fbpx Skip to main content
search
0

Mengubah corak pemikiran agar dapat melihat sesuatu secara positif, inilah antara perubahan awal Puan Nurul ‘Ain Ab Halim. Beliau dahulunya berasa tidak yakin dengan tesis hampir setahun  lamanya, kini mula membina keyakinan sedikit demi sedikit melalui contoh orang-orang yang berjaya. Ikuti pengalaman beliau menyertai Seminar Mudahnya Siapkan Tesis (MST) yang juga membantu keberanian beliau menulis tesis:

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan Dr. Roket dan tim, yang telah banyak membuka mata saya untuk melihat banyak kebaikan-kebaikan, bukan sekadar untuk perjalanan Master PhD bahkan dalam menempuhi kehidupan seharian, Alhamdulillah.

Syukur juga kerana ada program MST, secara percuma pula. Peluang di depan mata, tunggu diri kita sahaja untuk buat tindakan menyertainya. Saya alhamdulillah mengikut semua siri tanpa tertinggal.

Banyak yang telah saya pelajari dalam MST terutamanya dari sudut memperbaiki corak pemikiran diri sendiri. Untuk berjaya dalam apa sahaja yang kita buat, kita perlu miliki corak pemikiran orang-orang berjaya. Corak pemikiran yang positif akan menarik perkara-perkara positif dan apabila perkara positif mengambil tempat dalam minda kita, perkara negatif akan pergi jauh-jauh.

Alhamdulillah saya kini semakin positif dan nampak kebaikan-kebaikan anak-anak dan pasangan, sedangkan sebelum ini saya asyik mengeluh dan tidak dapat kawal marah. Bahkan sejak saya ubah corak pemikiran, urusan harian perjalanan dengan sangat lancar, Allahuakbar.

Saya alhamdulillah semenjak menyertai program ini, sedikit demi sedikit perubahan yang telah berlaku. Saya kini sudah mampu menulis 1-2 muka surat tesis saya yang sudah hampir setahun sepi tidak disentuh kerana pelbagai tekanan dihadapi. Jika dulu saya takut hendak hubungi penyelia, sekarang saya sudah mampu bertanya khabar penyelia, bahkan penyelia membalas dengan doa beliau untuk saya,

Alhamdulillah. Doa seorang guru biasanya makbul, Insyaallah. Jika dahulu saya meluat dan tertekan dengan tesis, sekarang ni saya tidak sabar-sabar hendak berjumpa tesis, umpama orang tengah dilamun cinta begitulah saya dan tesis sekarang, jika lama tidak menjenguk rasa resah gelisah.

Selain itu, apabila corak pemikiran kita sudah betul, prilaku juga akan turut dapat dijaga seperti mana prilaku orang-orang yang berjaya. Kita kena belajar dan tiru sikap orang berjaya antaranya kerja keras dan bijak, sentiasa awal dalam bertindak, tidak putus asa dan percaya dengan kebolehan diri. Alhamdulillah saya sekarang semakin awal dan sentiasa hendak jadi lebih baik dari semalam. Dan sudah mula nampak hasil sedikit demi sedikit.

Namun, semua itu tidak akan dapat dicapai jika kita tidak jumpa proses yang betul untuk bertindak. Cara nak belajar proses yang betul adalah melalui mentor yang betul. Carilah mentor yang betul yang dapat hasilkan result.

Last but not least, Allah lah sebaik-baik tempat pergantungan. Jagalah marketing diri kita dengan Allah SWT, Allah akan bantu kita dengan sangat mudah. Tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Mohonlah dengan penuh kesungguhan kepada Allah SWT, untuk bantu kita siapkan tesis, terus mengorak langkah dalam perjuangan hidup ini, dan terus menyumbang kepada ummah.”

Puan Nurula’in Ab Halim berjaya menggunakan kesempatan untuk menyertai seminar secara percuma dengan sebaiknya. Namun semuanya bermula dari dalam diri anda, jika anda jelas dengan matlamat masa hadapan, Allah Ta’ala akan hadirkan pertolongan-Nya Insyaallah. Namun semua itu bermula dengan corak pemikiran anda baharu, dengan menyertai Seminar Nak Ubah Tesis pada Disember ini, klik sahaja disini: http://t.me/drroket .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x