fbpx Skip to main content
search
0

Pelajar PhD dari Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) Johor Bahru, Cik Puan Atiqah Nawawi akui  sepanjang perjalanan pengajian PhD, beliau banyak diuji dengan pelbagai jenis cabaran. Seperti pelajar PhD lain, cabaran yang dilalui inilah yang telah menjadi duri kepada kehidupan tesis dan juga kehidupan diri beliau. Jomketahui serba sedikit cabaran yang dilalui beliau dan yang paling penting bagaimana beliau mencari ikhtiar untuk bangkit melawannya.

Menurut Cik Puan Atiqah Nawawi, terdapat 3 jenis cabaran besar yang dihadapi oleh beliau, yang pertama ialah cabaran dari segi pengurusan masa. Saat beliau sedar yang beliau alami cabaran bagaimana menguruskan masa dengan baik adalah ketika menjaga anak kecil beliau. Beliau dikurniakan cahaya mata ketika masih dalam pengajain PhD. “Saya rasa susah nak bahagi masa di antara belajar, jaga anak dan menguruskan hal rumah tangga”, menurutnya.

Ikut mood. “takde mood lah nak tulis tesis”, “takde mood lah nak cari journal”. Ayat ni mesti popular dalam kalangan bangsa postgrad kan. Ternyata pelajar PhD Psychology Pendidikan ini juga hadapi cabaran “ikut mood”. “Bila saya rasa rajin, saya akan sentuh tesis tu”, katanya.  Namun yang menjadi masalah mood rajin itu tidak selalu ada. Beliau juga mengatakan beliau juga jenis membuat kerja last minute, bila nak hantar progress ke SV, barulah beliau bergerak membuat tesis.

Cabaran besar yang beliau hadapi juga ialah beliau tak tahu bagaimana nak masukkan data yang telah beliau kumpulkan ke dalam tesis. Hal ini kerana, sebelum beliau mencari alternatif untuk keluar daripada cabaran tersebut, beliau sebenarnya telah mempunyai data yang telah berjaya beliau kumpulkan dan telah siap melakukan analisis data dalam bentuk transkrip lagi. Namun, beliau stuck untuk memindahkan ke dalam tesis dan semestinya Cik Puan Atiqah Nawawi memerlukan seorang mentor untuk membimbing beliau.

Deraf tesis Cik Puan Atiqah Nawawi

Apabila kita diuji dengan pelbagai bentuk cabaran, pasti kita akan berkeinginan untuk mencari cara ataupun alternative untuk keluar daripada masalah tersebut. Betul ke betul? Syukur syukur syukur Cik Puan Atiqah Nawawi berjaya menjumpai cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Beliau telah mengikuti salah satu program yang dianjurkan oleh Dr Roket.

Beliau berkongsi banyak perubahan yang terjadi dalam diri, tesis dan kehidupan beliau setelah berjumpa dengan Dr Roket. Apa yang menarik dalam proses Dr Roket adalah PCM iaitu proses dimana beliau sangat bersyukur kerana berada dalam proses ini. “Saya tahu apa saya nak buat dengan journey Phd saya”. C pula adalah mempunyai circle yang sangat supportive kerana mereka inilah yang bersama dengannya berjuang susah dan senang dalam pengajian Master dan PhD. Ketiga adalah M iaitu mentor. Dalam proses ini beliau bersyukur kerana mempunyai mentor yang selalu beri tunjuk ajar dari A sampai Z.

Bagi Cik Puan Atiqah Nawawi perkara kedua yang menarik dalam proses Dr Roket adalah istilah deraf. Istilah deraf ini beliau ketahui selepas Roket Intensive Class (RIC 1) dan pada waktu itulah beliau berjaya menghasilkan deraf pertama beliau iaitu pada bulan Febuari 2021. Beliau sangat menggemari istilah deraf kerana dari deraf lah, Cik Puan Atiqah Nawawi dapat menambah baik tesisnya dari deraf pertama sehingga deraf terkini. Ada ke kat sini yang masih tak tahu istilah deraf? Kalau anda nak nak tahu apa itu deraf, kenalah ikuti proses Dr Roket.

Perkara ketiga yang beliau syukuri adalah TDR. “Best mengenai TDR ini adalah disebabkan, TDR ini lah yang akan track progress kita”, jelas beliau. Setiap hari isnin hingga hari jumaat beliau boleh mengisi TDR harian dan dari situ lah beliau akan track progress. Berbeza dengan sebelum ini, beliau sering berasa blur apa yang perlu dilakukan tetapi dengan TDR dalam proses Dr Roket ini sangat membantu apa tindakan yang perlu beliau lakukan.

Result terkini beliau setelah mengenal Dr Roket adalah mempunyai 66 deraf semenjak deraf pertama pada Febuari 2021. Mantap ke mantap result Cik Puan Atiqah Nawawi. Jika anda percaya dengan proses yang betul, inshaaAllah semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Hardbound deraf terkini Cik Puan Atiqah Nawawi

Anda nak tahu Cik Puan Atiqah Nawawi adalah pengguna E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat!!! Jika anda berminat nak dapatkan E-Book ini boleh klik link >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x