Brunei adalah negara yang terkenal dengan ketenangan dan sopan santun rakyatnya. Orang Brunei terkenal berhati mulia, hormat, dan penuh tertib dalam setiap interaksi. Kedatangan Dr Roket menganjurkan seminar di sini pastinya memberi pengalaman yang berbeza buat warga Brunei. Mereka bukan sahaja serius dalam menuntut ilmu, tetapi juga membawa aura tenang yang membuat suasana seminar menjadi lebih harmonis dan produktif.

Baru-baru ini, Seminar Mudah Siap Tesis (MST) Edisi Brunei 27 Disember 2025 dan kelas Roket Inner Circle Meeting (RICM) 28 – 29 Disember 2025 telah dianjurkan di Bandar Seri Begawan. Kedua-dua program ini memberi pengalaman yang sangat berbeza tetapi sama-sama meninggalkan kesan mendalam. Kedua-duanya menjadi ruang pembelajaran yang tenang, tertib, dan penuh fokus.

Seminar MST Pertama di Brunei

Seramai 51 orang peserta yang hadir ke seminar ini termasuk warga Brunei sendiri dan pelajar dari Semenanjung, Malaysia yang sanggup ‘terbang’ ke negara tenang ini. Untuk pengetahuan pembaca, MST ini merupakan seminar pascasiswazah pertama yang dianjurkan di Brunei dan maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan.
Dukungan pihak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), termasuk Prof Madya Dr Mohd Shahril Ahmad Razimi (Pengarah Pusat Pengajian Siswazah), telah memainkan peranan penting dalam memastikan seminar berjalan lancar. Semua persiapan dari pengurusan AJK, dewan, hingga sijil peserta disediakan dengan sempurna. Bantuan tambahan daripada geng Platinum Brunei seperti Datin Norliza Mahalle, Cik Puan Hafizah Zulkarnain, dan Cik Puan Nurwara turut memastikan perjalanan program berjalan lancar. Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada insan-insan yang disebut.

Suasana Tenang dan Kesungguhan Peserta

Ketenangan peserta Brunei sangat menonjol. Peserta menerima ilmu dengan sopan, bersikap hormat, dan meneliti setiap penjelasan dengan fokus. Ramai peserta MST adalah ‘first timer’, majoriti pemula yang baru merancang untuk menyambung pengajian Master PhD. Tak kurang juga peserta yang sedang berada dalam pengajian mengikut semester masing-masing.
Suasana seminar terasa istimewa kerana perkongsian ilmu berlaku dalam keadaan yang tenang, saling menghormati, dan fokus. Mereka hadir bukan sekadar untuk mendengar, tetapi untuk memahami dan bersedia lebih awal. Kesungguhan ini jelas terlihat sepanjang program. 

Ilmu Merentas Bahasa dan Budaya

Menyampaikan ilmu kepada peserta dengan latar bahasa dan budaya berbeza bukanlah perkara mudah. Namun syukur MST berjalan dengan lancar, mesej disampaikan dengan jelas, dan respon peserta sangat positif. Banyak peserta menunjukkan minat untuk mendapatkan bimbingan lebih dekat melalui laluan Platinum Dr Roket (boleh klik sini) selepas seminar, menandakan keberkesanan pendekatan yang digunakan.

RICM pertama di Brunei

Selepas MST berakhir, keesokannya program diteruskan dengan Roket Inner Circle Meeting (RICM) pada pagi Sabtu dan Ahad. RICM membolehkan peserta Platinum membawa pasangan masing-masing dan sama-sama belajar di dalam kelas. Pastinya kelas ini memberikan satu pengalaman yang bermakna untuk mereka.
Refleksi Program

Pengalaman MST dan RICM di Brunei membuktikan bahawa tenang, hormat, dan kesungguhan peserta adalah kunci kejayaan ilmu merentas budaya. Program ini diharap menjadi inspirasi kepada pelajar pascasiswazah untuk menyusun langkah, fokus belajar, dan membina perjalanan akademik yang bermakna. Penganjuran MST Edisi Brunei diharapkan dapat membuka lembaran baharu dalam sokongan akademik pascasiswazah di rantau ini, sekaligus memberi peluang lebih ramai untuk menimba ilmu dalam suasana yang santai namun penuh fokus.

Kalau anda rasa artikel ni memberi inspirasi dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang perlukan inspirasi daripada penulisan begini. Boleh komen di bawah perkongsian apa lagi yang anda perlukan…

Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat:

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x