Tanggal 20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah ini menjadi tarikh yang istimewa bagi seluruh umat Islam di dunia untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji. Kebiasannya, perayaan ini akan diikuti dengan ibadah korban di masjid atau surau. Seluruh kariah termasuk kaum adam, kaum hawa dan anak-anak kecil pastinya akan berkumpul untuk menyaksikan ibadah tersebut.
Tetapi umum sedia maklum, tahun ini seluruh dunia masih lagi berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19. Justeru, banyak kekangan yang perlu kita hadapi seperti tidak boleh balik ke kampung, ibadah Haji ditangguhkan dan banyak lagi atas asbab keselamatan kita semua. So, semua kena follow SOP yang telah ditetapkan tau. Meskipun, raya tahun ini kurang meriah kita ambil kesempatan ini untuk diraikan secara sederhana bersama keluarga tercinta. Sekarang zaman dah berevolusi, video call, Zoom dan Google Meet kan ada!
Setiap kali Aidiladha menjelma kita sering kaitan sambutan ini dengan PENGORBANAN. Bila kita sebut mengenai pengorbanan ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.
Berkorban disini tidak terbatas kepada haiwan sembelihan sahaja, tetapi juga dalam perkara harian dalam kehidupan ini bagi mencapai tujuan yang kita mahukan.
Jika kita mengimbau peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Dari kisah tersebut ianya memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup.
Selain itu, dalam konteks Master PhD pula jika kita baca kisah-kisah para Platinum mengenai perit getir sebagai seorang pelajar yang menempuh onak duri penggajian pastinya akan terselit juga beberapa pengorbanan yang dilakukan.
Sebagai contoh, pengorbanan waktu tidur & rehat, ada yang tidur cuma 2-4 jam sehari demi ilmu, korban masa bersama keluarga, kerana sibuk dalam kajian Master PhD, korban rasa Malu & Ego untuk menulis tidak kira masa & tempat, ada yang balik beraya pun buka laptop untuk kejar due date submission, korban kewangan untuk yuran pengajian, seminar & pelbagai lagi, korban perasaan & emosi untuk sentiasa kekal positif & berada on track.
Saya pasti setiap daripada kita pasti ada kisah pengorbanan sendiri, bukan? Masyaallah, Sungguh anda adalah insan-insan yang kuat & terpillih.
Namun begitu, anda harus ingat bahawa ujian yang kita terima, adalah salah satu bentuk Allah uji keimanan kita sebagai hamba-Nya.
Memetik kisah daripada CRMP Dr Liyana Sulaiman saat beliau berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu dalam sesi Live Inspirasi Master PhD Mommy, tahun lalu. Beliau berkongsi pengorbanan ketika beliau baru sahaja melahirkan anak dan terpaksa berjauhan serta berpisah susu kerana dipanggil oleh Supervisor nya untuk menetap di asrama. Apa yang beliau lakukan untuk memastikan bayi beliau cukup bekalan minuman ketika itu adalah dengan pam susu setiap hari lalu menumpang peti ais di setiap bilik di asrama dan juga fakulti. Pada setiap hujung minggu pula, suami beliau akan datang ke universiti untuk mengambil bekalan susu tersebut. Masyallah sungguh hebat! Meskipun struggle dengan tesis pada waktu itu, beliau tidak sesekali melepaskan tanggungjawab kepada anak yang tersayang serta mengharapkan redha Allah SWT.
Kesimpulannya, banyak pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan meliputi harta dan masa terutamanya apabila membabitkan perkara yang mempertahankan agama dan ilmu Allah.