fbpx Skip to main content
search
0

Calon Master Ph.D yang tidak menyasarkan hala tuju pengajian dengan jelas pada awal pendaftaran,  kebiasaannya merasakan masa mereka masih panjang dan masih belum serius sepenuhnya. Mereka sering kali berkata; “Sabar lah dahulu”, “Kita habiskan kelas dulu”.

Memang kebiasaannya bangsa Postgrads akan berada di dalam mood selesa, jika tidak berhati-hati mereka akan terleka hingga ke akhirnya. Sedar- sedar sudah berada di tahun kedua dan ketiga pengajian, draf tesis masih belum berganjak. Proposal Defense juga entah kali ke berapa, yang sudah pastinya memakan masa pengajian.

Adakah anda mahu masuk di dalam golongan ini? Sudah pasti tidak mahu bukan? Anda mendaftar PhD dengan penuh impian membawa pengharapan insan tersayang, pastinya anda mahukan pengakhiran yang cemerlang seperti yang diimpikan.

Impian, tidak boleh tidak perlukan kepada tindakan-tindakan yang jitu, barulah menghasilkan keputusan yang cemerlang bukan?

Untuk memastikan impian anda menjadi realiti, pertama kali tindakan yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti ‘distractions’ anda semenjak awal semester agar tidak hanyut. Tanyakan pada diri sendiri;

“Mengapa ini terjadi agaknya?”

Kerana kebanyakan mereka tidak pernah tahu apa tindakan yang perlu mereka lakukan dan rutin yang tepat. Atau akan tertanya-tanya; “Apa patut saya buat pada awal semester?” Lebih parah ada yang belum singgah fakulti pun! Ya, agak kabur tindakan yang perlu dilakukan pada awalnya, jika anda melaluinya tanpa bimbingan insan yang berpengalaman.

Bagi calon yang tahu hala tuju hasil dari kemahuan sendiri atau dibantu oleh coach, mereka telah tahu jawapan tentang tindakan-tindakan betul yang patut mereka buat bermula pada awal semester.

Kami kongsikan 5 jenis tindakan yang perlu anda BUAT:

1. BUAT dan selesaikan semua jenis pendaftaran.

Buat dan selesaikan semua jenis pendaftaran sepanjang perjalanan PhD anda. Bermula daripada subjek (jika ada) sehingga kepada hantar notis 3 bulan, senaraikan dan rangka tempoh masa tiap proses di dalam sebuah diari pengajian khas anda, agar anda sentiasa ‘On Track’!

2. BUAT pertemuan dengan teman atau rakan strategik berkaitan dengan kajian atau tesis.

Buat perjumpaan dengan teman atau rakan strategik berkaitan dengan kajian atau tesis anda secara berkala tiap minggu. Tidak kenal maka tidak cinta, luangkan masa berkenalan dengan rakan sepengajian anda, sambil itu anda dapat bertukar fikiran dan ilmu yang dapat mencambahkan pemikiran seterusnya mengembangkan penulisan tesis anda.

3. BUAT pertemuan dengan ahli jabatan atau fakulti. Terutama ahli fakulti yang menguruskan hal ehwal tesis anda.

Buat pertemuan dengan ahli jabatan atau fakulti, terutama ahli fakulti yang menguruskan hal ehwal tesis anda supaya anda sentiasa peka dengan keadaan semasa fakulti, staf yang berkenaan dan tarikh- tarikh yang penting untuk Master PhD anda. Fahami sistem pengajian anda terlebih dahulu supaya menjadi Master PhD yang serba tahu!

4. BUAT pertemuan dengan ahli perpustakaan. Kemas kini dengan mereka fasiliti terbaru jurnal.

Buat pertemuan dengan ahli perpustakaan, dapatkan kemas kini dengan mereka mengenai fasiliti terbaru jurnal yang ada di dalam perpustakaan tersebut. Perlu anda ingat, di sini akan menjadi rumah kedua anda dan jurnal serta bahan bacaan akan menjadi rujukan anda dan seterusnya ‘peneman’ pengajian anda.

5. BUAT pertemuan dengan SV, bincang dan tentukan tarikh pertemuan berikutnya.

Buat pertemuan dengan penyelia, bincang dan tentukan tarikh pertemuan berikutnya agar anda sentiasa berhubung dengan penyelia. Kejayaan tesis anda bermula daripada hubungan yang baik bersama penyelia, ambil peluang sejak awal pendaftaran untuk membina hubungan baik ini.

Masih ada alasan lagi tesis tidak bergerak-gerak? Sila semak 5 Tindakan yang perlu anda BUAT di atas, adakah anda sudah siap atau tidak? Jika belum lagi, cepat BUAT sebab minggu-minggu awal adalah masa terbaik. Semua tempat sudah sampai minggu awal semester, kenapa tidak singgah fakulti untuk merancang perjalanan masa depan pengajian anda ?

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut apa yang patut anda buat pada minggu- minggu awal semester, boleh berhubung dengan tim untuk dapatkan tarikh seminar-seminar sehingga tahun depan atau layari laman web www.roket.com.

Kerana kami serius dalam membantu anda menyelesaikan segera daripada belenggu tesis!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x