fbpx Skip to main content
search
0

Puan Tasnim Ismail, pelajar PhD didalam bidang Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ini merupakan perjalanan PhD kedua beliau, selepas percubaan kali pertama tahun 2012 yang akhirnya cuma bertahan selama 6 bulan.

Beliau pada asalnya tiada niat menyambung pengajian, selepas memiliki pengalaman silam semasa kajian di dalam makmal. Namun dengan izin Allah Ta’ala, Puan Tasnim menyambung pengajian juga atas minat yang mendalam terhadap flora dan tanam-tanaman.

Dalam keadaan beliau memiliki cabaran kehidupan ketika itu, beliau berharap dapat melupakannya sebentar dengan menyambung PhD. Beliau hilang arah tuju dan niat sebenar membuat PhD ketika itu kerana tiada pengalaman menulis tesis semasa Master dahulu.

Kerana kasihan melihat keadaan Puan Tasnim ketika itu yang begitu struggle serta terikat dengan biasiswa, penyelianya telah menasihatkan untuk membuat semula PhD dan memberi kelonggaran untuk menukar penyelia dan fakulti yang memudahkan beliau.

Dalam tempoh setahun, beliau membuat semula PhD namun masih tidak yakin sepenuhnya kerana tiada mentor yang membimbing. Keadaan beliau yang agak kelam kabut, memaksa beliau menghantar anak ke kampung semasa semester pertama bagi membolehkan beliau memberi tumpuan.

Bertambah berat cabaran beliau tatkala anaknya perlu berulang-alik ke hospital. Namun beliau bersyukur kerana hikmahnya, ini menjadi push factor beliau perlu menghabiskan PhD secepatnya.

Dalam keadaan cabaran keluarga, pengajian yang masih terumbang-ambing dan tesis tidak bergerak, beliau mengambil keputusan menyertai Dr. Roket dalam seminar Gempur. Sedikit demi sedikit input dan motivasi berguna beliau serap ketika awal-awal menyertainya.

Sehinggalah hati Puan Tasnim terbuka sepenuhnya untuk membuat tindakan drastik. Selepas menyertai Rocket Intensive Class 1 (RIC1), beliau terus mengambil langkah luar biasa dengan memberi 100% tumpuan terhadap penulisan tesis selamat tiga hari berturut-turut.

Puan Tasnim berjaya menyiapkan Draft Thesis pertama sehari sebelum hari ulang tahun perkahwinan beliau. Hadiah yang sungguh bermakna, Selepas 2 Kali Percubaan PhD, Akhirnya Deraf Tesis Pertama Sebagai Hadiah Anniversary!!

Ingin tahu lebih lanjut imbuhan berharga Puan Tasnim dapat selepas berjumpa mentornya; Dr. Roket? Klik disini untuk temu bual secara langsung Dr. Mardiana Mat Ishak bersama Puan Tasnim >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/490933865669207

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x