fbpx Skip to main content
search
0

Cik Puan Asnidatul Adilah binti Ismail yang menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau yang juga bekerja juga di Politeknik Balik Pulau sebagai pensyarah IT. Cik Puan Adilah Ismail kini menyambung pengajian PhD dalam bidang Pendidikan TVET Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor.

Cabaran dalam pengajian PhD Cik Puan Adilah Ismail banyak berkait rapat dengan kehidupan beliau. Kematian abang beliau pada tahun 2018 dan keadan 2 orang anak beliau yang sering berulang alik ke hospital merupakan cabaran kehidupan yang mengganggu konsentrasi Cik Puan Adilah Ismail. Saat beliau struggle menyiapkan proposal pada semester ketiga pula, sekali lagi beliau diuji dengan berita kematian dimana ibu Cik Puan Adilah Ismail meninggal dunia.

Mengimbau kembali pada semester 1 dan kedua pada pengajian PhD, beliau sangat proaktif kerana sangat rajin membuat paper tapi tidak menyentuh tesis. “Tesis tu datang lepas paper”- alasan beliau tidak menulis tesis. Ketika semester ketiga pada saat beliau diuji dengan kematian ibu, Cik Puan Adilah mengalami fasa down tetapi masih gigih menguatkan semangat dengan join semua kelas yang boleh membantu PhD beliau.

Cik Puan Adilah bersama ayahnya

Usaha beliau mengikuti kelas merata Malaysia membuahkan hasil kepada proposal defence beliau kerana hanya perlu melakukan minor correction. Namun setelah itu beliau diuji lagi dengan berita duka cita abang beliau mengalami strok dan beliau perlu menjaga abang beliau selama 2 bulan. Cabaran beliau tidak berakhir disitu, selepas sahaja siap collect data untuk pengajian PhD, ayah Cik Puan Adilah Ismail pula sakit dan beliau perlu balik ke Kelantan untuk menjaga ayah. 

Selepas ayah beliau beransur pulih, Cik Puan Adilah sekeluarga pula diuji dengan sakit sehingga ditahan di hospital. “Masa tu saya dah macam berada di bawah batu, saya tinggal menyerah saja”, luah Cik Puan Adilah. Selain daripada ujian kehidupan, beliau juga mempunyai penyakit “penakut” Beliau tidak tahu sesuatu benda tu dan cuba meminta tolong orang lain tetapi tidak ramai yang mampu untuk menawarkan bantuan kepada Cik Puan Adilah Ismail Syukur syukur syukur sahabat beliau yang juga platinum Dr Roket membantu beliau dengan usaha tag Cik Puan Adilah Ismail untuk menonton Morning Doc setiap hari. “Jika anda pernah sambung belajar dan anda pernah menyesal. Anda sebenarnya berdosa besar”. Ayat ini lah memberi tamparan kepada Cik Puan Adilah kerana beliau pernah giveup dan ingin berputus asa dalam pengajian PhD beliau.

Sesi Morning Doc sangat membasuh Cik Puan Adilah Ismail sehingga beliau bertanya dengan sahabat HLP beliau mengenai program yang mereka ikuti dan siapakah Dr Roket ini. Alhamdulillah setelah itu beliau memutuskan untuk mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT). Namun sehari sebelum NUT, suami beliau terpaksa dimasukkan ke hospital. Air mata Cik Puan Adilah mengalir kerana izin suaminya membenarkan untuk ikuti NUT walaupun dalam keadaan sakit. “Macam tu sekali suami saya support PhD saya”.

“U kedekut dengan Allah, macam mana U expect Allah nak bagi banyak dekat U?

Dr Roket

Ayat yang menikam sekali lagi Cik Puan Adilah Ismail kerana beliau yang telah lupa tujuan beliau sambung PhD adalah untuk berada dekat dengan Allah SWT. Ketika NUT itu jugalah beliau lihat pelbagai pelajar dari berjenis-jenis cabaran tetapi mampu bangkit meneruskan PhD. “Jika mereka boleh, kenapa saya tidak boleh”. Ketika NUT itu terus beliau telefon suami untuk meminta izin menjadi platinum Dr Roket. “NUT Merdeka 2020 merupakan turning point saya yang sangat besar”- Cik Puan Adilah Ismail. 

Hardbound Tesis Cik Puan Adilah

Jika bercerita mengenai perubahan yang luar biasa dalam kehidupan Cik Puan Adilah Ismail selepas berjumpa dengan Dr Roket adalah pastinya perubahan tesis. Daripada nothing to something. Perubahan tesis beliau dari 97 muka surat ke 305 muka surat dengan deraf yang ke 39. Syukur syukur syukur. Perniagaan beliau yang makin maju, kerja sebagai pensyarah selalu dihantar on time dan deraf tesis masih bergerak dengan konsisten. Selain daripada mentor yang sangat membantu dan circle Dr Roket juga sangat supportive.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x