fbpx Skip to main content
search
0

Dalam kita menelaah ilmu pasti ada cabaran yang akan menjadi penghalang lagi-lagi pelajar yang menyambung PhD. Cik Puan Fatin Najwa Zamani yang merupakan pelajar PhD in Education di University of Sheffield, United Kingdom juga akui terdapat beberapa cabaran sepanjang beliau melanjutkan pelajaran PhD. Untuk pengetahuan, beliau kini menetap di Munich, German bersama keluarga tercinta.

Dalam beliau menyiapkan PhD beliau banyak cabaran yang beliau hadapi. Antaranya ialah berada dalam keadaan tidak tahu ingin menulis apa walaupun hakikatnya beliau sudah mempunyai data yang cukup sejak tahun 2015 lagi. “Data dah ada tapi saya tak tahu nak tulis, cara dan bagaimana nak tulis” luah Cik Puan Fatin Najwa. Apabila berada dalam fasa tersebut, beliau mula menjadi stress. Akibat terlalu stress memikirkan tesis tersebut lah tesis Cik Puan Fatin Najwa meninggal.

Sesi Vivalicious Cik Puan Fatin Najwa

Selain itu beliau juga tidak tahu bagaimana nak menguruskan masa dengan baik dan teratur. Mungkin sebilangan anda akan menganggap urus masa itu adalah perkara yang mudah tapi tidak pada pelajar PhD pendidikan ini. Beliau mengatakan bukan semua orang bijak dalam mengurus masa dengan sangat efektif tambahan lagi beliau yang merupakan seorang ibu yang mempunyai anak kecil. “saya memang memerlukan guidance ataupun tunjuk ajar daripada seseorang untuk mengajar bagaimana menysusun jadual harian beliau sebagai seorang pelajar dan juga ibu” ujarnya.

Sebelum ini iaitu pada awal-awal beliau berstatus sebagai pelajar PhD, beliau tidak lagi dikurniakan cahaya mata tetapi sejak diberikan rezeki anak, jadual beliau berubah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Saya pasti para ibu-ibu yang awesome faham bagaimana struggle nya seorang ibu untuk menulis dan dalam masa yang sama juga seimbang menguruskan hal rumah tangga.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah beliau mendapat pertolongan di saat beliau tengah kusut memikirkan cabaran yang dihadapinya. Cik Puan Najwa menemui sinar setelah menemui Dr Roket. Beliau mengatakan bahawa setelah bersama proses Dr Roket beliau mendapat ilmu yang berguna iaitu cara untuk menguruskan masa dengan baik diantara pengajian PhD dan juga keluarga. Menjadi Super Mom terus Cik Puan Fatin Najwa kerana berjaya mengimbangkan urusan pengajian dan urusan keluarga yang merupakan kewajipan.

Perkara yang paling beliau gemari sepanjang berada bersama circle Dr Roket adalah apabila menjadi platinum dan bersama dengan proses ini adalah adanya mentor yang akan sentiasa memantau setiap hari. Mentor tersebut lah yang akan setiap masa check dan update progress platinum setiap hari. “Mentor akan memberi nasihat, tengok progress tesis kita dan beri kata-kata semangat setiap hari tanpa gagal.

Malah, perkara menarik berada dalam circle ini juga pastinya adalah kerana mempunyai ciricle yang sangat best. Bagi beliau support group dalam ciricle ini adalah seperti keluarga kerana keakraban yang mereka wujudkan. “Mereka sangat mudah untuk kita dapatkan bantuan kerana semua orang dalam circle ini sangat suka membantu”. Mungkin akan ada beranggapan bahawa dekat kampus kan ada juga kawan tetapi circle ini sangat berbeza kerana energy mereka yang suka mengulurkan tangan untuk membantu.

Sepanjang Cik Puan Fatin Najwa berada dalam circle juga banyak input dan ilmu yang sangat berguna sepanjang berada dalam proses ini. Beliau juga telah berjaya menukar mindset beliau daripada negative kepada positive mindset. Sebelum beliau menyertai program Dr Roket, beliau langsung tak dapat bayangkan bahawa beliau mampu untuk menyiapkan tesis.” Saya rasa macam tak boleh lah nak siapkan tesis ni, macam mana ye”, ayat ini lah yang sering terngiang-ngiang dalam fikrian Cik Puan Fatin Najwa. Faktor meletakkan mindset bahawa tesis ini adalah susah tetapi sebenarnya tesis ini mudah sahaja jika kita bijak mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang anda hadapi. Tidak kiralah anda ini seorang ibu, ayah meskipun berstatus bujang pun tetapi jika anda mempunyai pengurusan masa yang baik, InshaaAllah tesis anda boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Deraf terkini Cik Puan Fatin Najwa

Kini Cik Puan Fatin Najwa telah mempunyai 23 deraf dan dalam menyiapkan deraf yang ke 24 dan 25. Beliau kini berada dalam fasa terakhir iaitu sedang membuat pembetulan tesis beliau sebelum dihantar. Cik Puan visualkan dirinya akan viva pada bulan Oktober ini, kita doakan beliau berjaya viva dengan sangat delicious dan Allah berikan ketenangan kepada beliau. Aminnn

Anda nak tahu tak Cik Puan Fatin Najwa juga mengikuti E-Book “31 Panduan Tulis Tesis Cepat”. Jika anda berminat nak dapatkan buku ni klik >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x