fbpx Skip to main content
search
0

Pernah atau tidak anda berada dalam keadaan di mana anda melakukan sesuatu pekerjaan baik di rumah mahupun di pejabat, tetapi tak pernah habis-habis… Makin lama bukan semakin berkurang, tetapi semakin bertimbun. Alahai…

Sudahlah ada tanggungjawab lain yang perlu digalas, terutamanya yang bergelar ibu atau bapa. Nak jaga anak-anak lagi, nak menguruskan rumah lagi.. Fuhh, penat..

Itu belum lagi sambung Master atau PhD.. Nak belajar sambil bekerja ditambah dengan menguruskan keluarga, bukan perkara yang mudah untuk semua orang.

Tetapi dalam ramai-ramai orang, akan ada yang ‘buat sampai jadi’ setiap amanah itu.. Percaya atau tidak jika saya katakan ada seorang insan luar biasa ini yang merupakan  seorang pensyarah, seorang isteri dan ibu, mampu menghabiskan PhD sebelum masanya!

Siapa beliau???

Insan hebat yang saya maksudkan ini ialah Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Mungkin ada di antara kita yang belum mengenali lebih dekat mengenai beliau.

Dr. Hidayah merupakan seorang pensyarah di POLIMAS, Jitra dan seorang Co-Founder MH Great Ideal Construction iaitu syarikat kontraktor yang diuruskan bersama suaminya. Beliau berkelulusan PhD di USM, Pulau Pinang dari tahun 2019 hingga 2021, iaitu hanya 2 tahun sahaja perjalanan PhD beliau!

Apakah rahsianya? Teruskan membaca…

Latar belakang akademik

Bermula dari pengajian Master of Science Architecture, Dr. Hidayah menyambung pula pengajian PhD dalam jurusan Project Management. Sewaktu PhD, beliau menjalankan kajian tesis yang bertajuk ‘Development Of Supply Chain Management Framework For Building Information Modelling Implementation In Public Sector Construction Projects’.

Kalau nak tahu, beliau pernah terlibat dalam International Conference pada tahun 2021 dan dinobatkan sebagai “The Best Presenter” di persidangan tersebut. Bukan itu sahaja, Dr. Hidayah pernah mendapat pentauliahan daripada CIDB sebagai BIM Modeller (Architecture), pentauliahan sebagai BIM Modeller (Structure) dan terkini, beliau menerima pentauliahan sebagai BIM Manager!

SubhanAllah, sungguh menakjubkan sekali, bukan??

Cabaran semasa belajar

Tiada pelajar yang dapat lari daripada cabaran semasa menuntut pengajian. Sejak mengambil Master lagi, Dr. Hidayah diharungi pelbagai cabaran dan jatuh bangun sepanjang menyiapkan tesisnya.

Antara ‘roadblock’ yang dihadapinya:

  1. Cabaran menulis

Pengalaman Dr. Hidayah semasa pengajian Master cukup menguji dirinya sehingga memakan masa 5 tahun untuk beliau menghabiskan Masternya. Beliau menghadapi cabaran untuk menulis tesis setiap hari sehinggakan enam bulan sekali, barulah beliau menyambung kembali penulisan tesis Masternya.

  1. Masalah pengurusan

Beliau seorang yang suka melakukan kerja di akhir-akhir waktu (last minute) dan sering ‘stay up’ malam. Malah, emosinya mudah terganggu dan beliau mengalami kesukaran untuk fokus 1-1 perkara disebabkan sentiasa multitasking.

  1. Masalah submit tesis

Dalam tempoh 5 tahun tersebut, beliau telah ‘submit’ tesis pada tempoh yang paling maksimum dan hampir di’terminate’kan, malah mendapat keputusan dengan ‘major correction’. Hal ini menyebabkan Dr Hidayah mengalami trauma yang cukup dahsyat sepanjang pengajian Masternya.

Apa penawar yang beliau temui?

Segala doa yang pernah dipinta pada Tuhan akhirnya dikabulkan apabila beliau ditemukan dengan pasangan suami isteri, Nur Shuhada Hanapi dan Shahril Khairi Abdul Shukor yang memperkenalkannya kepada Dr. Roket.

Dr. Hidayah diajak oleh sahabatnya ke satu seminar The Last Start Up (RIC) pada 23 November 2018. Ketika itulah beliau pertama kali bertemu dengan Dr Roket dan berniat untuk ‘menebus’ semula kesilapan yang pernah dilakukan semasa Master sebelum menyambung pengajian PhDnya.

Dr. Hidayah yang merupakan Platinum batch 1 ini telah mengikuti beberapa kursus dan seminar Dr. Roket seperti Program Gempur (2 Februari 2019), RIC 1 dan 2 (Mac dan April 2019). Program-program tersebut dihadiri sebelum beliau benar-benar mendaftar PhDnya pada 10 September 2019 dengan persediaan mental dan fizikal yang cukup rapi.

Impak selepas hadiri program Dr. Roket

  1. Diajar bahawa perjalanan PhD bukan untuk tesis semata-mata.
  2. Fokus bertambah – diajar melakukan 1 perkara dalam 1 masa dan melakukan banyak perkara dalam 1 hari.
  3. Diajar untuk melibatkan insan-insan di sekelilingnya iaitu suami, anak-anak serta mak ayahnya.
  4. Anak-anak tidak lagi dianggap umpama gangguan tetapi mempunyai masa rehat untuk menghiburkan mereka.
  5. Merasai nikmat ketenangan apabila menerima Process-Circle-Mentor (P-C-M) yang betul.
  6. Berjaya menebus ‘kesilapan’ Master dalam tempoh PhD yang sangat singkat.

Pencapaian & kejayaan dalam Vivalicious

Mungkin kita sangkakan ‘result’ Master Dr. Hidayah sebelum ini akan mempengaruhi ‘result’ tesisnya ketika menjalani Viva PhD. Namun, perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh beliau telah memberikan impak positif di dalam perjalanan PhDnya termasuklah ‘result’ tesisnya.

Alhamdulillah, beliau berjaya menamatkan pengajian PhDnya dalam tempoh yang singkat dengan kejayaan yang cukup luar biasa hebat! Dr. Hidayah berjaya LULUS Vivanya dengan mencapai Tesis Cemerlang Skala 1 ketika berada di semester ke-5 PhD! Syukur.. Vivanya berlangsung pada 15 Februari 2022 yang lalu.

Apa yang cukup membanggakan lagi, insan ini dicalonkan untuk menerima anugerah ‘The Best PhD Thesis Award’. Kini, beliau bergelar seorang graduan PhD yang mampu mencapai status Graduate Before Before Time (GBBT) dengan cuti ekstra yang diberikan kepadanya.

Pesanan akhir beliau kepada mereka yang masih belum menyertai program dan seminar Dr Roket, “Ambillah tindakan seawal mendaftar diri dalam seminar N.U.T. Lakukan satu permulaan yang sedikit tetapi buat sahaja apa yang ada di dalam proses itu”.

Biasanya pelajar post grad paling malas atau penat menghadap soalan sebegini:

“Bila nak habis Master?” “Tak habis lagi ke PhD? Lamanya..”

Soalan tersebut pastinya menjadi soalan maut jika ditanya, tetapi tidak lagi bagi Dr. Hidayah ini. Beliau meraikan lebaran sebelum ini dengan penuh kegembiraan, siap bergambar bersama proses tesisnya yang meningkat dari sehari ke sehari.

Raya tahun ni? Tak perlu fikir apa lagi, beliau boleh beraya dengan gembira.. Kalau beliau boleh ‘berehat’ tanpa tesis lagi, kenapa tidak anda yang membaca?

Bidang Project Management
Tajuk Tesis Development Of Supply Chain Management Framework For Building Information Modelling Implementation In Public Sector Construction Projects
Nama SV Dr Salman Riazi bin Mehdi Riazi
Nama Co-SV Prof Madya Dr Mohd Wira Mohd Shafiei
Keputusan Tesis Cemerlang USM Skala 1

Berminat untuk saksikan ‘sharing’ kejayaan Dr. Nur Hidayah Ahmad dalam Bising Viva?

Saksikannya pada minit 01:08:11 – 01:30:59 di video ini:

Sekiranya anda rasa begitu terinspirasi dengan kisah kejayaan insan hebat ini, apa kata anda lalui sendiri dengan melakukan tindakan pertama iaitu sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis (N.U.T) yang akan dianjurkan pada 26 hingga 28 Ogos nanti.

InsyaAllah, tesis anda akan siap dalam masa antara 3 hingga 6 bulan!

SEMINAR NAK UBAH TESIS (NUT)

Kongsikan artikel ini kepada kenalan dan di platform media sosial anda dengan menggunakan pautan ini >>https://drroket.com/special-raya-berkat-buat-sampai-jadi-beliau-berjaya-viva-gbbt-graduate-before-before-time/

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x