“Saya telah bertemu dengan supervisor dengan membawa surat berhenti pengajian” Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Cik Puan Rahmatunnisah Sailin. Pelajar PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang komunikasi kemanusiaan ini menceritakan bahawa dan pada Ogos 2019 beliau telah bertemu dengan supervisor dengan membawa surat berhenti pengajian. Perasaan untuk berhenti pengajian tersebut wujud kerana pada masa itu beliau dah terlalu rasa lost dan bingung bagaimana nak meneruskan pengajian beliau.
Niat beliau ingin berhenti pengajian diselamatkan oleh supervisor beliau yang terus membantu dalam memberikan guideline supaya terus meneruskan pengajian beliau. Cabaran besar yang menimpa kepada beliau adalah datang daripada diri sendiri yang mana beliau seorang yang suka berlengah-lengah, suka bertangguh dalam pengajian sehinggakan mengambil masa selama 5 semester untuk defence proposal. Situasi beliau berbeza dengan orang lain pada semester 3 proposal defence itu telah pun berlalu dengan mudah.
“Saya juga seorang yang suka marah dan menganggap bahawa pengajian saya adalah isu saya sendiri, pengajian saya adalah masalah saya dan saya tidak berkongsi perkara tersebut bersama suami dan juga anak-anak” luah beliau mengenai cabaran yang dihadapi. Cabaran-cabaran yang datang sememangnya kita perlu atasinya dengan pelbagai alternatif. Begitulah yang dilakukan oleh alumni di Universiti Sains Malaysia dalam bidang komunikasi penyiaran. “Sebenarnya alhamdulillah bila saya mengikuti program NUT pada 9-10 May 2020 disitulah bermulanya turning point saya”
Seminar Nak Ubah Tesis telah membuka mata ibu kepada 4 orang anak ini bahawa beliau tidak mahu lagi melihat apa yang telah berlaku tetapi hendak teruskan perjuangan PhD ini. Semasa NUT 2020 yang lalu telah menolong beliau untuk melihat bahawa PhD ini bukanlah sesuatu untuk kepentingan diri sendiri tetapi asbab pengajian inilah akan menjadi salah satu perkara yang boleh membawa cik puan Rahmatunnisah Sailin ke syurga. “Setiap apa yang saya kaji, setiap apa yang saya baca, setiap apa yang saya tulis, Dr Roket menjelaskan bahawa pengajian kita ini adalah sebenarnya yang boleh membawa kita ke syurga”
Beliau terus membuat keputusan untuk mengikuti program platinum bagi melihat dan berkongsi serta merasai bersama-sama sahabat platinum lain keindahan PhD ini jika kita dalam proses yang betul. Dalam circle platinum Dr Roket juga akan membawa diri beliau dalam membuat tindakan-tindakan betul yang mana akan membantu untuk mempercepatkan perjalanan PhD beliau. “Otak anda akan jadi fit jika bersama circle orang yang berotak”- Dr Roket
Selepas jadi platinum Dr Roket, dalam tempoh 6 bulan beliau telah berjaya menyelesaikan fasa-fasa penting dalam research methodology. Daripada 30 muka surat lepas defence proposal, cik puan Rahmatunnisah Sailin telah menghasilkan 628 muka surat hasil kerja menyertai 6 hingga 8 bulan menyertai program platinum. “Selama ini saya hanya baca data orang lain, saya hanya copy paste, tiruvasi, followvasi hasil kajian orang lain tetapi sekarang saya boleh melihat sendiri bagaimana kajian saya masuk ke dalam deraf saya” ujar beliau
Proses inilah yang telah menyedarkan beliau bahawa sebenarnya beliau sebenarnya boleh dan mampu lakukan. Bayangkan sahaja salam tempoh kurang 1 tahun, cik puan Rahmatunnisah Sailin boleh lakukan 1 proses yang sangat besar. Syukur syukur syukur.
“Saya ada 3 aset besar bila sertai platinum. Yang pertama saya ada mentor yang hebat, yang ada result. Kemudian saya ada proses yang saya percaya membantu saya untuk terus mengembangkan tesis saya dan yang ketiga saya ada rakan, circle platinum yang sangat positive”. Sahabat platinum inilah yang sentiasa membakar, sentiasa mendoakan, dan sentiasa ingin tahu dimanakah beliau sekarang. Circle platinum sangat prihatin sesame mereka. Persoalan seperti berada di tahap manakah tesis rakan yang lain sekarang, apakah yang rakan beliau sedang lakukan dan pastinya mereka sentiasa saling mendoakan. Indahnya persahabatan sebegini.