Dunia Master PhD ini merupakan perjalanan yang warna warni, pasti setiap pelajar Master PhD akan lalui fasa suka, fasa jatuh, dan penat. Lagi-lagi apabila diuji dengan pelbagai cabaran ketika pengajian Master PhD. Pelajar PhD dalam bidang Pengurusan Risiko dan Tadbir Urus, Tuan Shah Rol Hussain juga tidak terlepas dari menghadapi cabaran ketika pengajian mendapatkan title Dr Falsafah ini. Jom, kita ketahui bagaimana kehidupan journey PhD anak jati Baling Kedah ini yang menyambung PhD di Universiti Sains Malaysia (USM).
Tuan Shah Rol Hussain menceritaakan bahawa cabaran yang beliau lalui adalah pernah suatu masa beliau tidak mempunyai momentum untuk menulis tessi. Saat beliau mula sahaja menulis tesis, pasti tidak banyak penulisan yang beliau mampu lakukan. “Nak tulis, tapi tak mampu nak tulis. Baca dah banyak sehingga menyangka diri dah pandai”, luah beliau.
Beliau yang sebelum ini beranggapan bahawa tesis itu adalah semata-mata kesempurnaan didalam sesuatu penulisan. Pentingkan kesempuranan sangat bagus tetapi jika sempurna itu menjadi tesis anda stuck dengan sangat lama lah yang menjadi racun dalam pengajian PhD anda. Pengalaman Tuan Shah Rol Hussain adalah pernah suatu ketika, tesis beliau tersangkut apabila beliau hanya mampu menulis satu perenggan sahaja.
Sebelum ini sikap perfectionist menjadikan saya tidak tahu menulis, berfikiran negatif yang menyebabkan terhanyut ke lautan yang dalam,” pengakuan Tuan Shah Rol Hussain. Saya perasan sebilangan pelajar PhD mempunyai masalah perfectionist yang sangat susah dihakis kerana mereka menyangkakan perfectionist ini adalah sikap yang bagus namun sebaliknya.
“Saya mulakan perjalanan Phd bersama Dr. Roket dengan hanya satu perenggan, tak sampai pun satu muka surat. Saya tak mampu menulis disebabkan oleh mental block!”. Malah beliau juga menghadapi masalah gagal dalam pengurusan masa dan tidak mempunyai circle positive yang boleh mengelakkan beliau dari berasa sunyi dengan dalam dunia PhD ini.
Namun demikian, alhamdulillah sedikit demi sedikit segala cabaran yang beliau lalui dapat diatasi. Memutuskan untuk menjadi platinum Dr Roket adalah keputusan yang beliau sangat syukuri kerana banyak perubahan baik yang berlaku dalam kehidupan nya khsusnya dalam dunia PhD. Antara keistimewaan yang beliau dapat rasakan setelah menjadi platinum Dr Roket adalah PCM (PROSES, CIRCLE, MENTOR).
Proses bersama Dr Roket ini mengajar beliau cara proses yang betul dalam pengurusan tesis. Kaedah pengurusan tesis yang diajarkan oleh Dr. Roket juga membantu beliau mendahulukan perkara yang lebih penting, meningkatkan motivasi diri dan membuang sikap ‘perfectionist’ secara perlahan-lahan yang membantutkan perkembangan tesis beliau selama ini.
Bersama platinum Dr Roket juga mewujudkan circle platinum yang sangat supportive dan sebenarnya telah menjadi salah satu support system yang kuat dalam pengajian PhD nya. Kini Tuan Shah Rol tidak lagi berasa sunyi kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang positif. Yang paling best adalah rakan-rakan dalam platinum bukan semua berada dalam bidang yang sama tetapi berbeza latar belakang bidang pendidikan. Networking yang wujud dalam platinum ini juga tidak terhad dengan pelajar Master PhD dalam Malaysia sahaja tetapi juga pelajr dari luar negara seperti dari University of Cambridge.
M = Mentor adalah perkara yang beliau sangat syukuri bersama dengan proses Dr Roket ini. Hal ini demikian kerana, setiap kali beliau ada cabaran, ada guru yang beliau boleh rujuk, boleh ditanya. Dr Roket adalah guru yang telah membantu menarik Tuan Shah Rol Hussain daripada terus tenggelam dilautan yang sangat dalam. “Rupa-rupanyanya penulisan tesis juga perlukan teknik dan strategi. Setelah diamalkan, alhamdulilah, progress penulisan tesis sentiasa positif”, beliau mengakui sendiri keberkesanan tools Dr. Roket.
Syukur syukur syukur result deraf pertama Tuan Shah Rol Hussain terhasil pada 16 Mei 2020 iaitu selepas beliau menyertai Seminar Nak Ubah Tesis pada 22 Mac 2020 secara di alam maya. Kini Tuan Shah Rol Hussain sudah memperolehi deraf yang ke 30.
Saya mampu berubah kerana yakin dengan proses ini
Tuan Shah Rol Hussain
Anda nak mengalami proses perubahan seperti Tuan Shah Rol Hussain, jom dapatkan E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat!!! Jika anda berminat nak dapatkan E-Book ini boleh klik link >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/.