Setiap tahun kita menyambut kedatangan Syawal dengan kemeriahan dan meninggalkan Ramadhan dengan begitu sahaja. Seakan-akan kita menganggap bahawa Ramadhan itu bulan amal ibadat semusim sahaja. Oleh itu jom kita berusaha untuk mengekalkan momentum ibadah Ramadhan kita sehingga ke Syawal.
Amalan baik yang kita lakukan di bulan Ramadhan seperti solat sunat, sedeqah, dan tadarus Al Quran boleh kita bawa sehingga ke Syawal dan juga bulan- bukan lain. Jika kita masih meraikan Hari Raya seakan mood Ramadhan masih ada, sambutan Hari Raya kita akan jadi lebih bermakna daripada kira menyambutnya dengan perkara yang melalaikan.
Pada saat tibanya Hari Lebaran, kita umat Islam adalah digalakkan untuk meraikan penuh kegembiraan dengan melazimi istighfar, tasbih dan tahmid terutama menjelang malam raya sehinggalah ke pagi hari raya.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan takbir dan ibadat, tidak dimatikan hatinya pada hari dimatikan segala hati.” (Riwayat Ibnu Majah (1782)
Ianya samalah dengan situasi untuk bangsa posgrad khusunya platinum Dr. Roket yang mana ketika Ramadhan, mereka banyak disajikan perkongsian daripada Dr. Roket. Perkongsian itu bukan sahaja membantu dari segi pertambahan draf malah perubahan sikap mereka yang mejadi positif. Bak kata Dr. Roket “Momentum Ramadhan, menentukan journey PhD”
Maksudnya disini, tindakan-tindakan yang kita lakukan di bulan Ramadhan sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan kita. Sebagi contoh, jika kita istiqamah melakukan Qiamulaill pada waktu bulan puasa dan bawa sikap itu hingga ke Syawal sebenarnya ianya akan mengajar kita untuk terus menjadi seorang yang habitnya bangun pagi.
Perkongsian daripada salah satu platinum Dr. Roket adalah jika Allah SWT memberi peluang tahun depan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan beliau menyenaraikan bahawa ingin khatam Al-Quran lebih 1 kali, tingkatkan ibadah malam dan memperbanyakkan sedeqah.
Beliau juga berkongsi bahawa untuk raya kali Ini beliau ingin lebih memantau ataupun mengawal pemakanan dan beliau juga mengatakan ingin lebih bertenang untuk bersiapan raya. Tidak seperti raya sebelum ini beliau sering lebih memikirkan persiapan raya berbanding mengejar amal ibadah di akhir bulan Ramadhan. Perubahan positif itu disedari berlaku setelah menjadi platinum Dr. Roket.
Dari segi penambah baikan tesis pula, beliau berkata dengan Ramadhan yang masih berbaki ini dan Syawal yang bakal menjelma beliau ingin hasilkan draf baru dan disiplinkan diri mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi beliau apa yang dipelajari daripada proses Dr. Roket ini sepanjang Ramadhan ini adalah bulan Ramadhan ini adalah training ground dan selepas Ramadhan berakhir seharusnya sudah mempunyai kemajuan.
Oleh itu, momentum Ramadhan yang ada sekarang anda cuba kekalkan dan aplikasikannya ke bulan Syawal. Perubahan sikap anda yang menjadi ke arah lebih positif di bulan Ramadhan ini akan menjadi senjata untuk anda berubah lebih baik. Dari perubahan tersebutlah akan mempengaruhi perjalanan Master Phd anda.
Akhir kata dari Dr. Roket “Ramai orang boleh memiliki momentum yang sangat tinggi di permulaan tetapi tidak ramai yang boleh mempertahankan momentum yang sama sehingga capai apa yang mereka nak capai”.
Jika anda nak alami perubahan dari segi perubahan sikap hinggalah ke tesis anda pada Ramadhan dan Syawal tahun hadapan, jom sertai Nak Ubah Tesis pada Ogos nanti. Untuk maklumat lanjut sila follow disini: http://t.me/drroket
#DrRoket
#MasterPhdStrategist