Skip to main content
search
0

“Saya sudah hilang semangat dan hampir putus asa” luah perasaan Siti Huzaimah binti Husin merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sedang menyambung pengajian PhD di universiti yang sama. Cabaran kehidupan yang dilalui sangat menguji perjalanan tesis beliau dan membuatkan beliau menyertai proses bersama Dr Roket.

Sebelum ini, beliau merasakan PhD dan tesis itu sesuatu perkara yang sukar dan tidak layak untuk memegang gelaran Dr tersebut.  “Saya tidak tahu mana perginya kekuatan, buntu dan saya rasa stuck. Setiap hari memang saya menghadap laptop, duduk di makmal setiap hari dan selesaikan experiment namun tidak tahu kemana arah tujuan”. Disebabkan cabaran tersebut membuatkan beliau telah hilang fokus dengan cabaran kehidupannya sehingga Phd bukan lagi menjadi priority beliau ketika itu.

Dek kerana cabaran yang tidak tertanggung, beliau merasakan yang dirinya harus dibantu oleh seseorang demi penamatkan perjalanan PhD beliau dengan indah.

Kemudian, Siti huzaimah berkongsi di mana beliau tertarik dengan keyword dari Dr Roket iaitu ‘proses’ menyebabkan beliau membuat keputusan untuk menyertai Platinum. “Proses tersebut Dr dah design untuk memenuhi keperluan pelajar Master PhD yang pelbagai. Dr akan cuba membantu kami dengan proses ini untuk selesaikan pelbagai cabaran yang kami lalui. Seawal bangun pagi hingga tidur, ada sahaja proses yang kita boleh buat dan Dr selalu kata ‘tak perlu percaya buat sahaja’. Mula-mula saya pelik juga, bagaimana tidak percaya dan buat sahaja? Tetapi sebaik sahaja memasuki circle Platinum, saya dapat lihat sendiri magik-magik yang keluar dan kita sendiri tidak sangka” ujar beliau.

Semasa menyertai proses ini beliau berkata dengan adanya mentor serta dibantu dengan circle yang positif (Platinum), beliau memandang setiap cabaran yang dihadapi sangat kecil dan sentiasa ada solusi untuk diselesaikan. “Dalam proses Dr ini, saya dapat rasakan pergantungan kepada yang Maha Kuasa itu perlu kita kukuhkan.  Selain itu, konsep bersyukur adalah salah satu tiang yang Dr selalu tekankan kepada para Platinum” kongsi beliau setelah merasakan perubahan menyertai proses ini.

“Syukur dan Alhamdullilah sekarang barulah saya nampak tesis saya bergerak satu demi satu daripada tahun 2014-2020. Dan kini saya telah berjaya menyiapkan deraf yang ke 13 dan saya sudah ada lebih 2,393 halaman” katanya.

Leave a Reply