Puan Faridah Hanim pernah mencipta sejarah tersendiri di dalam dunia PhD. Manakan tidak, ini merupakan PhD kali kedua beliau selepas pernah terkandas 8 tahun dahulu. Siapa sangka tempoh hampir satu dekad ini, semangat beliau kembali meningkat sehingga berjaya Viva. Ini ucapan khas beliau di sebalik kejayaan tertinggi ini;
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dengan Izin Allah, saya sangat bersyukur saya telah Viva pada 21 Disember 2020. Itu adalah detik yang sangat saya hargai kerana Allah telah meletakkan takdir-Nya bahawa saya akan melabuhkan tirai 2020 dengan memberi berita gembira kepada suami, ibu ayah, anak-anak dan yang paling utama adalah kepada guru saya, Dr Muhamad Khairul Nizam bin Zainan Nazri.
Detik bersyukur saya untuk Viva ini telah saya coretkan sejak daripada 3 Disember 2020, tarikh saya mendapat tarikh Viva. Ini adalah detik-detik yang ramai bangsa Postgrad tertunggu-tunggu bagi mengakhirkan perjalanan yang penuh dengan moment kegembiraan dan tangisan.
Viva saya sangat berbeza dengan Viva orang lain kerana kejayaan saya disambut dengan gilang gemilang seperti pengantin, penuh dengan kegembiraan dari raut wajah rakan-rakan Platinum dan ahli keluarga saya.
Sesi Viva saya berlangsung selama 3 jam 20 min dan sangat memberi impak kepada saya. Sesi ini dimulakan dengan pembentangan kajian saya selama 17 minit 32 saat.
Syukur saya dapat membentang dengan baik sekali! Syukur! Hasil sertai Vivalicious dua kali bersama team Dr Roket dan Thesis Talk 2 kali bersama Dr Roket telah memberi impak kepada hasil pembentangan Viva saya!
Saya sangat yakin ketika pembentangan, ianya berbeza ketika saya membentang semasa Viva Master. Persediaan Master saya lakukan seminggu sebelum Viva! Allahuakbar!! Gementarnya lain macam, sangat gementar.
Berbeza dengan Viva PhD kali ini, saya sangat tenang dan gembira. Malahan, para examiner sangat berpuas hati terhadap pembentangan kajian saya. Terima kasih Dr Khairul Nizam, Dr. Mardiana hasil usaha bertubi-tubi anda menjalankan dua program ini yang memberi impak kepada diri saya dan persediaan Viva saya.
Namun sepanjang Viva, saya berasa sangat tenang dan gembira, seolah-olahnya saya Viva bersama doa-doa para Platinum yang tidak putus-putus mendoakan saya sejak dari awal seminggu sebelum saya Viva. Allahuakbar! mana mungkin saya dapat kawan-kawan Syurga sebegini, mendoakan kita dalam keadaan kesukaran.
Berbeza pengalaman saya ketika Viva Master, hanya saya dan ahli keluarga sahaja yang tahu kita nak Viva, dan kita duduk di dalam gua kita sahaja!
Yang saya kira sukar, tetapi detik yang indah dalam Viva PhD saya, apabila saya mampu bertenang dengan soalan-soalan daripada examiner.
Syukur. Saya syukur visualization yang Dr Roket ajar tentang Viva itu sangat menenangkan dan gembira dapat saya sematkan dalam jiwa, fikiran dan tindakan saya.
Subhanallah sangat besar jasa Guru saya Dr. Khairul Nizam yang telah mencanangkan ‘Bangsa Postrad’ perlu diraikan ketika Viva. Saya menangis kegembiraan dan terharu dengan sambutan sebegini meriah daripada para Platinum Dr Roket.
Jika saya diberi peluang untuk memberi pesanan kepada bangsa Postgrad, setiap kejayaan itu ada PROSES. Mana mungkin kita dapat akhiri moment Viva kita dengan keindahan jika kita suka merungut, malas, selalu berprasangka buruk dengan diri kita dan orang lain.
Percayalah setiap perkara dalam kehidupan kita telah Allah ciptakan dengan penuh hikmah dan rahsia yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Selamat bergembira di dalam perjalanan PhD”.
Inilah ucapan istimewa beliau bersempena Viva pada 21 Disember 2021 yang lalu. Sungguh, penutup tahun 2020 buat beliau adalah yang terindah bersama keluarga tersayang, para Platinum dan sudah tentu mentornya Dr Roket.
Pembaca pula bagaimana? Inginkan bimbingan dan bantuan dalam akademik ‘journey’ anda? Jom bersama Dr Roket, tekan button di bawah.