Puan Nur Ashikin binti Ishak merupakan pelajar PhD dalam bidang kaunseling dan psikologi. Beliau berasal daripada Pulau Pinang dan merupakan bekas pegawai kaunseling di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Beliau menceritakan semasa beliau mula mengenali Dr Roket hanya lah untuk ajak beliau tetapi rupanya diri sendiri yang perlu diajar.
“Ohh saya juga banyak buat silap” ayat yang berulang bermain dalam fikiran Puan Nur Ashikin.
Bila rasa diri dah terlalu pandai dan perasaan seakan tahu segalanya itu lah yang bahaya sebenarnya kerana akan membuat sifat berlagak wujud dalam diri kita. Situasi berasa dah cukup ilmu itulah yang mejadi cabaran untuk pengajian PhD Puan Nur Ashikin.
“Biasalah sbb dah sangka kita pun dah on track bagai, on track memang on track tapi keyakinan, ketenangan, kejituan masih tak dapat jumpa lagi sepanjang tempoh pengajian” luah beliau.
Cabaran beliau bertukar kejayaan apabila beliau mula mengikuti program Dr Roket. Pada awalnya beliua mengikuti program Dr Roket hanyalah berniat untuk ubah gaya pembentangan TETAPI ilmu yang dicurahkan oleh Dr Roket kesemua ilmu mengenai tesis adalah baru bagi beliau. SYUKUR
“Alhamdulillah syukur result saya sekarang memang sangat laju kerana dah draf yang ke-28. Paling seronok sekali bila dah masuk program Dr Roket, perbezaan dari aspek spiritual sangat positif, jika dahulu susah nak bangun pagi untuk tahajud sekarang Dr Roket dah ubah saya secara 360 darjah.”
Tambah beliau, Ramadhan sebelum ini dengan sekarang juga amat berbeza. Jika dulu beliau asyik lemau sahaja tapi sekarang ketika Ramadhan pun masih semangat untuk buat tesis dan tak penat melakukan aktiviti seharian. Tenaga dalam diri sentiasa 100 peratus!!!!
Berkat bermentor dengan Dr Roket akhirnya untuk Syawal kali ini beliau berpeluang untuk bergambar dan beraya bersama draf tesis beliau yang kini dah draf ke-28. Laju tak laju proses Dr Roket!!! Proses beginilah yang seharusnya dilalui oleh bangsa postgrad.
“Semoga Dr. diberikan kesihatan oleh Allah swt dan sentiasa diberikan kekuatan untuk didik kami. Selamat Hari Raya Dr, dan keluarga. Maaf zahir dan batin dan terima kasih buat hari raya saya lebh bermakna. Hidup saya dah semakin okay dan tesis saya pun semakin laju bergerak. Terima kasih Dr.”