Kerjaya sebagai pensyarah sememangnya memerlukan komitmen dan pengurusan masa yang cukup tinggi untuk diberikan pada setiap hari. Bukan mudah nak menguruskan para pelajar yang ramai, ditambah pula kewajipan menguruskan keluarga sendiri di rumah.
Di samping bekerja, belum kita masukkan amanah sebagai pelajar Master atau PhD lagi. Sungguh berat untuk dipikul tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya ada proses dan ilmu yang betul.
Bagi anda yang sedang berada dalam situasi yang sama atau bakal terjadi keadaan seperti yang saya katakan di atas, anda boleh ikuti kisah inspirasi yang akan saya kongsikan di bawah.
Insan hebat ini boleh dikatakan pencetus inspirasi kepada orang di sekelilingnya. Semoga anda yang membacanya juga akan rasa terinspirasi terutamanya kepada pelajar post grad Master atau PhD.
Siapa beliau???
Insan yang dimaksudkan ini ialah Ustazah Dr. Sahlawati binti Abu Bakar atau mesra dipanggil sebagai Ustazah Sahla. Beliau dikenali sebagai seorang wanita hebat yang ramah, ceria, ‘humble’ dan setia orangnya.
Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Ketua Unit Pendidikan (Penyelidikan), Timbalan Nazir Masjid serta pernah menjadi Naqibah usrah di sana.
Dr. Sahlawati seorang yang suka melihat sesuatu dari perspektif yang positif dan mempunyai ‘Big Why’ untuk setiap perkara yang dilakukannya. Semasa di KUIS, beliau nampak keperluan untuk menyambung PhD dan membuat keputusan untuk meneruskannya.
Latar belakang akademik
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di UIA, Master dan PhD di UKM. Dalam pengajian PhD, beliau mengambil bidang Tafsir Mawdu’i Al Quran di Fakulti Pengajian Islam. Dr. Sahlawati menghasilkan kajian mengenai teks kitab tafsir kontemporari di Malaysia dan memfokuskan prosedur mawdu’i yang dapat membantu dalam bidang Pengajian Islam.
Cabaran semasa belajar
Cabaran dalam menuntut ilmu jarang sekali tidak dihadapi oleh pelajar dan hal ini termasuklah Dr. Sahlawati sendiri. Beliau menghadapi cabaran semasa menyiapkan tesis PhDnya.
Antara ‘roadblock’ yang dihadapi beliau:
- Masalah 2K – Kesibukan dan Kesihatan
Beliau menghadapi kesibukan dalam mengajar dan mengurus pelajar secara ‘online’. Beliau merasakan tidak mampu untuk uruskan masa sehinggakan tidak tahu waktu yang sesuai untuk menulis tesis. Masalah kesihatan yang dihadapinya juga menyebabkan beliau mudah sakit kepala kerana tabiat makan yang tidak menentu.
- Cabaran mencari rujukan.
Tesis Dr. Sahlawati tidak ‘bergerak’ selama 1 semester (6 bulan) kerana tiada masa dan komitmen yang tinggi, malah menghadapi kesukaran untuk mencari rujukan.
- Terasa ‘lost’
Beliau menjadi hilang punca kerana timbunan kerja dan menjawat jawatan tinggi di KUIS. Walaupun lulus dalam Proposal Defense (PD) pada semester 1, beliau mula ‘lost’ pada semester 3 dan draf tidak bergerak sehingga setahun lamanya.
- Mindset
Beliau berpandangan bahawa sekiranya menamatkan PhD dalam tempoh yang singkat, bermakna tesis yang dilakukan tidak cukup kualiti. Kesannya, beliau telah mengambil masa lebih kurang 5 tahun dalam PhDnya.
- Tiada bimbingan
Beliau pernah di’remove’ daripada Dr. Roket oleh sebab-sebab tertentu. Kesannya, momentum beliau mula menurun dan tiada tenaga kerana tiada ‘coach’.
Apa penawar yang beliau temui?
Setelah setahun dibiarkan tesisnya ‘terkubur’ dan membiarkan masanya terbuang tanpa progres tesis, Dr. Sahlawati mula menyedarinya dan mengambil tindakan selanjutnya. Beliau terpanggil untuk menghadiri satu program yang diwar-warkan oleh kenalannya, iaitu program untuk mengurus tesis yang dianjurkan oleh Dr. Roket.
Beliau menyedari perubahan rakan sejawatnya (sama jabatan dan SV) yang mula ‘speed’ dari segi progres tesisnya dan kerap kali bertemu dengan SV. Oleh sebab beliau melihat sendiri impak tersebut pada kenalannya, Dr. Sahlawati mula hadiri seminar Pre-Nut (Gempur) di USIM pada April 2018 dan waktu itu merupakan pengalaman pertama beliau bersama Dr. Roket.
Pada mulanya, beliau menghadiri seminar tersebut dalam keadaan masih skeptikal dengan proses yang dibimbing Dr. Roket. Namun setelah mendaftarkan diri dalam Platinum batch 1 dan menyaksikan sendiri progres draf tesisnya meningkat, mindset beliau mula berubah. Beliau merasakan program sebegitu tidak sama impaknya seperti kelas-kelas lain yang pernah dihadirinya.
Dr. Sahlawati boleh dikatakan menjadi anak didik Dr. Roket yang terawal percaya dan setia selama 3 tahun dalam proses Dr. Roket. Niatnya satu, iaitu ingin menamatkan PhDnya dengan gembira. Beliau menghadiri kesemua program dan seminar Dr. Roket dan telah ‘renew’ Platinum sebanyak 3 kali!
Impak selepas hadiri program Dr. Roket
Mengimbas kembali momen selepas RIC 2, Dr. Sahlawati pernah memberikan sepucuk surat kepada Dr. Roket sendiri atas tanda penghargaannya kepada guru a.k.a mentornya.
Beliau percaya bahawa proses Dr. Roket boleh membantu lebih ramai masyarakat di luar sana dan beliau sangat berpuas hati kerana menerima proses yang betul daripada guru yang betul.
Antara impak selepas menghadiri program Dr. Roket:
- Draf tesis semakin bertambah dari semasa ke semasa dan tidak boleh berenggang dengan tesis.
- Penulisan tesis semakin berfokus dan progres tidak bertangguh lagi.
- SV sering memberi respon setiap kali memberi laporan kemas kini tesis.
- Menerima full mark evaluation oleh SV disebabkan progres tesis yang banyak meningkat.
- Perubahan ketara pada emosi dan hubungan dengan keluarga.
- Rutin harian semakin konsisten dan komited.
- Melihat bahawa proses yang diajar oleh Dr. Roket walaupun kecil tetapi impaknya cukup besar.
- Bagi beliau, kunci UTAMA proses adalah berada di dalam program N.U.T kerana Dr. Roket membantu Menguruskan Tesis dan semuanya berkaitan urus diri, makan, keluarga, masa, hubungan dengan Tuhan dan manusia, emosi dan spiritual, mindset dan pelbagai lagi.
- Banyak ‘berdamping’ dengan TM168 iaitu jadual pengurusan masa yang dibimbing oleh Dr. Roket.
- Tidak memohon cuti kerja seminggu untuk melakukan persiapan Viva kerana tidak sedar dan tiada rasa gugup untuk menghadapi Viva.
Pencapaian & kejayaan dalam Vivalicious
Setelah pelbagai cabaran dihadapi dan menemui ‘penawar’ yang mujarab disertai dengan impak hebat, akhirnya Dr.Sahlawati berjaya ber-Vivalicious pada tarikh 2 Mac 2022 yang lalu. Beliau merupakan insan ke-46 Viva dalam kalangan Platinum Dr. Roket! Alhamdulillah, tahniah Dr. Sahlawati..
Berkongsi mengenai pengalamannya di bilik Viva, beliau dipuji kerana dilihat sungguh tenang dari awal sehingga akhir pembentangan. Proses pembentangan dirasakan berjalan dengan begitu pantas dan ulasan para ‘examiner’ kepada beliau sungguh mengagumkan!
Pada awalnya, para examiner tidak mempunyai sebarang ulasan mahupun komen. Tesis beliau disukai oleh ‘internal’ dan ‘external examiner’, ringkas dan tidak melebihi 300 halaman dan sangat membantu mereka. Menurut SV-nya sebelum ini, tesis beliau seakan-akan membaca buku cerita kerana menarik untuk disemak dan dibaca.
Setelah 45 minit, keputusan yang dicapai adalah Lulus dengan Cemerlang! Beliau telah menerima Tesis Cemerlang UKM dan keputusan tersebut sungguh tidak disangka-sangka oleh beliau dan SV-nya sendiri!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Sahlawati.
Semua ini berkat niat dan tindakan beliau yang betul sepanjang menyiapkan tesis tersebut. Menurut beliau, skala-skala tesis itulah yang membuatkan beliau berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan semua itu hanya dipelajari dalam Dr. Roket.
Bidang | Tafsir Mawdu’i Al-Quran |
Tajuk Tesis | Pendekatan Tafsir Mawdu’i dalam Penulisan Tafsir di Malaysia |
Nama SV | 1. PM Dr Haziyah Hussin
2. Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah. |
Keputusan | Tesis Cemerlang UKM |
Berminat untuk saksikan ‘sharing’ kejayaan Dr. Sahlawati dalam Bising Viva?
Saksikannya pada minit 53.16 – 2:28:08 di video ini:
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti:
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda dan di platform media sosial dengan menggunakan pautan ini >> https://drroket.com/setia-dengan-proses-bantu-pensyarah-ini-bervivalicious-dengan-tenang/