fbpx Skip to main content
search
0

Mengambil Master PhD bukan sekadar demi gelaran yang bakal dianugerahkan oleh Universiti semata-mata. Ini adalah sebuah tanggungjawab besar yang perlu diselesaikan tepat pada masa, terutamanya buat penerima biasiswa.

Puan Latifah Munirah Binti Bakar, salah seorang Platinum Dr Roket ada memberikan pandangan mengenai Program MST yang telah berjaya beliau sertai hingga kali ke-3.

Apa ada di dalam program MST tersebut dan apa yang dilalui oleh beliau sepanjang proses itu?

Jom teruskan pembacaan…

“Alhamdulillah syukur, sudah tiga kali berpeluang join MST (Mudah Siap Tesis). Dari pertama kali dengar nama, ianya sangat bertepatan dengan pencarian selama ini. Macam tidak percaya juga, ada ya program sebegini untuk pelajar bangsa posgrad.

Tambah pula mereka mengalu-alukan para pensyarah, guru dan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) untuk melajukan tesis. Sebenarnya, kumpulan inilah yang ramai menjadi penerima biasiswa. Bila sudah terima biasiswa ini, semestinya perlu sedar tanggungjawab besar untuk segera selesaikan pengajian dengan cemerlang dan Graduate On Time (GOT).

Program MST diadakan pada setiap Rabu di kala momentum masih memuncak pada tengah minggu. Waktu 9 malam, banyak hal-hal kehidupan dunia. Jadi, boleh fokus kepada program.

Sejujurnya, MST ni sebagai suntikan baru setiap minggu selain Morning Doc setiap hari. Setelah sekian lama tersangkut dengan tesis yang tidak bergerak, dapat jemputan menyertai MST umpama ‘Bagai bulan jatuh ke riba’. Syukur, syukur, syukur, alhamdulilah.

Setiap kali penyertaan pasti ada formula diberi. Daripada program MST saya belajar perkara yang perlu dielakkan sebagai bangsa postgrad. Walaupun ia seperti common sense, tetapi bukan common practice. Mempelajari satu formula ni membuatkan kita membuka mata dan menilai tentang hubungan kita dengan pencipta kita, Allah SWT.

Pengekalan momentum juga memerlukan sokongan. Formula seterusnya terus memberikan kesedaran tentang bahana yang bakal diterima di kemudian hari jika terus melayan perasaan malas itu. Ia menjadi amaran dan peringatan awal buat diri di kala momentum makin berkurang.

MasyaAllah. SubhanAllah. Nikmat manakah yang harus aku dustakan. Sungguh indah perjalanan hidup bila segalanya kita sandarkan pada Dia yang Maha Esa. Allah memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa sebarang perhitungan.

Syukur ya Allah, memberikan diri ini peluang belajar dari guru yang sentiasa memberikan perkongsian ilmu yang lebih dan sentiasa mahu melihat anak muridnya sentiasa grow.

Sungguh tidak sedar waktu bila berprogram dengan Dr Roket. Terima kasih Dr Roket dan tim 2M World. Moga Allah sentiasa jaga dan sentiasa limpahkan RahmatNya buat Dr Roket dan Tim 2M World. Allahumma amin.”

Meskipun bukan kali pertama menjadi pelajar program Dr Roket, Puan Latifah Munirah Abu Bakar akui keberkesanan dan kepelbagaian formula Dr Roket. Beliau bersyukur mendapat peluang keemasan untuk mempelajari teknik melancarkan penulisan tesis bersama Dr Roket.

Formula demi formula istimewa hanya boleh anda pelajari secara ekslusif di Seminar Mudah Siapkan Tesis. Sekiranya anda berminat untuk sertai program MST ini, boleh klik di bawah.

SEMINAR MUDAH SIAP TESIS

Join Channel Telegram Dr Roket untuk dapatkan sebarang tips, info program dan perkongsian manfaat yang lain.

TELEGRAM DR ROKET
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x