Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Platinum Dr Roket yang berjaya Viva pada 02 Mac 2022, semalam iaitu Dr. Sahlawati binti Abu Bakar.
Alhamdulillah, semakin ramai bangsa Postgrad yang berjaya menamatkan pengajian Master PhD mereka walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang perjalanan mereka.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai kisah kejayaan Dr. Sahlawati ini, jadi ayuh kita dengar perkongsian daripada beliau mengenai journey Master PhDnya sehingga mampu mencapai result tesis cemerlang.
Ayuh teruskan pembacaan.
“Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi jalan penyelesaian dalam menghadapi cabaran semasa pengajian PHD di mana penulisan tesis menjadi punca utama segala keringat, tangisan digunakan sehabisnya demi mencapai tahap lulus dan cemerlang.
Saya merupakan seorang isteri, ibu dan pelajar yang mempunyai kerjaya untuk difokuskan pada setiap masa. Semua secara serentak, sangat ‘hectic’ bukan??
Kisah saya sebagai seorang penuntut PhD dalam jurusan Tafsir MAWDU’I Al-Quran di UKM pada tahun 2016, yang telahpun 5 tahun berlalu, masih terpalit memori perjuangan dan perjalanan PhD saya.
Di mana saya mengharungi beberapa rintangan dalam penulisan tesis. Benar, sesiapa sahaja akan mengalami perasaan ‘anxiety’ dan ‘stress’, tambahan lagi moment ketika kita perlu ‘present’ tesis di bilik Viva, berkobar-kobar rasanya namun di luar kekal nampak tenang, ini kerana saya mengamalkan ilmu-ilmu program Dr Roket.
Di samping itu, kehidupan saya sentiasa dalam kesibukan dan padat dengan kuliah, dan program-program tambahan seperti fasilitator di universiti dan juga peneliti pembacaan Hafazan pelajar-pelajar saya.
Ditambah pula dengan ingin memenuhi keperluan keluarga seharian yang perlu diberikan perhatian dan masa banyak terluang pada semua perkara tersebut berbanding masa dengan membuat tesis.
Ada masa saya hilang fokus dan arah bila ‘stress’ mendatang, memandangkan saya agak cerewet dalam pemilihan pemakanan, ia menyebabkan saya kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk. Ini juga menyebabkan proses tesis saya terhenti buat seketika.
Namun begitu, saya bertekad untuk tidak berputus asa malah kekal istiqamah dalam meneruskan perjuangan dalam penghasilan tesis. Saya kemudiannya mendapat petunjuk Allah untuk menyertai seminar Dr Roket Nak Ubah Tesis seperti yang disarankan oleh salah seorang sahabat saya, di mana titik perubahan yang besar dalam hidup saya.
Pelbagai teknik dan kemahiran yang difokuskan di dalam setiap seminar dan program yang disusun rapi oleh Dr Roket. Seperti yang kita tahu, setiap perkara ada proses-prosesnya yang tersendiri. Bagi saya ia bermula dengan Pre-Gempur pada 2019 di USIM.
Di situ terdetiknya sesuatu jawapan yang dicari selama ini iaitu untuk betul – betul mengikut semua program Dr Roket. Di Pre-Gempur atau sekarang dikenali sebagai Seminar Nak Ubah Tesis.
Topik-topik yang difokuskan adalah “kemahiran pengurusan masa dan re-tune minda kita ke arah pemikiran lebih positif dan berkembang.” Di situ saya mula memahami konsep “Magic Words” Doc yang sangat memberi inspirasi kepada saya untuk memantapkan lagi momentum proses penulisan tesis saya.
Ini membawa kepada ‘amazing’nya Program RIC 1 & 2. Di sini saya mula mengenali lebih terperinci strategi pengurusan tesis, topik yang sepatutnya ada di dalam tesis.
Sangat sesuai untuk anda yang inginkan “coaching” secara perlahan tapi janji sampai. Tidak lupa juga dalam penambahbaikan kemahiran dalam menguruskan masa anda dengan bijak untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat. InsyaAllah.
Demi Allah, pada sebelum-sebelumnya gambaran untuk masuk ke dalam bilik Viva amatlah mengerunkan dan untuk membentangkan tesis dengan ‘presentation’ yang lancar hanyalah menjadi angan-angan sahaja.
Namun setelah 3 tahun bersama di dalam semua proses-proses dan program Doc sejak menyertai Platinum Circle Dr Roket, Subhanallah! kini saya berjaya mendominasi dan membentangkan tesis saya dengan lancar dan cemerlang!
Kejayaan tersebut akan disambut dengan sungguh meriah dan sentiasa akan dihujani oleh doa-doa yang terbaik buat saya dan semua rakan-rakan yang berada di dalam Circle yang istimewa ini.
Sejak Seminar Pre – Gempur / Nak Ubah Tesis itu, saya kerap mempraktikkan dengan amalan kegemaran saya iaitu menampal nota atau sticky notes yang dihasilkan daripada semua program Dr Roket yang saya sertai ataupun setiap episod Morning Doc yang tidak akan saya terlepas.
Kini segala nota – nota peringatan kecil tersebut sudah menjadi sumber inspirasi dan confidence booster buat saya mengikut situasi dan cabaran yang saya lalui pada masa-masa tertentu. Dengan kata-kata hikmah dari Doc akan menjadi senjata rahsia saya untuk kekal ‘motivated’ dan positif sentiasa menghadapi struggle PhD saya. Itu antara rahsia terbesar yang jarang saya kongsikan kepada semua orang. Ini kerana kita sebagai manusia selalu ingin diingatkan tentang sesuatu yang bermakna dan menerima kata-kata semangat dari yang lain.
Tuntasnya, program Nak Ubah Tesis ni bukanlah sekadar menulis tesis dengan baik, malah ia memberi impak terhadap rohani kita untuk sentiasa berpegang teguh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam segala hal.
Program ini berpotensi mengubah 360 darjah cara hidup kita dan saya amat menguar-uarkan keberkesanan program ini pada umum demi kecemerlangan generasi yang akan datang. Percaya kepada proses yang disusun rapi oleh Dr Roket dan anda juga akan berjaya mendapat gelaran GOT seperti saya dengan berstatuskan “CEMERLANG”, insyaAllah…
Semasa meraikan kejayaan beliau dalam Bising Viva semalam, kebanyakan daripada panel menyifatkan Dr. Sahlawati sebagai seorang yang menginspirasikan. Mereka terpersona melihat keinginan dan keazaman luar biasa beliau untuk mencari ilmu dan ‘grow’ bersama-sama semua orang dalam perjalanan PhD mereka.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dr. Sahlawati binti Abu Bakar.
Saksikan kembali saat-saat indah kejayaan Dr. Sahlawati binti Abu Bakar yang dikongsikan di Live Bising Viva:
Kisah ini benar-benar menginspirasikan anda untuk menyambung pengajian Master PhD?? Apa tunggu lagi, jom hadiri Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) dan dapatkan tiketnya di sini:
#DrRoket
#BeraniTuliS