2020, menjadi result terkini yang terbesar buat beliau.
“Sepanjang mengikuti proses bersama Dr. Roket, saya dapati deraf tesis saya berevolusi sehingga ke 31 deraf. Syukur Alhamdulillah saya juga dapat menerbitkan satu jurnal sebelum ini, dan terkini saya telah pun menghantar tesis penuh bagi tujuan kelulusan senat.”
Tambah beliau, ini adalah Ramadhan yang paling beliau syukuri dan menjadi detik-detik yang paling berharga. Ini kerana, ketika beliau berjumpa dengan Dr. Roket pada tahun 2019, beliau berpeluang untuk bergambar dengan tesisnya pada Syawal pertama.
Ketika itu, beliau amat tidak menyangka telah berpeluang untuk bergambar dengan deraf pertama tesis akhirnya setelah sekian lama. Tahun berikutnya, pada Syawal kedua beliau berpeluang untuk bergambar dengan deraf tesis yang ke-19 pula!
Beliau berasa sangat bersyukur kerana semenjak itu deraf tesis beliau semakin berkembang dan berevolusi dengan baik. Syukur pada Ramadhan kali ini, beliau berjaya hasilkan final bound tesis PhD-nya dan insyaallah akan bergraduasi tidak lama lagi.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Roket kerana telah memberikan detik-detik berharga kepada dunia PhD dan kehidupan saya. Banyak perubahan positif terhadap diri dan keluarga saya. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan wang ringgit, ilmu dan tenaga yang amat saya hargai. Saya bersyukur kepada Dr. Roket kerana banyak mengubah kehidupan saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin”.